Assalamualaikum.
“ Seseorang yang membaca al-Quran dan beramal dengannya, dia akan dipakaikan mahkota yang diperbuat dari nur dan kedua-duanya ibu bapanya akan diberi pakaian yang lebih berharga daripada dunia dan seisinya. Mereka akan berkata, “ Wahai Allah! Mengapa kami diberi pakaian ini? ’’ Allah menjawab, “ Kerana bacaan al-Quran yang dibaca oleh anakmu.”
Semalam dah buat satu entry, elok2 nak edit tiba2 tertekan delete. Bagus sungguh.
Jadi sekarang saya buat satu entry lagi cuma isinya 90% berbeza. Ramai yg kata "Dalam Islam, hari-hari Hari Ibu". Pastu ada pulak yg tanya, "Bagitahu saya betul ke orang Islam sambut Hari Ibu hari2?"
Hmm....
Kalau mengikut 'sambutan' memang la tidak hari2 bro. Takkan nak gi makan TGI Fridays hari2, atau beli hadiah hari2, atau nak selfie dengan ibu hari2 dengan caption "Happy mothers' day mak, hari2 hari ibu dalam Islam"...
Apa yang saya tahu, dalam Islam, kita ingat pada ibu bapa kita bukan hanya setiap hari, malah berkali2 sehari. Seperti mana yang saya didik anak2 saya (dgn harapan semoga diorg ingat sampai mati - bukan senang nak didik anak) supaya solat 5 waktu sehari semalam jangan rongak2. Kalau tak cukup solat macam mana doa nak sampai?. Tak dapat bunga, tak dapat wish, tak dapat gi makan steak pada Hari Ibu setahun sekali, saya langsung tak kecil hati. Tapi kalau tak solat memang saya sangat sedih. Nak beranakkan korang dah la susah. Dah beranak kena jaga sendiri dengan tangan sendiri, takde yang sudi menolong. Sampai macam2 sakit mami sekarang. Segala urat segala sendi segala otot pun sakit nak membesarkan korang. Mcm2 kerenah sorang2. Masa kecik lain kerenah, dah besar lain pulak kerenah.
Pesan juga kepada anak supaya rajin baca quran kerana anak yang rajin baca quran ni akan menghadiahkan mahkota kepada ibu bapa mereka di akhirat kelak.
Muadz Al-Juhani r.a memberitahu, Rasulullah s.a.w bersabda,
“ Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri?
Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud
Bukan mahkota je tau...
Hakim r.a meriwayatkan sebuah hadis dari Buraidah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,
“ Seseorang yang membaca al-Quran dan beramal dengannya, dia akan dipakaikan mahkota yang diperbuat dari nur dan kedua-duanya ibu bapanya akan diberi pakaian yang lebih berharga daripada dunia dan seisinya. Mereka akan berkata, “ Wahai Allah! Mengapa kami diberi pakaian ini? ’’ Allah menjawab, “ Kerana bacaan al-Quran yang dibaca oleh anakmu.”
Artikel penuh di sini: http://jiwajihad.blogspot.my/2012/05/kelebihan-anak-membaca-al-quran.html
Kalau anda anak yang betul2 sayangkan ibu bapa, mohonlah agar ibu bapa diampunkan dosa. Ibu bapa kita pun sama banyak dosa macam kita. Mereka juga manusia biasa. Berdoalah seikhlas hati. Seikhlas hati. Menangislah demi keampunan untuk ibu bapa. Itulah hadiah terbaik buat ibu dan buat bapa. Walau bagaimana latar belakang pun, ibu bapa berhak mendapatkan ini.
Ada org tak rapat dengan ibu bapa, tak manja, tak biasa dipeluk dibelai ibu bapa, atau ibu bapa garang sampai anak jadi renggang, ibu bapa bizi sangat sangat tak pernah ambik tahu hal anak, atau mungkin ibu bapa bercerai dan dah ada family lain sampai anak kat sini dipinggirkan, atau mungkin kerana kemiskinan telah memisahkan, atau apa saja, maklumlah dugaan manusia ni lain lain. Jadi, nak sambut menyambut mungkin janggal... apa lagi bila tengok fb sepanjang hari gambar selfie org peluk mak bapak, boleh sentap jadinya. Haha. Jangan sentaplah ye. Doakan mereka dan hadiahkan bacaan quran.
Jadi, bukankah benar dalam Islam, hari ibu disambut setiap hari?
Terbaca status Zonkuliah hari ni:
Kalau tidak 'alim sesuatu ilmu, seeloknya duduk diam2, syyyyhhhhhh. Pergilah cari guru. Sebab tu lah kalau sesuatu ilmu apabila disampaikan kepada kami oleh arwah mertua saya (yg sangat 'alim), sedaya upaya kami akan ikut. Dulu jahil, skrg bila dah tahu takkan nak buat tak tahu? Itu sombong namanya.
Wallahu a'lam.
