Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all 514 articles
Browse latest View live

Corpsdereve dan DX: Alkisah....

$
0
0
Assalamualaikum.

Pagi-pagi otak dah jalan......









Ramai yang tanya apa rahsia saya maintain walau dah mengandung 5 kali, beranak 6 kali? Adakah saya makan, makan, makan tapi sebab metabolisme, saya tak gemuk? Teeeettttttttt!!!!! SALAH.

 Atau mungkin saya tak makan? Diet sepanjang hayat? Teeeeetttttt!!!!!!! SALAH.

Atau mungkin saya buat sedut lemak @ liposuction? Teeettttt!!!!! Opkos SALAH.

Atau family saya ni memang jenis kurus? Takde history orang gemuk? Teeeettttt!!!! SALAH.

Saya tahu ramai yang membuat rumusan macam-macam bila jumpa saya. Semuanya rumusan yang akan diakhiri dengan.. "Untung la, dapat badan susah nak gemuk". Salah lagi.

Apa yang orang tak tahu dan tak mahu percaya ialah saya membuat pelaburan sejak anak dara lagi. Setiap hari sebelum tidur saya akan balut badan saya dengan bengkung magnetic. Kalau tertidur sebelum membalut, saya akan bangun tengah malam dan balut apa yang perlu. 

Bila kahwin, saya takde peluang nak main balut-balut lagi. Tapi disebabkan masa tu body memang dah ada shape dek kerana tabiat membalut sebelum kawin, ia kekal bentuknya tak lari ke utara selatan timur barat pun. Lagipun usia yang masih muda (20an) tidak menyukarkan saya untuk kekal langsing. Sel muda kan?

Bila mengandung, badan mula kembang sana sini. Setiap angle akan ada pengembangan yang berlaku. Pulak tu ngandung anak pompuan, memang kembang la tang perut, tak macam ngandung anak lelaki, perut ke depan, pinggang masih ada lekuk.

Lepas habis pantang anak sulung, body memang kurus balik tapi berat badan tak turun 100%. Ada je tertinggal lemak2 extra. Body dah out. Tempoh berpantang 44 hari pakai bengkung memang banyak membantu tapi lepas 44 hari bila balas dendam makan tak berhenti, boleh jadi out of shape.

Saya mula diperkenalkan dengan Crony. Saya laburkan wang utk dapatkan balik bentuk badan asal.  Cuma waist nipper yang pendek dan bertali buat saya sesak sikit. Leceh pulak tu. Tapi bak kata orang, no pain no gain. Beauty is pain. Huh.



Masuk anak ke dua, saya naik 20kg masa mengandung. Anak yang keluar cuma 3.0kg je. Lain-lain mami sapu semua. Masih dengan Crony, saya ada 2 set. 

Kali ke 3 mengandung saya mengandung kembar pulak. Langsung tak jaga badan. Duit tak banyak. Kembang-kembang sana sini tak saya peduli. Masa mengandung ni la saya diperkenalkan dengan Elken. Kawan John yang katanya nak bantu kami yang tengah dalam kesusahan, tak cukup duit nak makan, kerja gaji kecik, kalau buat Elken boleh bantu apa yang patut. Tapi saya tak berminat MLM. Saya dan John sign up jadi member tapi tak aktif.

Lepas bersalin, body dah out. Shape dah lari. Geleber sana geleber sini. Ada lagi gambar yg saya simpan masa ke Bukit Tinggi masa tu. Dengan rambut menggerbang tak kemas, berjeans dan t-shirt biasa, dukung baby jalan-jalan. Sangat selekeh. Nasib baik laki tak sempat cari lain, saya diberi peluang try fitting Elken Corpsdereve (skrg DX). Terus jatuh cinta, terus cari jalan nak beli. Duit takde, macam mana nak beli? Elken benarkan saya trade in Crony dan beli Elken Corpsdereve. Diskaun RM600. Lepas tu guna Easy Payment Scheme. Saya mula bergiat sikit-sikit dengan Elken. Lepas beberapa bulan, saya dah transform. Upline saya dan Elken mengubah saya daripada si selekeh kepada ala-ala ratu gitu. Hahaha. Ingat lagi apa kata Catherine, penampilan harus dijaga sepanjang masa. Semuanya bergantung kepada kesedaran diri sendiri. Nak jadi selekeh selamanya ke?

