Assalamualaikum.
Dah beberapa kali saya ni berkecil hati kat FB. Ngade tak? Yelah... saya ni memanglah kaki kena gari, nak keluar lepak2 dah memang jauh sangat dah. Kan ke tanggungjawab saya yang utama adalah untuk suami dan keluarga? Lagipun lepak melepak ni bukan free. Pakai duit bebbbbbbb.... kita dah terbiasa tak suka makan free bila keluar dengan kawan2. Melainkan dengan AMI, dia memang rajin belanja saya makan. Kadang2 siap paksa nak belanja saya hehehe. Tq AMI. Moga rezeki mu melimpah ruah.
Pastu saya terjumpa orang share menda ni:
Rupanya bukan saya sorang yang ngade. Ramai jugak yang ngade mintak komen dibalas atau paling tidak LIKE la. Bukan patah jari tu nak tekan like. Kalau nak kata tak reti nak baca notification, orang lain punya komen boleh pulak dibalas. Lainlah kalau dia ada beratus komen macam celebrity tu, memang takyah harap la komen dibaca. Kalau setakat komen ada 2, memang tak masuk akal kalau dia tak terbaca komen tu.
Jadi, kepada yang ngade macam saya, yg lapar komen, lapar like macam saya, buatlah kebal hati tu. Semoga bersabar aje. Tapi macam saya ni tak kebal mana. Saya 'terpaksa' padam komen2 yang saya bagi kat kawan macam ni. Komen saya bukan komen kosong. Komen saya komen berisi. Bukan setakat cakap, tapi saya praktik. Saya bukan jenis cakap lebih tp buatnya tidak. Bukan setakat ceduk ilmu dr fb. Dengan sikap anda yang sebegitu, saya rasa anda tak bersedia menerima sharing daripada saya. Welllllll... saya sedar saya surirumah tanpa ilmu.
Pada saya, untuk org yg macam saya, tak biasa drive ke sana ke sini cari kawan untuk melepak atau mengopi (dah pindah lagi la jauh), atau menggabi atau mencicipan atau men-merarau, sudah pastilah saya mudah dilupakan kawan-kawan. Cara nak 'jumpa' saya adalah melalui media sosial. FB ni ibarat kedai kopi untuk sembang2 dengan kawan jugak. Bayangkan bila kita tengah lepak dengan kawan2 kat kedai atau rumah ke atau sekolah ke ofis ke... kita bercakap dengan kawan kita, sekali kawan kita buat dek aje. Tak terasa nak angkat kaki, jalannnn ke? Kan?
Jadi, saya bertindak angkat kaki dan jalan ajelah. Saya tak rugi apa-apa rasanya, harap2nya. Sebab kalau mintak pendapat motivator dalam rumah ni pun, dia akan suruh unfollow aje. Dia tak suka emosi saya diganggu oleh perkara2 tak berfaedah apalagi yang melibatkan media sosial ni. Tapi sedih gak aaaaa..... walau hanya FB huaaaaa......
Terus terang saya katakan, mula2 saya follow semua orang. Pastu bila org tu asyik:
1. ...
2. ....
3. .......
(sorry la terpaksa saya sensored)
Maka terpaksalah saya unfollow. Nak elak hati mengata dan menambah dosa huhuhu... saya hanya manusia biasa.
Bila dah beberapa ketika saya akan revise balik, saya follow balik. Kalau masih tak berubah dan masih menimbulkan detik di hati, saya unfollow lagi. Huhuuu susahnya nak hidup aman. Ni bukan cerita dengki beb... tapi cerita 'fitnah' akhir zaman ni....
OKlah uols. Ada jugak cerita nak dibebelkan kat blog pagi ni. Sebelum saya berundur, jom tengok perkataan2 baru bahasa melayu:
Mula-mula macam lawak. Tapi bila saya baca komen2, rupanya perkataan2 ini merupakan cedukan daripada perkataan2 bahasa daripada rumpunan kaum di Malaysia/serantau jugak. Tak tau la. Betul ke? Apa-apa pun mari hormati bahasa kita. Kena praktik penggunaannya lebih kerap supaya jadi biasa.
Wassalam.