Assalamualaikum.
Pagi semalam, hujan membasahi bumi. Sejukkk..... dalam keadaan cuaca sejuk dan hujan tak berapa lebat tu saya kena hantar anak saya ke kelas muzik. Maklumlah konsert dah dekat, time cuti sekolah ni pulak ada pelajar yang pergi bercuti dan tak dapat berlatih pada hari yang sepatutnya. Yang menjadi mangsa ialah kami, kena datang setiap kali dipanggil cikgu untuk latihan bersama (bila student tu available), tak kira la masa. Sebab saya respect cikgu muzik yang baik tu, saya kommit dengan mereka. Kalau takde aral insyaAllah boleh aje datang tiap kali dipanggil.
Dalam perjalanan pulang lepas hantar anak saya, saya memandu rilek2 aje. Masa tu cuaca dah semakin cerah. Mata pulak jadi semakin silau. Mata saya ni memang ada masalah silau. Jadi, saya dongak ke langit dan saya nampak kepulan2 awan yang menutup sebahagian langit cerah bewarna biru. Ada yang putih kat atas dan kelabu (mendung) di bahagian bawah sedang berarak agak jelas pergerakannya. Subhanallah... bukan hanya cantik, tapi rasa seram pun ada. Macam nak ribut tapi bukan di sini, detik hati saya.
Bila sampai je rumah, saya cerita la kat abang John. Abg John cakap, "Sekarang ni ayang suka tengok langit ye?". Saya terdiam kejap. Agaknya sering sebut pasal langit, abang John terperasan yang saya memang suka pandang langit terutamanya lepas musim jerebu keh keh keh. Betapa nikmatnya memandang langit biru dengan awan kepul2 tu daripada memandang langit yang diselaputi jerebu kan?
Abang John kata, "suka memandang langit itu adalah nikmat. Ada kebesaran Allah swt di situ. Baguslah kalau ayang suka tengok langit". Pastu dia kata, cuba cari tentang ini (di FB) dan baca - "Siri ~ AlQuran Mendahului Sains - Angin menandakan kedatangan hujan".
Ada banyak lagi bukti bahawa Al Quran telah mendahului sains selain tentang angin dan hujan. Boleh gi FB Page tersebut untuk baca dan nikmatilah kebesaran Allah swt.
Dan alhamdulillah saya sangat bersyukur rumah baru saya nanti, kiblatnya direct menghala ke tingkap, boleh nampak langit dengan jelas.