Tak lama lepas tu,  saya dipaksa upline saya masuk contest Mrs Corpsdereve. Dapat laaaaa 1st Runner Up. Yang best tu dapat product voucher RM1000.


masa ni umur 30 tahun. Mula pakai masa umur baru nak masuk 29. Skrg saya dah 38.

keratan akhbar Berita harian tahun 2005. Upline saya guna sampai skrg buat convince orang.


Dengan Elken, saya kurang 6kg selepas 3 bulan kalau tak silap. Ada org kata 6kg tak banyak. Emmm cuba beli daging 6kg, berat ke tak berat? Yang paling best, bentuk badan dah jadi lebih cantik. Takde yoyo. Takde si geleber lagi. Semua aset terletak kat tempat yang sepatutnya. Pelaburan hampir RM3,000 untuk satu set lingerie ni tak pernah saya rasa membazir. It worked, comfy dan tahan lama. Hutang 2 tahun tak terasa pun. Bayar RM100+++ sebulan melalui kad kredit tidak membebankan langsung. Dan saya terus memakai lingerie ni lepas bersalinkan semua anak yang ada. 

Tahun lepas saya ada beli 1 set PB, 2 kali tukar size (tukang jual asyik kasi salah size aje). Kali pertama pakai ambil masa setengah jam. Bila dah pakai saya rasa nak pitam. Duduk memandu badan tegak macam robot. Akhirnya, bra dan girdle saya simpan dalam almari. Waist nipper saya pakai sekali sekala supaya tak terasa rugi sangat membeli TAPI selalu naik angin bila time nak pakai tu. Dan selalu sesaaaakkkkk dada ku. No pain no gain ek? Bertanda-tanda badan ai...

Akhirnya Elken jugak pilihan hati. Hari-hari basuh sebab nak pakai Elken saja. Ingatkan boleh lari berganti-ganti dengan PB... Sekarang lps hampir 9 tahun, saya tukar kepada DX, new version of Corpsdereve. Dah setengah bulan saya bersama DX, ia lebih baik daripada versi lama. Selesa! Saya beli twin set. Boleh alternate pakai antara Long Set dengan Body Shaper. 

Pelaburan memang banyak tapi sebab badan nak pakai lama, tulang belakang nak kena jaga, pelaburan tu adalah pelaburan yang perlu. DX bukan hanya untuk kecantikan tetapi untuk kesihatan juga.

Hari ni ada beberapa tempat nak pergi untuk fitting. Semangat betul nak share kebaikan DX. Uolls bila lagi???


GO GO DX!

$
0
0
Assalamualaikum.

Semalam, saya buat business appointment dengan seorang kawan. Nak kasi dia try DX. Tapi tiba-tiba appointment cancelled dan saya takde langsung 'keje' untuk dibuat seharian. Tanpa berlengah, saya cari appointment baru. Dapat. Tapi malam. Dan di Kapar, Klang. Perghhh...

Sementara nak menunggu malam, saya golek-golek, guling-guling, tengok satu movie ke satu movie.. best pulak layan Astro movie. Sambil menunggu John balik tapi tak sampai-sampai, sampai naik lemau badan ni tergolek depan tv. 

Tunggu punya tunggu... John tak balik-balik. Katanya petang, dah nak maghrib dia masih tak muncul-muncul....

Akhirnya lepas maghrib saya tak dapat tunggu dah, saya terpaksa keluar rumah penuhi janji saya berjumpa kawan saya (LS) di rumahnya di Kapar untuk fitting DX. 

Saya park kereta di tempat yang telah saya janjikan kemudian upline saya Catherine datang menjemput. Terpaksalah bawak Catherine sebab dia ada Sample Bag Elysyle DX... saya tumpang pinjam....

Berpandukan guidance daripada LS, selamatlah kami tiba di rumah yang betul. Bagus betul direction dia, tepat dan lengkap!

Pembuka kata, borak sikit-sikit, terus saya ajak LS try DX. Ukur pinggang dan dapatkan size yang sesuai. Pastu cari dalam Sample Bag size yang betul dan terus pakaikan LS set DX, step by step. Memang takde masalah nak pakai DX ni. Pakai senang, bukak pun senang. Nampak puas hati aje LS lepas pakai, dia terus sign up sebagai ahli dan hulur kad kredit! Dan LS beli twin set, Long Set dan Body Shaper set!!!!!

