Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Tinted Seluruh Rumah

$
0
0
Assalamualaikum.


Khamis lepas alhamdulillah selesai urusan meninted cermin seluruh rumah. Seperti entry sebelum ini di SINI, saya nekad memilih warna Charcoal. 

Dalam pukul 11.45am 'angkatan' tukang pasang tinted seramai 5 orang jejaka2 malaya hensem datang untuk menyiapkan urusan. Semuanya pangkat anak-anak buah aje, sebaya anak2 buah saya. Selepas mintak izin untuk buat kerja dan masuk ke setiap bilik (tinggi adab adik2 ni), semuanya pun start la buat kerja.



Mula-mula sekali langsir kasi bukak dulu. Pastu diorang cuci tingkap saya di bahagian dalam. Tak boleh ada kesan2 cat melekat ke, habuk ke.. pastu diorang basahkan cermin dengan air sabun, bukak sticker belakang film dan basahkan jugak film tu dengan air sabun, baru la dilekatkan. Nampak senang aje tapi cuba buat sendiri memang terkiallah. Pasang screen protector telefon pun fail.


ini le 5 jejaka Malaya. Sama size semuanya. Saja diorg ambik yg tinggi kot supaya senang takyah pakai tangga

Cuaca hari Khamis lepas memanglah sangat panas berbahang. Adakalanya terpaksa tutup kipas terutama masa diorg nak cabut sticker belakang film. Panas! Saya pulak tak boleh nak menyorok dalam bilik anak kat atas yg berekon sebab menunggu Cik Rai balik sekolah. Seperti yg dijangka, cikgu takkan benarkan Cik Rai keluar kereta selagi tak nampak muka saya. Apa lagi kalau dia nampak ada lelaki asing kat luar rumah tu. Lps Cik Rai, ada lagi sorg akan balik dan lepas tu lagi sorang... mmg kena tunggu bawah aje lah.

Dalam berpeluh tu, tiba2 terasa macam redup jap.. "Dah pasang ke cermin ni, dik?""Yang ni dah kak". Eh eh... cepatnya hahahaa. Tak perasan pulak kaler dia. Tapi bila diamati antara cermin sliding tu dengan french door saya, barulah nampak bezanya. Ok, seperti yg saya mau, saya nakkan rumah tak jadi gelap.

pandangan daripada luar. Daripada luar pagar mmg lagi la xnampak isi dalam rumah. Tp sebab sofa saya putih bersih bak salji, dalam jarak 2 meter macam gambar ni memang la boleh nampak samar2.

next - french door

Lepas sliding door depan, diorg berpindah ke french door pulak. Kalau tengok gambar atas ni, cermin tu semua tak dipasang tinted lagi tapi dah dibersihkan dan diorg tengah nak tampal. Nampak tak silau dia? Tu tengah spray air sabun. Brader yang melutut tu ialah tokeynya. Dia jadi supervisor, memantau kerja anak2 buahnya. 

lepas pasang

Ha yg atas ni ialah french door saya lepas bertinted. Beza kan? Nampak redup dia, pada waktu sama terik macam hari tu. Kalau ada day curtain lagi redup tau. Inikan pulak kalau saya tutup habis langsir tebal tu.

Masalah rumah saya ni ialah, kedudukan tv yang ditetapkan oleh developer. Disebabkan kami tak reno besar2an, kami hanya gunapakai apa yang disediakan. Kedudukan tv, unifi, semua ikut spec. Jadi, bila biar langsir terbukak, gambar dalam tv pulak tak nampak. Boleh diatasi dengan tinted paling gelap tp tak bestlah bila rumah sentiasa dalam keadaan gelap.

inila masalah bila bukak tingkap. Tv tak nampak gambar. Tapi xpe, nanti cari aje langsir blacout curtain

Itu pasallah saya kata takmo tinted gelap. Nanti sepanjang siang kena pasang lampu. Jadi masalah tu boleh diatasi dengan blackout curtain aje kan.

