Assalamualaikum.
Anak2 saya yang dua orang tu main last sekali. Lepas habis anak2 buat persembahan, kami dihiburkan oleh guru2 plak. Practised cuma beberapa hari katanya. Ada 2 lagu, siap nyanyi lagi. Lagu cina dan lagu omputih, lagu Krismas.
Hari ini saya adalah ibu yang bangga dan gembira. Beratus2 sebulan abang John labur untuk anak2 belajar muzik, hari ni terasa berbaloi sangat tengok performance 4 daripada 5 anak2 saya. Patutlah cikgu diorang sayang hehehhe....
Hari ni, kami hadir ke konsert tahunan sekolah muzik FMS Fusion Music Studio, di mana anak2 saya belajar main muzik. Sebelum sekolah muzik ni ditubuhkan lagi, 3 anak saya dah mula belajar piano. Cikgu datang rumah. Pastu lepas setahun dua baru diorang bukak sekolah muzik ni. Hari ni adalah konsert pertama pertama mereka setelah sekolah ditubuhkan 3 tahun kalau tak salah saya. Sebelum2 ni hanya ada Open Day, mini konsert kat sekolah saja.
Konsert diadakan di SJK(C) Sin Ming, di Ayer Itam, berdekatan Taman Puchong Perdana. Sekolah ni baru je renovate dan auditoriumnya pun baru buat. Siap aircond. Selesalah kalau tengok konsert pakai dress lawa dan tudung Neelofa. Konsert ada 2 sesi. Pagi dan petang. Utk sesi petang dijadualkan bermula pada jam 4pm dan berakhir pada 6pm.
Sekolah muzik ni ada student yang boleh tahan ramainya. Sebab tu ada 2 sesi. Daripada sekecil2 budak, sampai la yang dah remaja. Ada jugak murid tua macam saya dulu tapi saya berhenti dan 'pindahkan' slot kelas gitar saya kepada anak sulung saya sebab saya takde masa nak practice hihi.
Acara dihoskan oleh MC yang cute, tutur bicaranya teratur dan berambut kerinting.
Mujurlah saya bawa Canon SX40HS saya, boleh zoom 30X.
Pembukaan konsert dimulakan dengan kata2 aluan Presiden. Pastu konsert dimulakan dengan memberi laluan kepada anak remaja main piano lagu Beethoven Virus (yg saya biasa dengar anak sulung saya main kat rumah) dan kemudian disusuli dengan anak2 kecil pulak untuk buat persembahan. Violin, piano. gitar, ukulele dan drum. Piano paling banyak.
Ternyata bukan senang nak ajar anak2 ni main muzik. Mesti pening cikgu2. Maka itu, seharusnya cikgu2 diberi penghargaan utk usaha mereka. Tenaga pengajar kat sekolah ni bukan calang2. Semuanya berpengalaman bukan saja pengalaman main muzik, mereka memang berpengalaman mengajar dan ber'sijil' dan ber'award'.
Yang berbangsa cina mendominasi kelas muzik ni. Bangsa Melayu pulak, 4 orang adalah anak2 saya. Selain anak saya ada seorang lelaki remaja main gitar, seorang dalam lingkungan umur antara 7 - 9 tahun kot main piano dan ada 2 (rasanya adik beradik) tak buat persembahan walau nama mereka ada dalam buku. Mungkin tak dapat hadir sebab ada hal. Tapi sangat best bila anak2 saya semua dapat lagu2 pop dan rock saja. Lagu kanak2 mcm budak2 lain tu, bukan untuk diorang hehehehe.
Celoteh banyak2 pun takde gunanya. Meh la tengok anak2 saya buat persembahan.
Dhani 8 tahun - Stronger
Dhani lagi - Just Give Me A Reason
Dania 14 tahun - 21 Guns dan Numb
Nawfal dan Nada, 12 dan 11 tahun - Counting Stars dan What I've Done
Anak2 saya yang dua orang tu main last sekali. Lepas habis anak2 buat persembahan, kami dihiburkan oleh guru2 plak. Practised cuma beberapa hari katanya. Ada 2 lagu, siap nyanyi lagi. Lagu cina dan lagu omputih, lagu Krismas.
Penutup konsert, guru dan pelajar bergambar bersama. Puas hati ibu2 dan bapa2 tengok anak2 masing2 buat persembahan. Saya tak lepaskan peluang ucap tahniah kepada guru piano, teacher Amanda Ong yg bersungguh-sungguh ajar anak2 saya main piano sampai pandai. Cikgu drum tak nampak kelibatnya iaitu cikgu Zairul. Agaknya tak dapat cuti daripada ******. Cikgu Zairul juga adalah tenaga pengajar kat sekolah muzik terkenal setiap Sabtu dan Ahad. Gigih betul cikgu ni cari rezeki. Biasalah skrg rata2 memang cari income dari 2, 3 sumber. Susah nak hidup senang kat tanahair kita sekarang. Serba serbi mahal belaka. Banyak sangat cukainya.
susah nak snap gambar. Ramai dah kerumun kat depan. Mujur boleh zoom dari jauh |
dengan teacher Amanda Ong |
Kepada uols yang tinggal berdekatan area Taman Tasik Prima iaitu sekitar Taman Putra Perdana, Taman Bukit Puchong, Taman Saujana Puchong, Taman Puchong Utama, Nusaputra, Amansari dan sekitarnya saya rekemen sangatlah sekolah muzik ni. Daftar RM100 seorang murid kalau tak salah saya. Pastu yuran bulanan ikut alat muzik dan gred.
Alamat:
FMS Fusion Music Studio Sdn Bhd
No 3-2, Blok A
Prima Biz Hub
Jalan Tasik Prima 5/1
Taman Tasik Prima
47100 Puchong Selangor
017-5388774