Pastu LS bgtau saya, memang dia pernah dengar tentang DX. Orang kata DX ni sangat selesa, gunakan kapas mesir bermutu tinggi tapi masa dia berminat beli dari seseorang yang lain, dia diminta bayar cash, takde easy payment mahupun AEON Kredit. Uikkk??? Setahu saya Elken dah lama bagi kemudahan kredit. Kenapa agaknya orang tu mintak cash? Jawapannya ialah orang tu jual pada harga retail, bukan harga ahli. Dia tidak offer pelanggan untuk mendaftar sebagai ahli dan dapatkan harga ahli. Kalau jadi member nanti dia tak dapat untung runcit. Sekali jual runcit (twin set) boleh untung runcit RM520. Belum masuk untung bonus dari personal sale... Ooooo......... hmmmm..... macam-macam....

Rezeki sayalah. Alhamdulillah.




Saya masih berpegang pada komitmen saya sebagai pengedar. Baik SNE mahupun Elken. Jujur dan amanah. Saya tolak segala untung runcit yang saya boleh dapat. Saya tak mau nanti bila pelanggan rasa tertipu, diorang menyumpah saya belakang-belakang. Haishhhh mintak jauh... bila cari rezeki biarlah berkat ye tak? Saya harap kawan2 doakan yang baik-baik aje... jgn menyumpah... Insyallah dengan usaha dan keyakinan dan sikap jujur amanah ni, rezeki untuk saya sentiasa ada. Biar sedikit tapi tak putus. Amin.

Untuk fitting DX ni saya perlukan wiken saja sebab hari biasa saya bizi dengan anak sekolah dan SNE. Malam pun boleh la kot. Wiken ni ada appointment sebenarnya tapi Catherine balik kampung utk sambut CNY. Cemana boleh lupa ekkk???? Jadi, alangkah bestnya kalau saya ada Sample Bag sendiri.... hmm.. mula la tu kan? Macam-macam benda nak dimodalkan. Takpelah, mana yang boleh aje, saya takmo paksa diri. 

OK tadi saya blogwalking dan jumpa beberapa pendapat pengguna tentang DX.






Ada banyak cerita tapi saya sempat ambil 3 aje. tapi itulah kan... ramai yang lari bila dengar HUTANG.. lari bila dengar harga. Barang baik memang mahal. Barang mahal belum tentu baik. Tapi DX memang baik dan harganya setanding brand terkenal yang belum tentu baik. Selesa dan berkesan. Sebab tulah disediakan pelan pembayaran bagi memastikan kita dapat memiliki benda baik ni tanpa perlu mengeluarkan cash beribu2. Yang penting kita komited. RM186 sebulan masukkan dalam akaun bank. Belum bayar apa2 dah dapat pakai 2 set DX. Bayar membership je. Siap dapat rebate dari bonus pertama. Kalau rasa takmo tanggung hutang lama2 boleh la kenalkan pada kawan, dapat bonus beribu2 pastu bayar penuh, setelkan hutang. 


anda beli 1, kawan2 beli 7. Bonus RM9,999.36


Saya tunjukkan pelan tu pada LS, dia nampaknya berkenan dengan pelan tersebut dan mula nak kenalkan kepada kawan-kawan. Siapa takmo duit kan? Peluang dah ada, tinggal grab aje.

UOLSS??? Bila nak fitting DX?

Jgn risau, saya tak paksa beli, saya cuma nak kasi uols rasa sendiri betapa bestnya DX.

Meh la buat apmt dengan saya: 018-667 6734

Nanti ai datangggg.........

Sesi Luahan Lagi - Kirim Kirim

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari ni nak cerita sikit....

Saya tengah agak bengang sikit.

Seorang kawan mengirim beg tangan semasa saya ke HK baru-baru ni. Sebelum mengirim, saya ada cerita tentang rupabentuk dan harga yang boleh saya dapat lepas buat tawar-menawar. Siap brand sekali saya bagitau. Dengan nada eksaited, "Nak, nak!!!! Kau belikan nanti aku bayar", setelah saya bgtau harga dalam lingkungan RM80 iaitu HK$200 (sebenarnya lebih RM80).

Bila saya upload gambar grup Cik Kiah beraksi kat HK ke Insta,  dia antara orang pertama komen "nanti kau pergi HK lagi, aku nak ikut. Mana lagi? Paris? London? Semua aku nak ikut".

Kat Ladies Market Mong Kok tu, memang saya cari beg dia semata, dengan beg satu lagi sebagai souvenir. Lagipun sebelum berangkat ke HK dia sempat Whatsapp saya dan ingatkan saya tentang beg.  OK la saya tak lupa janji.




