Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Zawara Coffee Yang Cool

$
0
0
Assalamualaikum.

Sejak pindah ni, life saya sangat simple. Betul2 'surirumah' saya sekarang. Kerja driver dah berkurang banyak percent. Oleh yang demikian, urusan harian seperti cuci baju, melipat, mengemas, menyapu semuanya teratur alhamdulillah. Bangun pagi pun 5am setiap hari tanpa masalah, terus mandi kasi wangi dan segar. Orang kata mandi sebelum subuh ni bagus untuk kesihatan. Mandi air sejuk pulak tu. 

Tapi bila dah betul2 menyurirumahkan diri, ada kalanya terasa nak tengok2 apa ada di sekitar saya ni. Skrg ni asyik ke kedai depan rumah. Paling jauh pun saya ke Speedmart 99 aje sebab sabun basuh baju kegemaran saya iaitu TOP ada jual kat situ je, kedai lain takdo. Sabun lain tak menepati citarasa hidung saya. Maklumlah saya skrg tak pakai softener. Softener buat baju saya bercapuk2. Elok2 kering pakai dryer takyah pakai softener, gatal nak wangi extra guna softener tapi bercapuk laks dia. 

Emmm bila la cita kopi nak masuk ni ye...

Hari ni saya dan abang John merayau sekitar kawasan. Dating berdua. Mula2 gi makan malam. Tengah syok borak abang John komplen kena serang nyamuk. Dia pakai baju hitam. Lalu kitorang pun 'pindah' lepak ke kedai kopi. Pusing punya pusing.... banyak kedai kopi kat sini yang tutup awal. Orang Melayu memang nak balik awal supaya boleh tidur awal, bangun subuh pun awal... (itu hati saya kata). Tapi mata saya masa tu dah aim nak ke Zawara Coffee. Sampai depan kedai, masa tu jam 11pm, memang nampak lampu terang cuma tak pasti bukak lagi ke? Google dulu ahhaha cari operation hours. Dan ini yg saya jumpa hehehehehhe.....



Pastu berjalan masuk dengan yakin, tau takkan kena halau keluar sebab kedai blom tutup kikiki. Masuk2 aje saya memang kagumlah tengok dalam. Macam cool eh. Terutama kat cashier tempat order tu. Dia punya menu pun macam best. Staff pun lawa. Snack dia pun best2. Ada churros. Sorry takde gambar interior, kalau nak tau sila la datang saksikan sendiri hokey.

Saya order kopi la. Cafe Latte. Kajian kata minum kopi (berkafein) 3 cawan sehari boleh mengurangkan risiko kanser kulit kira2 20% utk pompuan tau. Jangan takut minum kopi. Tapi jgn terlebih minum kopi. Churros dengan caramel sekali saya order. Tapau sekali satu set. Anak saya suka makan. Saya ni sentimental sikit. Mesti teringat kat anak kat rumah hehe. Setakat makan nasi goreng takdelah teringat sangat tapi sebab makan churros memang teringatlah. 

Pastu disebabkan kat Zawara Coffee ni guna khidmat melayan diri sendiri (self service daaaa), diorang takde la nak layan hantar menghantar ke meja kita. Tapi diorang kasi la satu alat mcm pager yang saya pernah jumpa kat Korea dulu. Kalau berbunyik benda tu, maknanya order kita tadi dah ready. Pegilah ke kaunter collect sendiri order kita tadi. Cool eh. Cam jakun tu idok le sebab kat Korea (ehem cewah belagak) dah pakai dah benda ni. 




Sempat upload kat instagram, tourist guide saya masa kat Korea pun komen hahahaa. Agaknya dah byk kedai guna benda ni kat Msia cuma saya je tak pernah jumpa. Maklumlah kita bukan kaki rayap.


dah tukar nama Instagram sebab ada stalker tak diundang


Bila dah berbunyik tu, sila la ke kaunter.... lalu churros pun dimakan. Sedaaapppp.... saya buat sendiri  kat rumah, tak jadi. Rasa sama, tapi lembik!


paking gula dia pun cool. Saya tak pakai lalu saya bawak balik kikiki

ada penutup tapi saya bukak

Sori le gambar tak lawa sebab saya lepak luar, kena la pakai flash.

Secara keseluruhan saya puas hati dengan Zawara Coffee. Cafe Latte memuaskan. Macam biasa saya minum tanpa gula. 

standard harga. No complaint eh. Tiada gst.

Rasa2 tersesat ke Bangi, atau memang sengaja nak shopping jubah (belambak kedai jubah branded2 kat sini) tu, singgahlah ke Zawara Coffee. Lepak2 boleh sampai 12am. 






Disebabkan dah pukul 1am, saya kena la tidur ye. Jam 5am nak bangun. Wassalam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>