Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

House Of Sand And Fog

$
0
0
Assalamualaikum.

Semalam saya layan satu movie kat Astro. Boleh terpaku menonton sampai habis. Sadis sungguh cerita ni. Meh la saya cerita...

Kathy seorang wanita yang ditinggalkan suami, tinggal sendirian. Pada suatu pagi ada org kerajaan negeri datang ketuk pintu, bawak polis dan maklumkan bahawa Kathy gagal bayar cukai tanah/pintu, lalu diarah keluar rumah pada hari yang sama sebab besoknya rumahnya akan dilelong. Polis yang bantu dia keluar tu hensem... Kathy pulak cantik. Polis tu dapat tahu Kathy takde sesiapa berdekatan (negeri2 Amerika kan jauh2) lalu dia kesian la.... dia tolong la packing dan bawak brg2 Kathy ke tempat simpanan. Kathy pastu tinggal kat motel.

Bahagian lain pulak ada satu family (Behrani) imigran daripada Iran tapi kini mendapat kerakyatan Amerika. Sepasang suami isteri dengan seorang anak lelaki. Anak pompuan dah kawin bahagia dah. Mereka ni macam lari daripada 'sesuatu' di Iran. Biasa dengan kehidupan mewah jutawan kaya Arab tapi kat Amerika ni Colonel Behrani hanya seorang cashier di kedai dan buat kerja2 kasar yg lain, isterinya surirumah dan anaknya sekolah tinggi. Diorg selama ni menyewa apartment mewah tapi sebelum jatuh papa kedana, si lelaki perlu mencari tempat tinggal yg lebih sesuai dengan kewangan mereka lalu berhasil membeli rumah Kathy yang dilelong pada harga 1/4 daripada harga pasaran. Niatnya adalah untuk tinggal situ sementara mendapatkan pembeli pada harga penuh untuk rumah itu. Kira buat bisnes hartanah lah. Senang kaya.

Namun Kathy beriya panjat pejabat tanah untuk memaklumkan pihak mereka dah tersalah merampas rumah dia. Memang salah pun. Urusan cukai dah setel berbulan dah. Tapi malang sekali, rumah Kathy dah dijual kepada Behrani. Bila Kahty sampai rumah tu, dah ada orang tengah renovate. Kathy jadi marah kat 2 orang tukang tu tapi dia terpijak paku pulak. Dua org tukang tu bawa masuk Kathy ke dalam rumah dan isteri Behrani sendiri yang tolong rawat luka dia dengan ikhlas dan baik hati.

Namun, Kathy masih nak balik rumah dia. Pihak kerajaan negeri ada tawarkan kembali wang yang Behrani dah bayar untuk rumah tersebut kepada Behrani tetapi ditolak oleh Behrani melainkan mereka bayar harga penuh mengikut pasaran kepada dia. Kathy jadi makin berang.

Lepas beberapa ketika Kathy tinggal kat motel, dia dah tak mampu bayar dah lalu dihalau keluar dari motel. Dia tinggal dalam kereta pulak. Terserempak pulak dengan polis hensem tadi, terus jadi kawan. Terus tukar cerita, terus jatuh cinta. Terus ehem ehem. Si polis dah kawen dan ada 2 anak. Kathy 'apa kesah'? Si polis tinggalkan isteri dan anak2nya demi Kathy lalu sanggup nak tolong Kathy dapatkan rumah tu kembali walau apa cara pun. Anak2 menangis tak kasi ayahnya pergi pun, dia pergi jugak.

Si polis mula datang rumah Behrani mengugut-ugut. Konon2 nak pakai kabel kat imigresen dan hantar mereka balik Iran. Tapi Behrani lapor kat balai. Kedudukan polis ni dah mula tergugat. Bongok, pompuan punya pasal. Yg Kathy pun cuba mintak Behrani pulangkan rumah dia tapi Behrani enggan. Bila isteri Behrani dapat tahu, dia menangis2 sebab tak mahu pulang ke Iran, khuatir akan dibunuh. Maklumlah suaminya bekas askar dan punya ramai musuh.

