Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Home Pro

$
0
0
Assalamualaikum.

Sempena bday Cik Rai awal Januari hari tu, kitorang gi makan-makan satu family ke IOI City Mall, Putrajaya. Antara plan selepas makan ialah 'melawat' Index Living Mall, kedai perabot dan peralatan rumah yang sangat menggembirakan wanita seperti saya.

Namun begitu, plan window shopping kat sana tak jadi, sebab restoran tempat kami makan dekat sangat dengan Home Pro, entah kedai apa tak pasti pada awalnya. Sebab dia ada perkataan 'home' maka saya jangkakan ia juga sebuah kedai perabot dan peralatan, maka saya ajak abang John masuk.



Eh eh.. ada jual tiles? Eh eh cantik belaka tiles yang dijual. Yang kilat yang licin yang kesat, bercorak, plain, malah lantai vynil pun ada jual. Rupanya inilah kedai hardware dalam shopping mall.



Macam2 barang ada kat sini. Peralatan bilik air, jamban, tombol pintu, lampu, langsir, alat pertukangan, sticker tingkap, blinds, rail langsir, set garden, wallpaper, cermin, barang elektronik pun ada. Memang besar kedai ni. Teruja saya melihatnya. Nak tempah kitchen cabinet pun boleh.







Tak puas sebenarnya pusing2 keliling. Kena balik cepat kalau tidak nanti terbakar solat kauuu. Tapi sebelum balik, sempatlah menyambar satu set outdoor punye kerusi meja, boleh la breakfast sambil hadap garden yang rumput belum ada tu hihihi.



Kalau rasa2 teringin nak menjenguk, Home Pro terletak dekat dengan Black Canyon Coffee, Ground Floor kot, sama level Index Living Mall, dan kedai2 makan.

Selamat cuci mata!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>