Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Langsir Pertama Siap!

$
0
0
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Siap satu pasang langsir hari ni. Sebelum ni untuk rumah lama cincai2 aje jahit langsir. Kali ni, saya bersungguh-sungguh jahit hihihi. Dan untuk langsir yg pakai tape langsir ni, adalah pertama kali saya jahit. Yg eyelet tu baru potong je, tak jahit lagi. Besok lusa saya siapkan insyaAllah.....


tokey Kamdar kata jangan potong bawah tu. Sebab dah siap2 jahit tepi. Jadi, kena la potong tepat2 ukuran labuh

Baru kuar dari kotak, lepas packing2 bawak ke rumah baru

skrg ni malas pakai jarum. Kita pakai paper clip jenis ni :)

Sebenarnya senang je jahit langsir. Cuma nak mengukur dan memotong, perlu ruang yg luas. Kena potong betul2 supaya tak senget. Saya takmo terlalu senteng dan takmo terlalu labuh. Nak tergantung elok2 je. Lagipun langsir ni langsir day curtain. Tak boleh lebih labuh daripada langsir yg belah luar. Itu pasal la upah jahit langsir ni agak mahal. Jgn komplen sangat bila upah orang jahit sebab kerja menjahit bukan kerja cincai. Susah tau nak memikir! Rasa tak boleh kompromi, sila jahit sendiri hehe.



Bila dah siap, kita ajar anak2 kita pasang besi langsir ni. memang merungut2 la diorang hehehehhe.

hadapan

Dah siap gantung. Abang John masih tak puas hati dengan kerja tukang pasang rod langsir. Memang ada kecacatan di situ. Kiri kanan lari dalam 1/2 inci

puas hati jahit sendiri

Lepas ni kalau nak beli kain langsir, saya akan tanya pada pembantu kat Kamdar tu berapa meter nak beli. Memang tepat2 ukuran yang diorang kasi. Takyah nak ejas2 sangat. Cucuk aje kat setiap lubang, insyaAllah muat. Cuma bahagian tengah nak cantumkan dua langsir tu je kena ejas sikit sebab saya takmo pisahkan langsir jadi 2 bahagian walau ia 2 keping. Saya nak melekat kat atas walau ia terbelah di bawah. Faham kan? Kalau tak faham boleh ulang baca sekali lagi hihi. Sebab, kalau nak keluar ikut sliding door tu boleh selak aje langsir bahagian tengah ye tak? Langsir jenis ni sebenarnya saya boleh jahit aje sekeping penuh sliding door tu sebab labuh dia (lerang) 10 kaki (dilipat 2 masa jual - jd saya beli 8.5m iaitu lebih 2 x lebar sliding door) tapi lecehlah kalau nak keluar pintu tu. Jadi, saya potong tengah buat 2 helai.

Lepas ni nak siapkan langsir ruang tamu dah dah siap potong pulak. Pastu kena labur lagi duit utk langsir2 yang lain. 

Semoga dimudahkan urusan saya, insyaAllah.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>