Assalamualaikum.
Gawat! Memang sekarang zaman gawat. Ramai yang saya kenal mengeluh gawat. Dan ramai jugak yang saya kenal masih mampu lagi makan mahal, beli barang mahal, shopping manjang. Rezeki masing-masinglah. Tapi kalau mengeluh memanjang, adakah gawat tu boleh hilang lenyap semalaman? Kalau duit turun dari langit, memang hilanglah gawatnya kot tapi langit pun jarang2 turunkan hujan sekarang. Asal turun aje, siling dapur baru saya (yg belum dpt disiapkan tu) akan menampakkan tompok-tompok kebocoran hihihi. Tak larat nak komplen kat kontraktor dah. Kesian pun ada sebenarnya, tang mana silapnya tah.
![]() |
ini bocor sebelum ni |
![]() |
ini bocor semalam walau dah repair hari tu |
Jadi, sempena zaman gawat ni, mungkin orang seperti saya akan menjalankan misi yang sepatutnya iaitu 'berjimat' dan kalau perlu, saya akan pilih mana-mana 'baby' saya untuk saya lelongkan. Jual la harta kesayangan, apadahal... jual satu beg mahal yang tersusun tu, tak luaklah. Tak pengsan pun kalau kurang satu beg. Walau skrg dah terkurang 7 beg designer saya yang semuanya bernilai emmm entahlah (malas nak kira), saya pitam pun tak. Pening pun tidak. Malah boleh mengurangkan pening dan beban tau. Syukurlah, saya bukan seorang yang menyimpan brg atas alasan 'sentimental value'. Uols, inilah masanya nak menguji diri sendiri. Kalau saya pengumpul emaspun, pasti emas pun akan saya 'leburkan' jika perlu.
Di sini saya nak sarankan uols untuk sekali-sekala bila rasa tension fikir tak dapat shopping beg baru tu, fikirkan brg lain yg lebih berguna untuk dibeli sebagai terapi terutamanya yang kaki shopping. Katanya shopping itu terapi kan... dah jual beg sebijik dua, boleh lunas hutang mana patut tapi spare sikit la utk diri sendiri. Beli la periuk ke kuali baru ke..... kan best dapat masak guna piok baru.
Disebabkan saya kini pengguna dapur induction 100% sementara dapur basah tak siap2 tu, saya memerlukan periuk dan kuali yang sesuai. Sekarang ni hanya 2 periuk yang boleh digunakan dengan induction cooker. Leceh! Tapi drp kelecehan ini sebenarnya saya belajar bahawa menggunakan dapur induction sebenarnya best kalau pandai guna. Boleh memasak guna suhu yang tepat, minyak cepat panas dan masak pun cepat siap sebenarnya. Takyah ada tong gas. Kalau takde letrik baru la nganga hihi.
Tapi, bagi memastikan ia lebih best, saya beli kuali dan periuk baru, brand murah aje iaitu Big Value kat Aeon Big, kaler hijau pucuk pisang hahahaha. Minat kaler biru muda tapi harga dia lebih mahal. Yg hijau ada offer.
![]() |
dalam ni ada tomyam |
![]() |
alamak snap sebelum cuci pulak ish.. |
Kalau nak shopping periuk untuk induction cooker, kena baca label dulu tau. Jangan main sebat aje nanti tak boleh guna pulak. Setahu saya induction cooker ni ada kena mengena dengan 'magnet'. Berbeza dengan dapur electric yg guna besi tebal melingkar tu atau jenis ceramic, boleh guna banyak jenis periuk, induction bukan sebarang periuk boleh tenggek. Jadi, saya pastikan periuk yg saya pilih ada bulat2 dot2 kat bontot lepernya.
![]() |
baru lepas cuci |
Kalau bontotnya leper dan ada dot2 ni confirm boleh kautim dengan induction cooker. Lagi satu best guna induction, bontot periuk tak berjelaga. Kuali lama saya yg sama macam si hijau tu dah disalut penuh jelaga. Puas saya sental takmo hilang. Pastu salutan hitam dalam kuali tu dah terkopek2, buatkan makanan melekat apabila dimasak dan coating tu terkopek masuk makanan. Tak elok untuk dimakan tau.
![]() |
ini piok dan kuali lama. Beli murah jugak kat Jusco. Bertahun2 pakai. |
Bila memasak pakai kuali dan periuk baru ni memang saya rasa seronok, ada kepuasannya. Kerana periuk baru, mood memasak pun mari. Jadi, tak semestinya beli handbag mahal baru dapat kepuasan. Kalau jarang2 keluar rumah pun bukannya pakai handbag tu.
Oleh itu uols uols yang tersayang, janganlah kerana gawat uols nak hilang mood memasak ye. Gi beli periuk baru, letak minyak setengah penuh, guna untuk deep fried ayam goreng salut tepung ala2 Food Network tu, diorg tak guna kuali utk menggoreng tau. Diorang guna periuk!