Kerja pemasangan tinted seluruh rumah selesai lebih kurang jam 5.30pm. Langsir yang diorg bukak pun diorang pasang balik. Yang kelakarnya, terkial2 saya mengok diorg pasang langsir. Pasang tinted kemain cekap, pasang langsir mcm kesian saya tengok. Saya suruh tinggalkan aje, saya boleh buat tp diorg takmo pulak. Diorg dah bukak, diorg la pasang balik. Tapi tetiba jadi macam salah pilihan bila assistant supervisor tu cakap, "tak cukup gelaplah kak..". Aisey... adakah saya salah membuat pilihan? Adakah saya sepatutnya ambik si hijau idaman hati selama ni? Aduhaiii.... mmg la si hijau punya tapis bahang lebih tinggi tapi kang tak matching cermin dapur belakang yg dah siap kaler grey tu. 

PHONE NUMBER: 013-9339911 SILVER ONE MARKETING


Jadi, saya rasa dah cukup oklah pilihan saya. Memang terasa redupnya. Nanti dah pasang ekon lagilah ok sangat. Biasalah hati manusia ni. 

Setel semua, saya pun mengemas apa yang patut. Mengemop satu rumah. Habis aje mengemop, hajat di hati nak menjenguk ke luar luar tengok hasil tinted dan menikmati redup rumah. Sekali petir menyambar, lalu bunyi berdentum kat luar. Serta merta rumah blackout.

Opsss.... triplah pulak. Saya cuba naikkan fuse, tak boleh. Dia menendang balik. Rupanya ada sorg jiran pun mengalami masalah sama. Dia nasihatkan tunggu reda dulu baru tolak fuse. Abamjohn balik rumah dan cuba naikkan fuse pun tak boleh. Hari dah maghrib. Anak2 dah mengeluh panas. Call TNB, diorg suruh panggil wireman. Jiran yang tadi, dah ok dah ada lampu dah. Kami aje yg masih bermasalah. Siap ada jiran yg offer tumpang tido satu malam kat rumah diorg kalau masalah belum selesai. Tapi kami tolak dengan baik. It's a good experience for the kids kata abamjohn. Alahai baik sungguh jiran2. Ada yg offer lilin jugak.

Wireman datang jugak malam tu dan katanya kena buat troubleshoot. Abamjohn suruh sambung besok ajelah sebab dah malam. Kami tido tanpa letrik malam tu, tanpa ekon tanpa kipas. Alhamdulillah cuaca sejuk kat luar, baru habis hujan. Nak redup rumah pasang tinted, tapi Allah 'kasi' dulu ujian blackout tanpa ekon tanpa kipas untuk satu malam, bertemankan nyamuk yang sangat peramah.

Alhamdulillah, terus teringat kecik2 dulu pengalaman blackout kat rumah nenek, masa tu la kami berkumpul kat luar rumah berborak2 ramai2 sementara tunggu letrik ada balik. Seronok. Dan masalah kat rumah kami dikenalpasti besoknya iaitu berpunca daripada pendawaian di bilik anak saya. Ambil masa 2 hari jugak (Sabtu pagi baru selesai) untuk selesaikan urusan tersebut. Kilat menyambar sampai rosak salah satu wiring lampu padahal masa tu anak saya tak balik dari sekolah lagi. Bila benda dah nak jadi, ia tetap akan jadi. Tapi abamjohn kata alhamdulillah bukan peralatan besar2 yg rosak. Lagi tinggi belanjanya. Sejak pengalaman ini, kami dinasihatkan untuk off dan cabut plug yg tidak digunakan. Jgn biar aje tercucuk kat point letrik. Kilat boleh bergerak melaluinya walau dah off. Boleh rosak alat elektrik. Dan sifat kilat petir lak - kilat menyambar dulu sebelum kita dengar guruhnya. Nanti tak sempat bertindak. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Wassalam.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Trending Articles


Vimeo 3.41.0 by Vimeo Inc


Henry el monstruo feliz para colorear e imprimir


Arbol genealogico para colorear


Sapos para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tropa Quotes


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hagibis (1946) by Francisco V. Coching


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>