Assalamualaikum.
Tak boleh nak lelap mata malam ni. Guling sana guling sini, tak lelap jugak.
Bukak FB, rata2 dengan sambutan hari ibu. Yg gi makan sedap, yang dpt hadiah, dapat kad, dapat wish... Saya pun dapat makan sedap jugak. Abamjohn tapau ayam golek otw lepas ambik anak dr kelas tambahan haha. Saya dapat kad buatan sendiri drp anak2 saya jugak, juga ucapan di instagram anak saya. Ai ok aje. Nak wish boleh, xwish pun xpe.
Rasanya ramai tahu asal usul hari ibu dan hari bapa. Tapi ramai tak peduli sebab tetap mahu meraikan ibu dan bapa untuk membahagiakan orang tua. Saya ok aje. Nak sambut ke tak sambut ke, ok aje. Tapi mertua saya (kalau uols biasa baca blog saya uols tau la arwah mertua saya ustaz yg tinggi ilmunya dan 'alim), pernah sebut ttg segala sambutan hari ibu, bapa dan hari lahir ni. Jadi, abamjohn yg boleh tahan (kadg2 jadi ustaz jadian) tak pernah ambik port pasal sambutan hari ibu/bapa. Setahu saya dia balik rumah mertua pun xde perlu mintak izin atau bgtau saya. Sedar2 dah seminggu baru dia bgtau dia kena cabut pokoklah, cuci biliklah, kemas storelah, hantar mak gi rumah sana, hantar gi spitallah bagai... Pandai dia utk berbakti.
Dalam pemerhatian saya, kalau ipar2 saya beli kek pada hari ibu, bapa mertua saya xpernah marah 'ini haram, itu haram!' tapi saya tgk dia tak campur sama hehehe. Korang sambut la sana, jangan sampai buat benda bukan2 sudahlah kot. Mak mertua saya pun happy je. "Aku dah bgtau, kau nak ikut, ikutlah."
Pastu birthday. Dulu setakat umur anak sulung saya 2 tahun, mmg ada tiup2 lilin ni. Pastu bapa mertua ada menegur, nak sambut, sambutlah... tapi lilin tak payah. Bila dah ditegur, kami pun start la tak berlilin dah. Dulu jahil, lainlah kan... tp bila dah dibagitau masih xmo ikut itu namanya SOMBONG. Tapi tau la anak2 kadg2 bertanya. Diorg nak kek ada lilin. Dah biasa didedahkan dalam tv budaya sebegitu kan. Mcm happening aje siap boleh wish2 lps tiup lilin. Kalau kat rumah mmg xdpt lilin tp kalau sambut kat sekolah, cikgu pasang lilin xde la pulak saya nak marah. Dan biasanya saya bgtau anak saya, "nak wish (doa) pergilah solat. Korang budak2 xde dosa lagilah makbul doa." Takyah tunggu bday setahun sekali. Lambat hehehhe.
Ginilah kan bila hidup dalam masyarakat. Ada adat, ada budaya. Hukum dan adab kena ambik kira jugak. Kalau nak bagi pendapat biar ada ilmu, biar ambil kira hukum dan adab2nya.
Ingat lagi masa saya dlm pantang di rumah mertua. Kawan saya suami isteri berbangsa cina beragama lain, nak dtg melawat saya. Saya maklumkan dulu kepada bapa mertua. Mertua saya kemas2 bersih tempat lepak di luar rumah. Bila tetamu datang dia terus jemput kawan saya duduk di luar tu bukan di ajak ke dalam rumah. Saya faham kenapa... kerana ada satu sudut di ruang tamu tmpt solat, ada byk kitab dan gambar guru2 di situ. Saya tahu mertua saya menjaga adabnya terhadap gurunya.
Tapi tetamu saya dilayan sebaiknya. Dijamu, dilayan borak sama macam yang lain jugak. Takde kurang. Kalau org repair ekon contohnya, dtg merepair. Mertua saya akan selak karpet di laluan tukang repair tu. Pastu bila dah balik, dia sendiri yg mop laluan tu sebelum dibetulkan semula karpet.
Sebab tu la kadg2 terasa sangat bersalah bila terfikir ttg cikmed filipino saya dulu. Mertua saya pernah sebut ttg air tangan, air kaki... walau dia pakai glove waktu kerja kat dapur, air kaki xdpt saya nak kontrol. Tp mertua saya xpernah pulak marah. Dia cuma kata "Abah ni orang beramal... sebab tu abah kena jaga".
Zaman skrg ada ilmu sikit terus nak jadi wali. Adab xambik kira. Itu yang sedih bila tengok imam/ustaz nak solat betulkan kedudukan sejadah guna kaki.
"Pelajarilah abad sebelum mempelajari sesuatu ilmu".