Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Kenangan Lama Bikin Makan Hati

$
0
0
Assalamualaikum.

Bila dah seminggu tak update blog tu, maknanya idea takdelah tu. Buntu. Otak beku. Apa yang nak dicerita bila takde apa nak cerita?

Decor mendecor dimansuh sementara bajet belum diperuntukkan. Dalam otak ni macam-macam nak buat. Nak cat balik dinding putih ke warna kelabu susu, nak buat langsir siang yang projeknya tertangguh sejak awal sebab agak besar belanjanya - pintu-pintu dalam rumah ni kemain besar sampai 4 panel. Bajet pun kena besar gak alahai. Nak itu, nak ini... semua kena tunggggguuuuuuuuuu...

Rumah lama dulu di Puchong, masa baru2 beli sepuluh tahun yang lalu, memang kami masuk hanya dengan mengecat feature wall ke kaler oren bata (trend masa tu) semata. Pastu sofa 'peninggalan' adik ipar yang tinggal bersama masa duduk menyewa sebelum beli rumah, dibawa juga bersama. Adik ipar kawen, takmo bawak kerusi meja bujang diorang ke rumah baru sebab nanti isteri marah. Ai dok mendam rasa aje masa tu. Saya pun nak brg baru masuk rumah (kenapa brg lama ni semua nak kena bawak?), tapi abg John suruh angkut semua brg yang ada sebab nak kosongkan rumah sewa tu walau ai rela rumah ai kosong daripada bawa masuk barang2 buruk. Takpelah, bahagia kamu, derita aku cewah.

Uols tak perlu imagine bagaimana rasanya bila orang-orang tertentu datang rumah ai (tak perlu dinyatakan di sini siapa, tapi seriously ai sangat makan dalam walau dah 10 tahun berlalu), tunjuk muka 'tak seronok' bila berada dalam rumah ai. Tak suka singgah walau sejam. "Tak lalu la kiri cina kanan india". "Tengoklah sofa ni ha". OK ai sedar rumah ai masa tu tak cantik. Komuniti 1Malaysia kiri kanan pun tak disenangi. Dlm rumah pun ai recycle aje brg lama. Tak macam org lain, pindah rumah terus renovate cantik2, beli brg baru complete semua.

Sebab tu dulu ke, sekarang ke, ai eh saya 'berat mulut' mempelawa orang ke rumah. Pengalaman masa baru2 memiliki rumah sendiri bersama abang John dah cukup memedihkan. Kami tak suka dan tak mahu orang banding2 bila berada dalam rumah kami. Abang John sendiri bukan senang pelawa orang datang rumah. Saya tahu dia pun 'terasa' kepedihannya, cuma dia takmo pedulik sangat. Tapi kalau org nak datang, saya sambut dengan makanan sedap ok. 

Masuk rumah kosong, rumah lama, barang lama, duit tak banyak, sebagai manusia biasa yang tengah teruja nak buka buku baru duduk dalam rumah baru pasti terasa pedih bila keterujaan dibunuh sewenang-wenangnya dengan ayat-ayat penyata dan ayat tanya yang kurang sedap didengar. 

Sepuluh tahun. Dalam masa sepuluh tahun, abang John pelan-pelan cari duit untuk baiki rumah. Reno porch, extend dapur, tukar frame tingkap (tingkap lama bocor dan parah separah2nya), buat toilet, kabinet dapur, kabinet bawah tangga, built in wardrobe semua bilik, tukar sofa KULIT LEMBU (saja buat capital letters), cat ikut warna semasa, beli perabot, beli tv bosa, electric gate, alarm, cctv. Alhamdulillah, semuanya rezeki Allah kasi, selesa hidup dengan anak-anak. Pastu sekolah rendah dibina kurang 2 minit berjalan kaki dari rumah. Kat situ siap ada Petronas kurang 1km dari rumah. Pendek kata, perkara yang dipertikaikan awal2 dulu dah bukan menjadi isu lagi. Jiran? Jiran saya walaupun lain bangsa dan agama, mereka tak ganggu orang. Bila hari raya diorang tolong jaga rumah saya. Bila deepavali kami pergi jenjalan supaya jiran saya boleh dpt parking byk tempat untuk tetamu diorg yg datang haha. 