Bila dah sampai tanah air, saya wassap dia dan hantar la gambar beg yang dah dibeli. Dia pun kata ok, suka, cantik....... nanti pos la ke dia. Saya juga sempat bgtau, kalau tak suka takpe, saya nak bagi orang lain.

Setiap conversation saya dan dia, dia tak sebut langsung atau tanya langsung pasal harga beg. Dia cuma kata dia suka dan nak. Sehinggalah pada suatu hari yang sangat sesuai, saya bgtau dia yang harga beg dia ialah HKD200. Kalau convert lebih RM80 tapi saya cuma mintak RM80. Bukan saya nak berkira sangat pasal duit RM80 tu tapi saya tak mau mengajar kawan-kawan saya untuk terus menerus mengambil barang free daripada saya. Lagipun saya tak kata saya nak bagi free. Dia dah janji nak bayar. Bila saya kata free, ok it's free. Kalau saya belanja, ye saya belanja. Tapi ada kalanya saya nak tengok jugak sejauh mana kawan saya menilai saya dan menghargai saya. Adakah yang dipanggil 'kawan' tu sanggup mengeluarkan duit RM2.00 untuk bayar minuman saya walau sekali????

Dan setiap ujian yang saya berikan tertanya dia GAGAL sama sekali. 2 kali saya spend time dengan dia, sekali (beberapa hari) di negeri dia dan sekali lagi (beberapa hari) di negeri saya. Takde sekalipun dia hulur duit makan, duit minum, duit tol, duit minyak, duit wayang, semua tunggu saya keluarkan wallet saya. Cecah 4 angka utk 2 trip ni okay.  Saya kedengaran mengungkit. Sangat teruk kedengarannya. Saya halalkan setiap perkara dan benda cuma kadang-kadang saya terasa hati bila hanya saya seorang yang mengambil hati dan menggembirakan orang lain. Kenapa seorang yang dianggap kawan baik tak buat perkara yang sama kepada saya? Bukan mengharap balasan tapi SAYA YAKIN UOLLS PAHAM APA MAKSUD SAYA. 

Dan hati jadi bertambah sakit bila saya bagitahu pasal beg kiriman dia tu, dia jawab, "MAHALNYA!!". Dan saya jawab balik, "MAHAL????" "Kan dah bgtau hari tu sebelum pergi HK dan kau dah setuju?"

"Bukan apa, aku sebenarnya nak yang lain".. Dan-dan tukar fikiran.

"OK lah. Lain kali terus terang la. Aku tak kisah, aku boleh bagi orang lain"

"Eh aku sebenarnya nak. Nak sangat. Tapi nanti la aku bayar. Sekarang takde duit. Kau pos je la dulu kat aku"

dan saya tak jawab dah...... saya rumuskan dia harap saya hadiah kat dia free of charge.

Tak lama lepas tu...

"Kau marah aku ke? Kau pos je la nanti aku bayar"

Saya tak jawab...

Kira-kira sebulan lepas, saya ada kirimkan 2 Beutskin dan 1 SNE kapsul kepada kawan saya ni. Dia nak mulakan biz SNE tapi takde modal dan saya bagi dulu stok 1 BE, 1 SNE dan 1 BE lagi saya bagi dia makan free. Katanya kalau dia xmakan nanti orang takmo percaya benda tu bagus atau tak. OK saya modalkan RM200 utk dia (1 kotak BE) siap daftarkan jadi member dan letakkan downline bawah dia, dengan harapan dia dapat kembangkan network saya di daerah dia. Saban hari saya bertanya, stok tak jalan langsung. Padahal saya tau betapa besar network dia kat sana, berapa ramai kawan dia kat sana. Tapi takpelah mungkin bukan rezeki saya untuk mintak tolong kawan sendiri bukakan network kat belah sana. Lalu saya minta balik stok 1 BE dan 1 SNE tu dari dia.

Lps mesej terakhir dia kepada saya tu, saya cuma jawab... 

