Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Tutorial Sekali Lalu Eyelet Curtain

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah siap langsir eyelet saya untuk pintu kaca saya. Nak kata cemerlang tu taklah tapi ok jelah. Untuk langsir RM8/meter ia tidak mengecewakan.




Memang la tidak menepati 100% mahupun 90% selera saya tapi bolehlah sementara menunggu ada bajet lebih nanti saya buat langsir lagi grand. Buat masa sekarang kita bersyukur apa yang ada. Nak menyediakan segala benda ikut kehendak hati dalam satu masa memang menelan belanja yang sangat besar. Untuk orang yang pernah beli rumah baru, baru siap, beli dari developer, kosong, takde lampu takde kipas, pasti faham betapa besar belanja nak menyediakan keperluan asas dalam sesebuah rumah.

OK. Sekarang saya nak tunjuk sikit cara-cara nak buat eyelet curtain yang sebenarnya sangat mudah. Saya sangat rekemen kaum2 ibu belajar menjahit untuk diri sendiri dan keluarga. Dalam sebuah rumah kena ada mesin jahit supaya boleh jahit langsir sendiri, baju kurung sendiri. Tak kalut bila tiba masa memerlukan. Sekarang ni semua mahal. Mahal. Mahal belaka. Nak cari duit pun bukan senang. Nak bermewah pun dah tak berani. Kena fikir masa depan. Tah apa nak jadi tahun2 mendatang nanti. *sigh*

Mula-mula kain langsir yang dah dijahit atas bawah kiri kanan mengikut ukuran yang diperlukan tu perlu di tanda untuk letak eyelet ring.


Saya cantum 3 keping untuk dapatkan langsir yang besar. Jahit tepi kiri kanan, atas dan bawah seperti  gambar di atas. Tepi jahit kecik, bawah lebar 5 inci, atas lebar 6 inci.

ni dah jahit dan dah tanda

OK jarak yg perlu ditanda dari tepi kain untuk eyelet ring pertama ialah 3 inci. Jarak dari atas kain pun 3 inci. Kemudian jarak antara 2 eyelet ring ialah 6 inci. 


bukak eyelet tu kepada 2 bahagian. Ada lubang kat eyelet tu, kopakkan dia jangan sampai patah ye

Bila dah tanda jarak, buat la tanda + tu. Sebaiknya guna la pen kasi terang sikit. Pastu letak eyelet ring tu tepat kat tanda + (macam gambar atas) dan tanda bulatan ikut ring guna pen.


mula2 memang saya pinkan. Tapi lama2 takyah pin. Dah expert konon

Pastu lipat kain tu kat bulatan yg kita lukis tadi. Gunting untuk dapatkan lubang bulat. Saya lebihkan sikit melebihi lukisan yg dibuat tadi.

ni dia lepas gunting


letak eyelet ring yg sebelah

Pastu letak sebelah eyelet ring tu kat bulatan. Tengok gambar atas, kain mesti tak boleh terlalu kecil. Kalau kecik sangat sampai tak nampak ring (mcm gambar) dikhuatiri tak boleh nak snapkan ring sebelah lagi.

Pastu ambil sebelah lagi eyelet ring dan tekapkan ke atas ring yang kat kain tu. Akan ada bunyi snap menandakan ia dah tertekap dengan sempurna. Dan teruskan step yg sama sampai hujung.


buat step sama sampai hujung langsir

Selesai semua terus gantung. 


Ni satu bahagian. 3 keping dicantum jadi 1 helai langsir

boleh la kan

Abaikan besi terjulur tu. Ekon tak pasang lagi

Langsir eyelet yg cantik sepatutnya jatuh terbentuk cantik ke bawah, tak kembang kat bawah macam saya punya hehehehe. 

OK senang je kan? Jangan lupa, langsir kalau berkedut sila la iron dulu. Terutamanya yang dicantum.






Ok uols. Itu aje tutorial ringkas saya hari ni. Lenkali boleh la try. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>