Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Kabinet Tapi Meh Borak Dulu

$
0
0
Assalamualaikum.

Dulu saya pernah janji nak upload gambar kabinet dapur bila dah siap. Baca sini. Maaflah lama menunggu masa sesuai untuk saya buat post pasal ni. Maklumlah, seperti yg saya banyak kali cakap, pindah rumah banyak sangat belanjanya. Dengan zaman ekonomi hancus macam sekarang, hampir SEMUA org yang kami jumpa mengeluh susah dan terasa sangat tight. Jadi, kami dinasihatkan kalau ada duit tu jangan amuk2 semuanya. Kena cermat berbelanja. Nak renovate atau beli barang rumah pun kena berperingkat. Sedangkan yang kerja dengan syarikat besar dah berpuluh tahun pun rasa terancam takut dibuang kerja tiba2, inikan pulak kami yang berniaga sendiri, tak tentu arah hasilnya. Kini, terus terang ajelah, abang John buat 5 kerja dalam satu masa. Menteri kata apa? 2 kerja? 5 kerja la bang. LIMA. Salah satu kerja dah bagai telur di hujung tanduk, hanya mendatangkan sakit kepala bukan income.

Sebagai surirumah pun saya ambik alih kerja cikgu tuisyen, cikgu ngaji, selain mengemas, memasak, driver, juruhias, pest control consultant, demi menjimatkan wang dan mengurangkan belanja bulanan. Kalau saya pandai muzik, saya jugak jadi cikgu muzik hihi. Selain tu saya jual Jointflex dan Elken. Ada jugak extra kat situ. Bangun seawal 5am setiap hari, tidur jam 1am. 4 jam masa berehat tu pun kerap2 terjaga tengah malam. Asal terjaga aje tengok jam. Muka dah tah jadi muka apa, tak kuasa nak check sangat dah. Memandangkan rumah saya tak lengkap dengan perabot lagi termasuk almari mekap, saya jarang2 la hadap cermin. 

Dalam keadaan rumah serba kurang ni saya memang  takmo orang datang rumah. Padahal tetamu bawak rahmat ek. Tapi sebab tahap stress melebihi gaban, muka pun nampak sangat stress dia, dengan beberapa isu yang terpaksa saya taichi dan ketis mana boleh, buat hati kering, saya memang dikatakan sedang mengurung diri kat rumah. Lagipun anak-anak sekolah la beb, mana boleh nak layan benda lain selain hal anak-anak yang tak berkesudahan. 

Nak tau apa berlaku kat luar sana, saya check je la FB, IG dan whatsapp. Tapi kadang2 tambah stress layan FB. Rakyat memerah keringat beriya2 skrg, banting tulang 4 kerat nak tampung kos sara hidup yang tinggi tapi korang dok sibuk dengan hal tah apa-apa kan? Berita perdana kat tv pun bikin stress. 30 minit cerita eksiden, bunuh, rompak, samun, mati, pastu sambung pulak janji-janji ala capati. 

Syukur sekarang bukan musim jerebu. Tengok langit biru, ada awan kepul2 kemain cantik. Nak tengok rumput hijau, garden saya masih kontang takde rumput hehehehe. Tu duit jugak tu. Ingat rumput tumbuh free ke? Air pun tak free, bayangkan kalau udara lepas ni pun kena bayar. Melalut ke laut dah aku.

OKlah meh la tengok kabinet. Ini adalah hasil buat kerja konsultant hujung tahun lepas tau. Bukan duit kedai vape ye tuan-tuan. Kedai Vape abg John tak handle cash. Harap maklum.


Simple je jadinya. Solid top putih saya tukar mintak hitam. Kabinet atas pun mintak kaler putih 3G. Kalau kat wet kitchen jangan buat solid top granite hitam. Calar dia senang nampak

kerusi murah ni sementara aje. Patut ada cermin kat bawah bar counter tapi diorang lupa huhu. Tapi nanti la letak kendian

3G Black soft closing, tak berdentum bila tutup

sinki dan paip kena beli lain. Sinki besar, best.


Jadi sekarang nilah tempat masak saya. Takde hood, takde hob. Patutnya dry kitchen bukan untuk memasak jadi takdelah hood dan hob. Skrg saya masak guna portable induction cooker. Leceh gak. Hanya 2 periuk saya boleh guna. Sebelum ada kabinet saya masak atas lantai. Meja makan belum ada. Kami makan kat bar counter. Barangkali nak kena tunggu setahun baru complete semuanya insyaAllah. Takpelah biar la pelan-pelan janji perut kenyang hari2.

Berbalik kepada cerita kerja, sekarang nak cari makan kat Malaysia kemain susah, abang John nampaknya terpaksa akur untuk kerja semula merantau macam dulu. Mana tau ada rezeki kat luar sana. Tak cari, tak tau. 

Oklah korang... saya doakan kalian semua dirahmati Allah swt selalu, dilimpahi rezeki yang luas, dimudahkan urusan, bahagia dengan keluarga dan jauhilah fitnah.

Aaamiiinnn....


Viewing all articles
Browse latest Browse all 514