Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Fesyen Baju Terkini Untuk Remaja

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari ni saya nak cerita pasal fesyen. Apa yang kita gayakan hari ini boleh mencerminkan personaliti diri kita. Mungkin ada yang tak kisah tentang apa yang mereka pakai tapi masih ramai yang mengikuti perkembangan fesyen terkini, tak mau dikatakan ketinggalan zaman. 

Oleh kerana sifat fesyen itu sendiri yang sangat dinamik dan sentiasa berubah, tidak hairanlah trend yang sedang popular dalam pasaran sentiasa menjadi pilihan untuk diketengahkan. Dan menjadi 'tugas' pereka-pereka fesyen untuk memberi sentuhan dan nafas baru yang lebih segar untuk terus kekal relevan dalam pasaran. Fesyen remaja zaman sekarang tak sama dengan fesyen remaja zaman dulu. Dulu kami ada style tersendiri. Remaja kini juga mempunyai style mereka yang tersendiri. Namun begitu, fesyen dulu dan sekarang tak jauh sangat larinya. Sentuhan baru pereka fesyen yang sentiasa memerah otak bagi menepati citarasa remaja kini, pasti bakal mendapat perhatian.

Pemilihan warna, kombinasi gaya kasut, shirt dress, skirts, palazzo dan sebagainya, ia mestilah menepati trend. Kini shirt dress menjadi pilihan antara koleksi baju terkini remaja kerana gaya ini menonjolkan sifat feminisme. Sesuailah untuk remaja yang nak menyerlahlah gaya dan menunjukkan personaliti dan cita rasa mereka terhadap fesyen terkini. Barulah dikatakan trendy! 






Tema black and white menjadi taruhan banyak jenama untuk tahun ini. Ramai fesyen designer memilih warna ini dan kelihatannya pilihan warna ini berjaya menarik ramai pencinta fesyen di luar sana. Sementara color blocking nampaknya bagai ketinggalan, warna kuning dikatakan menjadi warna pilihan ramai. Kuning memang la pilihan saya selamanya!  Jadi, kalau rasa-rasa nak nampak trendy, boleh la pilih warna kuning pulak. 





saya berkenan jugak yang ni


Rasa-rasa baru nak jadi trendy lepas baca blog saya? Atau sememangnya uols memang seorang yang trendy selamanya tapi kurang masa untuk pergi shopping mall membeli belah? Tak perlu gusar, online jelah. 

Mungkin uols boleh menjadi antara yang terawal mendapatkan gaya dan trend terbaru apatah lagi tahun 2015 dah hampir menuju ke penutupnya. Selamat datang tahun baru dan trend baru!

Jom la jenguk-jenguk, luang masa memilih gaya mana yang menepati pilihan uols. Tak cukup satu, borong banyak. Baru lah trendy selamanya!!!!





Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>