Assalamualaikum.
Berazam nak jahit langsir sendiri selepas menengok kos menempah langsir dan kos membeli langsir dan kualiti/ukuran langsir siap jahit yang tidak menepati pilihan. Lalu saya cubak cubak nak buat langsir yang guna lobang-lobang tu, dipanggil eyelet curtain.
![]() |
google search |
Nak jahit eyelet ni nampak memang senang lepas tengok tutorial kat Youtube.
Tapi jangan lupa tentang ukuran kain langsir yang bakal dibeli. Kalau agak2 sendiri mungkin kita akan terbeli kain sebanyak yang kita rasa cukup, janji ada kedut sikit. Macam saya dululah hahahaha. Akhirnya langsir tak boleh jadi kenangan terindah. Lagipun 'langsir' bukan keutamaan saya ketika berhias kat rumah. Janji ada aje. Sibbaik bahagian lain hiasan berupaya menyembunyikan kekurangan langsir saya ghheeeeeeee..........
Nak tau macam mana nak ambik ukuran langsir yg bakal dijahit, sila ukur betul2 tingkap/sliding door. Pastu kat kedai jual kain langsir, boleh tanya pembantu yang bakal memotong kain kita untuk dapatkan ukuran tepat untuk langsir kita. Mungkin 10 meter? Mungkin 17.5 meter macam saya? Ataupun boleh google cari jawapannya.
OK dah dapat kain dengan ukuran yang betul baru boleh jahit dengan konfiden. Dah siap jahit boleh la letak eyelet, iaitu cincin besar (eyelet ring) yang bakal dilekapkan kat langsir. Mana nak cari eyelet ring? Mula-mula saya cari online. Malas nak drive lagi. Saya cari kat lelong.com.my tak jumpa. Saya cari kat Lazada baru jumpa. Tapi harga satu (unit) ialah RM4.80. Kalau 40 dah berapa juta nak kena bayar? Melampaulah. Dah la dia tulis situ brg tu akan dipos daripada overseas. Tak aci. Brg takde kat tangan tapi nak jual kat kita. Pre-order, org kata. TAK PAYAH!!!!
Lalu saya ke tempat di mana saya beli kain langsir iaitu KAMDAR!!!!!!!
![]() |
ngada-ngada, plastik Kamdar pun nak letak watermark |
Hanya RM0.80 untuk jenis yg ni. Paling mahal pun yg lawa sikit lagi, harga RM2.00.
Saya beli 80 pieces. Sebab saya nak buat untuk sliding door 4 panel 12 kaki dan pintu satu lagi pun 12 kaki jugak, 4 panel jugak. Pintu2 lain dan tingkap lain tungguuuuuuu ok.
Masalahnya ialah, bila saya tengok ada benda plastik dalam kotak tu. Apa benda tu? Naper dalam tutorial youtube tak tunjuk?
Bila google, saya jumpa benda ni. Klik sini utk cerita penuh
Owh... plastik tu adalah alat untuk buatkan pleat atau kedutan bila langsir dah siap. Kalau tengok gambar kat atas, dia buat lubang guna eyelet tape. Smlm kat Kamdar ada saya jumpa tapi saya tak ambik port.
Jadi projek memotong kainnya bilerrrrrr? Hanya Allah yang tahu :). Nanti saya update eh.
Wassalam.