Assalamualaikum.
Kelmarin anak sulung saya mintak dibelikan itu dan ini, kononnya bahan untuk buat biskut chip coklat kat sekolah. Saya pun beli la... Pagi semalam, lepas dia ke sekolah, saya teringat2 pulak biskut chip coklat. Terus ke dapur, buat la satu adunan. Saya ambil resepi daripada Azie Kitchen. Tapi saya ejas sikit sebab ada bahan yang takde kat lemari. Amatur macam saya memang suka ejas mengejas ikut kesesuaian.
Jadi, resepi yang saya guna, saya tukar serba sedikit mengikut kesesuaian availability bahan di dapur saya.
Bahan A:
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (saya agak2 dalam 1/3 ketul butter)
1/2 cawan minyak sayuran (minyak masak)
1 biji telur gred C (gred B takde)
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu makan susu tepung Cik Rai (Dugro perisa madu)
1 sudu teh esen vanilla
Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1 sudu makan serbuk MILO (koko takde)
1 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh cinnamon powder (supaya wangi menusuk jiwa)

1/2 sudu teh cream of tartar
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu makan hazelnut chocolate spread Delicia
1 pek choc chip
Untuk resepi ni, saya berterima kasih kepada Azie Kitchen kerana sukatan gula telah dikurangkan daripada sukatan asal (1 cawan gula kastor dan 1 cawan gula perang). Sebab bahan yg saya tukar macam Milo, susu anak saya dan hazelnut chocolate spread tu dah sedia manis. Disebabkan saya memang nak biskut yg manis, kira oklah sukatan ni.
Mula2 bahan A disatukan semua. Sebab butter masih keras, saya buat kaedah double boiler. Bila dah sebati semua bahan A, saya masukkan Delicia spread. Bahan B yg tepung2 tu saya ayak bersama dan masukkan sikit2 dalam bahan A, berselang seli dengan chocolate chip. Kalau nak letak hazelnut cincang pun boleh. Pastu kalau texture bahan dah cantik, (tak terlalu lembik - kalau lembik sangat tambah la 1 sudu tepung gandum) saya masukkan jap ke dalam peti ais (supaya nanti senang nak menggentel) dan sediakan dulang pembakar dilapik baking paper.
Pastu saya jemput menjemput adunan tepung. Gentel2 jadi bulat. Biskut ni akan kembang, kena gentel kecik je - besar sikit daripada guli kristal dan jarakkan. Tp jgn le kecik sangat nanti tak terjemput chocolate chipnya. Lepas selesai menjemput, adunan selebihnya dimasukkan semula dalam peti sejuk sementara nak tunggu jemputan dan gentelan selanjutnya.
Bakar selama 25 minit dalam oven 160°C. Dah masak, sejukkan biskut atas jaring supaya garing bila sejuk. Makan atau simpan dalam balang kedap udara.

kalau macam ni, tambahkan 1 sudu makan tepung gandum. Lembik sangat. |
Pastu saya jemput menjemput adunan tepung. Gentel2 jadi bulat. Biskut ni akan kembang, kena gentel kecik je - besar sikit daripada guli kristal dan jarakkan. Tp jgn le kecik sangat nanti tak terjemput chocolate chipnya. Lepas selesai menjemput, adunan selebihnya dimasukkan semula dalam peti sejuk sementara nak tunggu jemputan dan gentelan selanjutnya.
dah jemput2 baru teringat nak snap gambar. Texture yg ni baru betul. |
Bakar selama 25 minit dalam oven 160°C. Dah masak, sejukkan biskut atas jaring supaya garing bila sejuk. Makan atau simpan dalam balang kedap udara.
Senang aje. Tak complicated langsung. Sesuai untuk amatur mcm saya. Tapi kesian anak saya, katanya biskut tak menjadi. Diorg letak butter satu buku (250g) tak ikut sukatan. Cair jadinya. Ape daa... sibbaik mami punya biskut menjadi.
InsyaAllah untuk raya boleh la saya buat satu dua bancuhan.
Wassalam.
nak lagi best, tambah chocolate chips lebih |