Yang menjadi isu setelah hampir sepuluh tahun ialah 'anjing jiran belah sinun berak merata' dan anak kami yang semakin membesar memerlukan privasi. Kami perlukan bilik lagi. Sebab itulah abang John cari rumah baru. Anak remaja ni kadang2 pelik. Bila rumah tak selesa mulalah diorang takmo duduk rumah. Jadi sebelum perkara itu jadi satu isu semasa, lebih balik kami elakkan. Rumah lama kami jual, kemudian di sinilah kami, rumah baru yang kosong.

Dulu langsung takde duit masa beli rumah. Beli rumah pakai EPF, nak keluar dari rumah sewa secepat mungkin sebab tuan rumah sombong berlagak. Saya mengadu pada abang John macam mana tuan rumah menghina saya hanya sebab kami lambat bayar sewa 2 minggu bulan tu (masa tu abg John outstation) padahal dah tinggal situ 2 tahun. Lepas tu abang John terus cari rumah untuk dibeli walau duit takde pun masa tu.  Anak 3. Semua masih minum susu. Sayang abg John kat saya kan? Tapi walau kami sakit hati, rumah sewa tu kami cuci bersih, buang segala sampah, keluarkan semua barang yang kami dan adik2 ipar bawa masuk. Arwah nenek pernah pesan, sampah2 yang kita tinggalkan ibarat rezeki. Kita tinggalkan rezeki kita untuk orang yang mengemas sampah tu. Pastu segala bil air, letrik kami setelkan semua. Takde hutang. Cikgu sombong tu sampai sekarang rumah dia dok gitu aje rupa dia. Rumah kiri kanan dah lawa2 dah. Saya kerap lalu rumah tu sebab selalu ke rumah makcik saya yang tinggal berhampiran. Hiduplah dalam kesombongan ye cikgu. "Suami saya kalau outstation, dia tinggalkan saya RM4000 buat belanja".

Sekarang kisah sepuluh tahun dahulu berulang lagi tapi versi agak berbeza. Nak kata takde duit sangat, alhamdulillah ada aje duit yang masuk dari pelbagai sumber yang diusahakan dan masih boleh beli lampu lawa, kipas lawa, wallpaper walau pasang sendiri, langsir walau kena tonggeng2 tergolek-golek atas lantai jahit sendiri. Berbanding dulu, yang ini jauh lebih baik walau masih terasa keperitannya. Bilik cukup, luasnya memuaskan. Toiletnya puas hati. Walau banyak yang masih tergendala ia masih JAUHHHH lebih baik. Bersyukurlah saya. Takyahlah nak merungut sangat. Tapi tetamu masih belum kami undang. Nantilah dulu. Nak mengelak mulut orang mengata, bertanya, persoal, baik kita duduk diam2 dulu dalam rumah ni. Dah ada meja makan, dapur dah siap,  bilik dah ada katil, lemari, porch dah repair, rumput dah tanam, pokok dah menghijau insyaAllah kami jemput. Manusia kekadang tu kejam sungguh. Mulut tak tau jaga. Jadi kami pun jadi beginilah. Nak mengelak orang buat dosa kering disebabkan kekurangan kami kikikiki. Sebaiknya saya tumpu pada anak-anak yang baru pindah sekolah, hujung tahun exam besar pulak tu. Apa orang nak fikir pasal kami, kami buat tak layan ajelah. 

Jadi, kalau nak kata saya dah berubah jadi lain sekarang ni, tak macam dulu yang murah senyum, mesra, nampak lemah lembut, skrg dah 'simpan' kemurahan senyum dan kemesraan saya hanya pada yang layak saja. Brutal sungguh ayat saya hahaha. Nak membesarkan anak 5 orang bukan senang ok. Apa lagi baru pindah ni, pindah sekolah jugak. Apa perasan seorang ibu bila anak menangis teresak2 sebab stress dengan kawan dan cikgu baru kat sekolah baru? Ko tak nanges sama? Anak sulung tau. Anak kecik rilek je pindah sekolah. Pendek kata kenangan dan pengalaman banyak mengubah saya menjadi saya yang sekarang. Walau apa tanggapan orang terhadap saya sekarang, takkisahlah. Apa yang penting ialah bagaimana kedudukan saya disisiNya, semoga Allah mengampuni dan menerima taubat saya, sujud saya, dan memakbulkan doa saya. Semoga urusan kami sekeluarga dimudahkan. Amin.

***mohon maaf kalau tersinggung walau saya tak pasti kenapa anda perlu tersinggung dengan entry ini





Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>