Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Kenikmatan Yang Terenggut

$
0
0
Assalamualaikum.

Entry sebelum ni saya cerita tentang seronoknya berperiuk baru, guna induction cooker, satu2nya dapur kegunaan seharian saya sementara dapur yang real tengah tak ada lagi ni. Sehari selepas saya post entry tersebut, induction cooker ROSAK. Bayangkan saya tengah menikmati keseronokan menggoreng churros untuk anak-anak saya, semua power point dapur kering saya padam. Fuse dapur tripped rupanya. Bila buat troubleshooting, ternyata ia berpunca daripada induction cooker tersebut. Nampaknya nikmat kali ni, direnggut setelah saya mula menghargainya aduhai....


kena tanda 'ROSAK' supaya orang lain tak teraniaya

Nasihat saya untuk anda semua, belilah barang yang ada jenama elok sikit, bayar lebih sikit ok aje, apalagi kalau nak guna heavy2. Kalau tidak, jadilah macam saya, baru pakai 2 bulan dah kena baling tong sampah. Setakat sekali-sekala nak guna tu mungkin takde masalahlah. Kalau uols semua check harga induction cooker, untuk portable macam ni memang harga standard dalam RM200 - RM300, ada jugak yang RM100+ untuk jenama yg tak terkenal tapi kalau yang 2 hobs yang boleh sumbat dalam kitchen cabinet hard top tu, harga mesti lebih RM1500++++++++++. Tapi jangan tertipu dengan jenama yang dikatakan dari luar kononnya, yang diorang jual RM4-5k tu dan dapat diskaun RM100 + sekotak tisu selepas uols gores dan menang tu ye. Yang tu terang-terang menipu.

Nikmat yang direnggut sementara ini antara punca saya menangis sepanjang hari. Bukan kerana apa, memanglah kat supermarket ada jual cik kak... orang kata, beli aje yang baru habis cerita. Tapi orang kata lepas satu, satu... yang ini belum selesai, datang pulak masalah lain. Nak cerita kat blog tak manislah. Senang cerita, walau saya banyak cerita hal positif aje kat blog ni, saya sebagai manusia biasa juga sangat teruji dengan pelbagai dugaan. Bezanya saya dengan orang lain ialah saya tak lambak cerita kat orang, kat FB, kat mak, kat bapak, kat kakak, kat ipar, kat biras, mahupun kawan-kawan. Saya simpan aje dalam hati sampai melarat naik ke jiwa dan mata. Aduhaiiii... kadang-kadang rasa dah tak kuat sangat dah. 

Sementara induction cooker rosak tu, saya masak guna slow cooker, rice cooker dan conventional oven. Menu?  Hari pertama saya buat bubur nasi guna rice cooker kebetulan anak demam semua. Hari ke 2 buat breakfast mushroom soup guna slow cooker. Malam sebelum tidur saya tinggalkan dalam slow cooker, pagi besoknya jam 5am saya turun dah mendidih dah. Bau pun naik sampai ke bilik saya. Pastu oven tu saya guna untuk buat pizza. Kebetulan ada yis dan cheese dalam simpanan. Lepas tu saya buntu tak tau dah nak masak apa dan macam mana nak bagi anak makan sampailah induction cooker baru sampai.




Tp kan, dengan 'kehadiran' induction cooker (yg sebenarnya bukan induction tapi ceramic cooker) baru tu, masih tak mampu mengembalikan balik rasa nikmat macam masa beli periuk tu. Sebab tu lah, saya sekarang dah macam katak duduk bawah tempurung, berkurung dalam rumah, jauhkan diri dari semua orang. Sebab bila jumpa orang, saya akan hanya jadi pendengar setia. Bila orang tanya  hal saya, saya takde apa yg sesuai nak cerita padahal muka saya skrg dah tak semenggah, menyimpan pelbagai dukalara. 

Pasal tulah kawan saya jemput ke majlis Samtilla Ahad lepas, saya lepaskan jemputan dan bagi peluang kawan lain ganti tempat saya. Allah ciptakan alasan terbaik untuk saya tidak hadir - anak sakit dan abg John outstation - padahal saya sendiri memang takde mood untuk sebarang aktiviti di luar. 

Di sini saya ucapkan tahniah kepada Samtilla, sorry jugak buat kakak mereka kerana tak dapat hadir memeriahkan suasana. Jauh-jauh balik dari Alaska bagi jemputan kat saya dan suami, tapi saya tak dapat nak hadir. InsyaAllah satu hari nanti kita jumpa ok.


gambar dari IG Jo






Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>