Assalamualaikum.
Tak jadi artis pun dah ada yg stalking. Kalau jadi artis habis semua aib luar dalam orang bukak. Stalkers ni kengkadang bukan nak sangat stalk kita, tapi nak intai 'orang lain' melalui kita. Private la macam mana pun, pasti ada cara orang nak intai mahupun diintai.
Macam-macam ada sekarang ni. Bukan setakat rambang-rambang followers diorang boleh dapat, malahan follower 'pilihan' juga boleh dapat. Contohnya, saya nak si POLAN jadi follower saya dan nak dia follow saya secara 'paksa' tapi saya takmo request sebab SAYA STALKER kan?... kalau request kang dia tau pulak, dan mungkin tak approved. Jadi, saya gunakan apps untuk menjadikan si POLAN sebagai follower saya dan saya pun dapat follow dia free2. Pastu, kerana saya punyai agenda tertentu (biasanya mesti la agenda jahat) - sayapun dengan SENGAJA nak suruh POLAN tu nampak posting saya untuk menyakitkan hati dia. Paham kan?
Jadi, hari ni saya cuba membersihkan IG saya. SORANG yg confirm stalker lahanat dah saya remove. Cara remove saya tak tau tapi saya block pastu unblock balik. Automatik dia dah terkeluar daripada senarai follower saya. Nak tau kenapa saya kata dia stalker? Sebab bila saya check IG dia, account baru created, pastu gambar2 dia semua gambar google tanpa caption dan tanpa maknapun. Tetiba ada selit satu gambar penuh makna kat tengah2 feed dia. Semua gambar pun baru post. Tak ke penuh makna tu? Dan saya tak dpt sebarang NOTIFIKASI tentang follower baru dan saya sendiri tak memollow manusia ni. Alaaaaa kalau setakat saya punya IG, bukan hari2 dapat follower pun. Jadi paham2lah mcm mana saya boleh tangkap dia sebagai hacker stalker.
Lps remove dia, saya tukar nama ID. Pastu saya terfikir nak lebih memprivasikan IG saya. Tapi masalahnya sayang kat gambar2 yg ada. Kenangan. Jadi, apa yg saya buat ialah saya ke akaun ke 2 IG yg saya guna untuk jual brg dulu. Saya tukar nama, privatekan dan personalkan dia. Yg sedia ada ni saya disable kan dia. Caranya, saya kena log in melalui macbook saya. Pastu edit profile, tekan Disable account. Setel. Macam FB jugaklah.
Sambil2 tu saya sempat jalan2 cari bahan dulu kat IG ni. Ternampak satu IG sorang hamba Allah. Follower ratus ribu. Umur baru 15. Sebaya anak saya. Satu gambar dapat komen beratus. Tak semua komen membina. Mengutuk lagi banyak dari membina. Menasihat pun banyak. Check punye check, rupanya dia ni adik artis. Jadi adik pun terima tempias kakaknya ye. Emmm... kawan saya kakak sulung Shaheizy Sam, takde pulak berfollower beratus ribu. Takde pulak kena komen beratus setiap post. Elok aje privacy terjaga. Macam mana tu? Jawapannya ialah apa yg dipost ke IG.
Kalau kita post benda elok2, tak mengundang fitnah, ok je la insyaAllah. Selebihnya, uols fikir dan sambunglah sendiri ye. Cerdik2 kan semuanya. Kita bertanggungjawab akan perbuatan kita sendiri. Letih nak 'menjawab' nanti kat sana nun. Biarlah saya tak ramai follower. Biarlah jugak anak dara saya tak hot mana, tak glamer, tak stylo mcm anak orang lain, saya bersyukur kerana mereka begitu. Malu nak pakai baju begitu, malu nak pakai begini. Dah ringan satu bab, alhamdulillah. Semoga berterusan la sampai akhir hayat.
Jadi sekarang ni, IG saya dah suci sesuci embun pagi dah. Kena lebih berhati2 lepas ni. Jangan biarkan diri jadi mangsa stalkers ok.