Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 514

Pakej Facial 3 Tahun Dan Urut

$
0
0
Assalamualaikum.

Jangan tertipoo dengan tajuk. Hehehehehehe. Bukannya saya beli pakej facial dan urut untuk 3 tahun tetapi saya beli pakej facial yang tak habis2 sampai 3 tahun!

Disebabkan kekangan masa kononnya, pakej yang saya beli di Dermalogica Wain Health And Beauty di Seri Kembangan pada 2013 iaitu sebanyak 15 kali facial + eye treatment pada harga RM2,999.00 hanya berakhir pada Sabtu iaitu SEMALAM 7 Mei 2016. Lama kan? Nampak sangat tak rajin layan facial yang sepatutnya berakhir dalam masa setahun 3 bulan je tu. Pernah jugak saya tak dtg sampai 6 bulan. Puas la diorang call saya suruh datang. Tapi disebabkan pakej tu takde expiry date, saya pun buat2 delay ajelah.

Facial semalam yang sebenarnya ada 2 kali lagi, saya habiskan dengan abamjohn sekali. Senang kasi habis aje. Sementara anak2 yang lain gi kelas, saya, abamjohn dan Cik Rai ke pusat facial ni.



tengok la dia punya sepah macam hotel. Kerusi tengah tu untuk Cik Rai memerhati

Best sebenarnya berfacial. Sebelum ni pernah jugak pegi facial kat tempat lain tapi lps facial muka saya mesti lebam2. Alat penyedut sel kulit mati tu agaknya diorang tak mahir guna. Bukan setakat menyedut sel kulit mati, diorg sedut lama sgt kat satu spot sampai naik darah beku. Kan ke hodoh jadinya muka saya bila ada tompok lebam lepas facial. Sejak tu takyahlah. 

Di Wain Health And Beauty, diorg sangat pro. Biasanya org yg sama akan pegang muka saya. Tapi semalam tak taulah kenapa, masa dia memicit blackhead whitehead dan jerawat saya, kat mana dia picit pun SEMUANYA SAKIT!!!! Sangat sakit! Rasa macam tak penah kena picit aduhaiiiii... meleleh2 air mata saya.

Tapi yg pasti, lepas ni walaupun dah habis pakej, insyaAllah saya akan ke sana jugak untuk facial tapi bayar ikut harga ajelah, takyah beli2 pakej lagi. Letih!

Lepas facial, bergegaslah jemput anak kat kelas. Lepas tu balik, siap2 untuk ke kenduri pulak kat kampung. Hujan selebat2. Kami sampai ke kenduri dalam 10 malam. Lambat. Takpelah janji sampai. Biasalah Sabtu memang banyak urusan anak-anak. Lepas makan, takkan nak biar aje dulang kan. Kutip la satu2 pinggan mangkuk dan akhir sekali angkat dulang. Bagus sangat... dah tau pinggang sekarang sensitif, dulang jugak yang aku kena angkat. Takkan nak biar kan? Abamjohn pun buat gaya macam kat rumah sendiri, patut org lelaki yang setelkan dulang2 ni semua kan? Lepas angkat dulang, balik rumah... pinggang pun sakit yahooooooo!!!!!

Pagi tadi (Ahad) abamjohn gi meeting, dalam tengahari dia whatsapp, katanya dah booking sesi urut untuk saya jam 4pm. Jangan main2 dengan sakit pinggang ni. Saya pernah hampir2 tak boleh gerak dah gara2 sakit pinggang. Sebelum parah, baik dia hantar saya gi urut haha. Kalau tidak, nak cari duit pun tak senang.




