Respect is a two- way street, if you want to get it, you’ve got to give it. – R. G. Risch
Source : http://www.coolnsmart.com/respect_quotes/
Assalamualaikum.
Jom cerita lagi pasal respect. Bahasa melayu kata hormat. Rasanya pernah kot cerita pasal ni dulu. Quote oleh R.G.Risch kata kena saling menghormati. Kau hormat orang, orang akan hormat kau. Tapi saya pernah jugak dengar orang kata respect is to be earned not demanded. Kita tak boleh mintak orang hormat kita, hormat tu dtg sendiri. Ooohhhh... bagaimana dengan seorang guru yg sangat layak dihormati tapi berhadapan dgn pelajar biadap? Adakah kerana guru tersebut tidak layak dihormati pelajar tersebut?
Bagaimana pulak seseorang yang lemah, tidak reti marah, tak reti melawan, maka org lain mengambil kesempatan membuli org tu? Adakah sememangnya dia tak layak dihormati hanya kerana dia lemah dan tidak melawan?
Adakah org2 yg dinafikan haknya untuk dihormati adalah orang yang memang tak layak hidup di muka bumi ini dengan rasa hormat? Besar sangatkah kamu sebagai hamba Allah utk bersikap sombong terhadap hamba Allah yang lain?
Skrg ni yg disebut hormat tu banyak berdasarkan material saja. Pangkat, harta dan nama, baru dpt hormat. Kalau xde apa2 tu, bersikap baik mcm mana pun susahlah org nak hormat. Tak gitu?
Dah nak meroyan tengah2 malam ni kenapa? Oklah uols. Ngantuk pulak. Hormatilah diri sendiri dgn memelihara dan mengawal hati. Pastu hormatlah suami. Kalau suamipun awak terajang awak maki, dengan kawan2 pasti awak tak reti nak hormat. Sedangkan kawan2 awak tak bersalah pun.....
Eh tetiba pulak. Takde tuju kat saper2. Biasalah saya kan mmg suka serkap jarang. Jangan terasa ye uols. Hormatlah semua orang disekelilingmu.
Wassalam.