Assalamualaikum.
Semalam baru cerita pasal kabinet, hari ni saya cerita lagi pasal kabinet dapur kering saya. Hari ni abang John bawak saya pergi kilang Kanora Cabinet pembuat kabinet yang selama ni Vape Don gunakan khidmatnya (saya tak cerita pasal Vape Don kat blog ni sebab ramai yg sensitif dengan vape-vape ni). Entah macam mana abang John jumpa Kanora, rasanya dia google jugaklah. Di kilang ini jugak kami jumpa tokey dia iaitu Nora untuk berbincang tentang design, material dan harga yang bakal dipersetujui kedua-dua belah pihak. Kilang milik bumiputera ini dikatakan sebagai yang paling murah di pasaran pembuatan kabinet. Betul ke? Jom check it out.
Kilang ni terletak di Kg Bersatu, Puchong. Dari LDP boleh exit simpang Puchong Intan atau Puchong Perdana (sebenarnya masuk ikut Tasik Prima pun boleh), pastu masuk ke dalam..... masuk simpang2 sempit kiri, kanan, kiri, kanan, lalu sampailah kami. Memang kilang dan pejabatnya bukan di tempat yang class, maka mereka bolehlah kasi harga yang competitive berbanding kontraktor lain. Cari yang class2, dah tentu sewa kilang/showroom diorang pun mahal kan. Jadi, harga yg tinggi sebenarnya dah termasuk harga sewa yang diorang bayar untuk keselesaan customer yang melangkah masuk showroom yang cantik.
OK, semalam abang John hantar gambar contoh material melalui whatsapp aje. Hari ni saya boleh lihat sendiri di kilang. Kadang-kadang kita memang la nak begitu dan begini tetapi sebaiknya berbincang dengan yang lebih arif tentang material yang kita pilih.
Pada mulanya saya pilih solid top hitam yg ada kilat2 berbintang2 (galaxy) tetapi pihak Kanora nasihatkan supaya ambil yang lain sebab yang hitam tu kalau tercalar akan meninggalkan kesan yang jelas dan bakal menyakitkan hati para isteri hihihi. Diorang tunjuk contoh calar, memang sakit hati melihatnya. Boleh hilang kalau polish tp takkan tiap2 minggu nak polish?
Lalu saya tukar ke solid top warna putih, yang available kat kilang, takyah nak order2. Cepat sikit diorang boleh siapkan. Untuk kabinetnya, saya pilih 3G, dengan kabinet bawah kaler light beige (3G solid color) manakala yang atas kaler 3G Gold (galaxy). Warna2 ni sengaja saya pilih supaya matching dengan tile dinding dapur kering saya. Kabinet atas nanti ada jugak glass2 door bagi memeriahkan suasana. Pastu, nanti ada bar kaunter dengan kerusi2 bar stool (yg ni beli sendiri la) material solid top. Pagi2 kalau anak nak breakfast sebelum ke sekolah, takyah la alih bunga atas meja makan. Boleh breakfast aje kat bar kaunter tersebut. Senang nak kemas. Bar kaunter nanti, bahagian bawahnya saya mintak letak cermin kaler bronze, takdelah plain sangat sebab situ nanti guna material melamine. Masalahnya nanti pasti akan ada bekas2 kaki anak saya ha ha ha. Jenuhla nak mengelap hari2.
![]() |
gambar yg bawah: contoh meja kaunter ala bar yg saya nak. Kat bawah kaunter saya letak cermin sebaris |
![]() |
Kalau nak contact boleh guna nombor di banner |
Untuk pilihan yang saya dah ambik tu, pihak Kanora quote sangat berpatutan kalau banding dengan kontraktor lain yg kami dah jumpa. Semua material 3G, glass, solid top untuk dapur kering tanpa ruang hud dan hob berukuran 9.5 kaki x 6.5 kaki dengan kaunter solid top tinggi berukuran lebar 6 kaki - tiada laci hanya kaunter (u shape la bentuknya nanti) Kanora quote RM10k ngam2. Tambah cermin bawah kaunter meja tinggi tambah RM500++ cermin saja. Puas hati, apatah lagi mereka sempat tunjuk contoh draft rekabentuk kat komputer bagaimana kabinet saya nanti akan jadi. Lepas dah confirm warna, mereka akan buat lakaran baru yg lebih tepat menggunakan warna pilihan saya. Ini baru bajet, bukan setakat nama kedai 'Budget ***' tapi quote sampai RM18k.
Serba sedikit tentang Kanora:
Jangan risau kalau tak yakin dengan Kanora sebab mereka dah biasa buat kabinet. Nora sempat tunjuk majalah decor yang ada hasil kerja mereka, total projek RM30k semuanya, kaler putih dan merah. Nampak kelassss!
Material 'Membrane Press' untuk dapur U shape, solid top 15' x 9.5' x 9' kos RM30k siap dengan tall cabinet dan aksesori moden kira murah sangat la tu. Tapi ni rumah dato dan datin. Nanti dapur basah saya xde la kos tinggi2, kami cuma rakyat biasa hehehe.
Kanora juga pernah masuk TV3 dalam rancangan ape eh... lupa nak tanya. Nona kot?
Pendek kata jangan risau bab pengalaman, mereka memang diakui.
![]() |
yg ni sila tanya tokey ok... masih ada offer atau tak |
![]() |
Melamine glossy untuk yg nak bajet tapi mewah macam 3G. Ada 4 warna saja. Kalau ada kaler putih memang saya ambik ni. Yg ni kos dalam RM4k+ |
Kalau nak check fb Kanora pun ada..
Klik sini -----> KANORA FB PAGE
![]() |
glamor dan ada gaya tersendiri |
![]() |
kalau tak salah ini Vape Don outlet Putrajaya. Kanora diberi kepercayaan dalam membuat kabinet dan hang unit bagi semua outlet Vape Don Lembah Klang. |
Lepas ni mereka akan ke rumah untuk ukur, walaupun ukuran saya dah bagi tepat. Mereka professional, setiap procedure kena ikut bagi mengelak sebarang kekeliruan.
Nanti kalau dah siap kabinet saya, barulah gi tengok meja makan. Dikhuatiri terkecik jadinya ruang lepas dah siap kabinet. Baru boleh cari meja 8 kerusi sama ada yg berukuran segi empat sama atau sesuai dengan segiempat tepat.
Ok uols, sehingga ke entry seterusnya. Sekurang2nya 1 entry 1 hari insyaAllah, walau pembaca tak ramai macam blog lama hehehehe.