Saya mula sakit pinggang sejak jaga ibu saya beberapa bulan tahun lepas. Memang bukan senang nak masuk syurga kan? Ibu saya lebih berat dari saya. Kena pulak segala 'gear' dah hampir tak function. Lagilah berat bila diangkat. Kadg2 hanya 3 langkah dia lulus. Langkah ke 4 dia terus free gear. Bayangkan kalau masa tu saya sedang papah dia naik/turun tangga. Atau berada dalam toilet yg licin. Di tengah2 urusan tu dia terus free gear. Saya dengan segala kederat yang ada ni, gagahkan diri selesaikan segalanya.  Pernah sekali, saya terpaksa dudukkan ibu saya selama beberapa minit (sebab keletihan) di atas peha saya dalam keadaan saya sedang berdiri, di tengah2 tangga untuk naik ke tingkat atas. Anak saya setakat boleh standby apa yg patut. Semua pun melidi. Apa2 pun ia memang pengalaman yg tak dapat dilupakan. Sepanjang jaga ibu saya masa tu, entah berapa kali saya nangis sorang2. Rasa tak mampu nak jadi anak yg berbakti. Tapi belum pernah nangis depan ibu saya lah. Skrg pun masih nangis bila kenang tak mampu nak berbakti, hanya doa yg dapat saya kirim. 

Lepas perbincangan 4 beradik, kini ibu saya dijaga adik lelaki saya bersama ayah tiri saya. Kederat orang lelaki memang tak sama kederat perempuan. Abamjohn sendiri nampak sangat kekok kalau saya panggil untuk membantu. Boleh pulak dia hanya 'tengok' waktu saya angkat ibu saya. Ye la... mesti la ada rasa segan. Tak reti nak buat macam mana. Mana nak sama ibu sendiri dengan ibu mertua. Abamjohn mmg anak yg baik kepada ibunya, itu tidak saya nafikan. Tapi satu perkara yg pasti, tak semua mertua layan menantu macam anak kandung dan tak semua menantu layan mak mertua macam ibu kandung. Inilah dunia realiti. Terimalah dengan redha.

Sesi mengurut tadi, pun sama macam facial. Kat mana aje yg disentuh semuanya sangat sakit! Tukang urut pulak sendawa tak berenti. Abamjohn kata banyak sangat angin. Habis tu kalau hari2 asyik berendam air aje, mau tak masuk angin? Tak habis2 mencuci aku ni! Tukang urut sengkak sekali perut saya. Katanya dah jatuh. Memang saya kerap2 terasa rahim mcm nak terkeluar bila buat kerja lebih kat rumah. Hari2 pun memang byk kerja, kan... semua benda kena buat sendiri. Bila rahim terasa macam nak terkeluar tu, mula la urat kaki bengkak dan sakit. Seksa betul rasanya. Selama ni kalau sakit, memang saya akan baring angkat kaki ajelah. Tadi, tukang urut naikkan balik rahim saya. Tapi dia punya SAKIT.......... 5 kali mengandung, 6 anak saya lahirkan. Hanya anak sulung yang saya sengkak. Anak lain semua tidak. Apatah lagi selepas cesar 3 kali. Mana berani nak sengkak2. Sakit gila!

Org lain sambut mothers day konon... saya kena gi repair urat daaaa....... lepas 2 minggu ke sebulan ke, kena ulang lagi. Belum baik sepenuhnya urat pinggang ni. Memang saya  j a r a n g  memanjakan badan macam ni. Org anak ramai ginilah. Skrg bila dah mula sakit, barulah sibuk cari tukang urut.

Dulu masa dalam pantang tak dijaga ala permaisuri. Kita ni kena jaga diri sendiri, jaga jugak baby sendiri. Perut baru kena kelar dek doktor, balik rumah terus mandikan baby. Memasak sendiri. Untuk diri sendiri dan anak sekali. Semua anak dijaga dari lahir dengan tangan inilah dengan izin Allah swt. Alhamdulillah. Walau skrg dah mula terasa akibatnya (sakit sana sini), saya tetap bersyukur. Tak semua org diberi kederat yg sama macam saya. Tak semua org mampu tahan sakit lepas cesar sambil mandikan anak dalam keadaan melutut atas lantai. Tak semua org beranak ikut 2 pintu dalam 1 masa. Semuanya dengan izinNya jugak.

Syukur.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 514


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>