Usaha mendapatkan rumah kembali tidak berhasil, lalu Kathy jadi sangat stress. Sebab si polis dah tinggal bersama Kathy, dia ada la tinggalkan pistol dia kat kereta Kathy. Kathy pergi ke rumah lama dia iaitu rumah Behrani, dalam kereta dia minum arak banyak2 pastu cuba tembak diri sendiri. Tapi tak meletup pun. Tak reti pakai kot. Behrani terdengar suara wanita menangis kat luar rumah, dia jenguk ke luar dan ternampak Kathy dalam keadaan yang menyedihkan, lalu dia bawa Kathy masuk ke dalam.

Isteri Behrani bantu Kathy, kasi minum, pastu suruh berendam bath tub. Kat bilik mandi, Kathy jumpa ubat Behrani dan telan banyak2 untuk bunuh diri. Isteri Behrani tersedar sesuatu berlaku lalu masuk bilik air dan bantu Kathy muntahkan balik ubat2 tu. Kathy jadi sangat lemah. Kemudian si polis yang tercari2 Kathy pergi la ke rumah tu, nampak kereta Kathy kat luar lalu terus menyerbu masuk rumah tu. Masa tu dia ternampak Behrani tengah bawak Kathy yg separuh sedar ke bilik. Dia dah buruk sangka. Dia mengganas, kurung 3 beranak ni dalam bilik mandi sampai pagi dan pagi tu dia paksa Behrani tukar nama rumah tu. Sign surat dan sebagainya la. Lalu Behrani setuju. Dia pun dah malas nak rebut2, dia kesian kat Kathy.

Jadi mereka semua bersiap ke pejabat tanah, si polis ni dah macam penjenayah dan Behrani serta anak lelakinya dijadikan macam tebusan, yg diacukan pistol. Tah macam mana, anak Behrani berjaya rampas pistol polis ni dan acu pada polis tadi agar polis tadi lepaskan bapanya. Pada masa yg sama, Behrani pegang polis tu dan menjerit memanggil polis. Ada 2 polis lain berdekatan ternampak anak Behrani dengan pistol tapi tak nampak polis jahanam tu dengan Behrani yg berada di balik tiang,  sangka anak Behrani seorang penjenayah, terus ditembaknya anak Behrani. Sadis betul... anak Behrani dibawa ke hospital, Behrani ditahan. Tapi kat balai, Behrani dilepaskan lepas keterangannya diambil dan diakui semuanya oleh polis jahanam tadi. Dia bergegas ke hospital, bersujud dan bernazar jika anaknya selamat. Tapi, anak Behrani meninggal dunia.

Behrani pulang ke rumah kepada isterinya yang lesu, sedih.... dia suruh isterinya berehat dan minum teh tapi rupanya dia masukkan racun ke dalam air minuman. Pastu dia bawak isterinya ke bilik dan baring. Pastu Behrani pakai baju askarnya, baring sebelah isterinya yang dah tak bernyawa dan lemaskan diri dalam plastik.

Kemudian, Kathy datang ke rumah tersebut, agaknya dia pun dah penat dan takmo tuntut lagi rumah tu. tapi apa yg dia lihat adalah 2 mayat yang terbaring kaku. Dia cuba bantu Behrani untuk bernafas (CPR) tapi terlambat. Yg polis tu pulak, masuk penjara, cuba call anak isteri tak berjawab.

Rumah tu? Kathy tak mahu tuntut sebagai miliknya......

Begitulah kisah perebutan harta duniawi yang menelan beberapa nyawa, memporak perandakan rumahtangga dan meninggalkan kekesalan yang paling dalam.

DI bawah ni ada link untuk full movie. Selamat menonton......








Viewing all articles
Browse latest Browse all 514