Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Sesalan Besi Langsir

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari ni saya bawak 2 anak saya dan sepupu mereka ke Kaison Paradigm, cari 1 roll wallpaper untuk dinding ruang makan yg nampaknya macam dull aje. Harap2 dengan wallpaper kaler kontra nanti dapatlah menyerlahkan sikit area tu. Nak mengecat abg John tak kuasa. Padahal dia pandai mengecat .. sebab kerja mengecat tu, leceh dan renyah lagi. Merecik2 cat tu yang tak kuasa nak kontrol. Nak berlapik2 bagai.

Pastu saya ternampak la besi langsir yang dijual kat situ. Aduh.... ada 3 size yang semuanya sesuai untuk rumah saya. Paling panjang boleh pegi sampai 3 meter, memang muat pintu2 empat panel saya.


hingga 3 meter, RM49.90 saja satu complete set


1.6m ke 3.0m extendable

extendable sehingga 2.0 meter RM39.90

Kalau dikira2, kalau beli 5 besi 3meter tu baru dalam RM250.00. Kalau rail langsir untuk sheer curtain pulak modal tak sampai RM150.00 kot keseluruhannya. Jadi modal keseluruhan ialah RM400. Sedangkan incik yg pasangkan rod dan rail langsir kat rumah saya yang senget dan tak cantik tu dibayar RM800. Abg John tanya saya, "Kita kena tipu ke?" tapi saya pujuk hati kata "Rod kayu tu memang lagi mahal dan service diorang pun perlu dibayar". Service. Memang 'service' ialah satu benda yg bukan benda, yang berharga mahal dari barang. Contohnya service seorang emcee atau   trainer/motivator yg modalnya ialah suara, ilmu dan kepetahan berkata2 berharga ribu2 sehari. 

Tak kisahlah berapapun harga service yang diletak, apa yang penting ialah hasil selepas kerja tu siap. Kalau rumah dah siap pahat masih berbunyik tu, macam rod dan rail saya tu, rasanya macam nak menyesal aje. Tapi dah rezeki org tu nak menyesal apa lagi? Ikut hati nak tukar aje beli rod Kaison ni tapi kita takmo membazir kan.... tunggu la tahun 2017 punya raya insyaAllah saya tukar. Sakit mata setahun dua takpelah. 

Redha tapi tak ikhlas redha. Saya hanya manusia biasa.

:(

Tapi saya beli la jugak rod tu sebab tingkap2 bilik yang kecik2 semua takde rod lagi. Mujurlah saya cuma mintak dibuatkan rod dan rail untuk tingkap2 besar saja. Tingkap kecik saya tak suruh buat. Ada dalam 8 tingkap kecik yang memerlukan rod. Jadi bolehlah beli kat Kaison aje. 

Lepas tu saya bawak budak2 ni jenjalan kat tingkat UG Paradigm sebab ada hiasan Krismas. Ada salji.

yg lelaki tu brangan ala 'Gandalf' Lord of The Rings / The Hobbit pegang tongkat si wizard



okbai. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Trending Articles


HOY PANGIT, MAGBAYAD KA!


Henry el monstruo feliz para colorear e imprimir


Dama y vagabundo para pintar


Girasoles para colorear


Good Morning Quotes


RE: Mutton Pies (jameskoiman)


Hagibis (1946) by Francisco V. Coching


Ka riam ka beit bad ka por riam


Vimeo Create - Video Maker & Editor 1.6.0 by Vimeo Inc


Vimeo 3.42.1 by Vimeo Inc



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>