"Jangan lupa poskan balik SNE kat aku ye"

Hujung bulan ni saya halalkan la bonus SNE yang dia dapat tanpa usaha tu. Bulan depan xdelah lagi sebab dia tak menten personal pv. Rezeki dialah kan tapi lepas ni, perkara macam ni betul2 jadi pengajaran untuk saya. Silap saya dari awal bila mula mengajar dia untuk bersikap opportunist. Ni betul2 opportunist. Lebih baik beg tu saya hadiahkan kepada Cik Med yang bekerja keras kat rumah saya (walau dah dapat 1 gelang jade dr HK sebagai souvenir hari tu) sebab dia skrg la yg jaga anak dan rumah masa saya sibuk. Blur-blur pun, dia masih lagi berbaloi kalau saya belanja apa-apa. Dan lebih baik jugak kalau saya tumpu pada mana-mana downline saya yang beriya-iya promote SNE pada kawan-kawan untuk bonus bulanan. Meraka yang layak dapat free group pv daripada saya. InsyaAllah saya akan bantu.

Entry saya ni nampak macam saya tak ikhlas... tapi saya rasa pihak di sana yang tak ikhlas menjadi kawan saya. Terpulang kepada uolls nak menilai saya. Saya tak harap uolls faham saya.

Saya selesa dengan kawan-kawan yang tak ngaku sebagai bff tapi bila keluar masing-masing faham, GO DUTCH kecuali bila saya atau mana-mana kawan pemurah kata "AKU BAYAR". Dan grup cik Kiah HK sangat best sebab masing-masing tak mengambil kesempatan ngelat dari bayar portion masing-masing. Walau HK$10 pun diorang akan cuba jelaskan melainkan bila kita kasi halal... Bila macam tu nescaya akan ada lawatan cik kiah susulan insyaAllah. Dan alhamdulillah saya dah refund duit baki yang ada kepada ahli-ahli cik kiah yang terlibat. Saya tak mahu ambil hak orang walau seposen. Nanti rezeki saya Allah ambik balik.

Berbalik kepada kawan yang sorang tu, saya bukan nak burukkan dia cuma bila kita dah mengirim, pandai-pandailah terima apa yang orang dah usahakan untuk kita tu. Ingat senang ke nak pilih, nak menawar, nak angkut barang kiriman orang dari sana balik ke Malaysia? Sebab tu satu perkara yang saya tak suka ialah BELIKAN BARANG KIRIMAN ORANG, melainkan orang tu yakin dengan pilihan saya dan mampu nak bayar bila saya minta bayar. Macam biras saya jam-jam tu masukkan duit dalam kad kredit saya bila saya kata dah jumpa beg pilihan hati. Sama macam yang lain-lain yang pernah mengirim dari saya dulu. Macam tu baru senang dan lancar segala urusniaga. Lainkali boleh la kirim lagi. Lagipun perlu la faham, kita pergi melancong tak bawak duit sejuta. Kita bawak pun alakadar aje. Kalau kirim air liur, mana nak beli brg orang, mana nak beli brg sendiri? Dah la hotel mintak deposit sampai HK$3000. Sibbaik ada kad kredit extra. Dan nasib baik saya dah call semua bank berkenaan yang saya nak ke overseas, walaupun saya tak plan nak guna kad tu kat sana. For emergency use la. 

Harap jadi pengajaran bukan utk saya seorang tetapi untuk orang lain juga. Maaf kalau entry ni agak kasar. Sorry ye.







Transfer

$
0
0
Assalamualaikum.

Selama 2 bulan kini saya berniaganetwork MLM biz. Dan selama 2 bulan jugak saya bertransaksi dengan tunai atau debit kad setiap kali pergi centre atau HQ. Kini, pada bulan ke tiga ni saya rasa sangat rugi la pulak sebab kalaulah saya guna kad kredit, saya boleh kumpul point sehingga hujung tahun dan redeem. Hujung 2012 (ngam-ngam 31 dec 2012) saya berhasil redeem Sen Heng punya voucher sebanyak RM450. Saya kasi John sebab dia kata nak beli iPhone5 :)

Bayangkan, kalau bulan pertama sale SNE ialah 5 angka, bulan ke 2 pun 5 angka, sepatutnya point kad kredit saya pun boleh jadi berangka-angka! Silap-silap saya boleh redeem televisyen hahahahahahah.



Untuk bulan ke tiga ni, saya mula berfikir lebih bijak. Saya mula nak gunakan kad kredit tetapi dengan syarat, saya kena transfer duit dari akaun yang lain ke akaun kad kredit.  Jadi semalam saya pun mula la cari lokasi CDM bank berkenaan yang terdekat dengan saya. Hari ni dah plan nak topup stok SNE kat Centre. Kena kasi setel malam tadi jugak.

Bank kad kredit yang saya pakai ni tak macam Maybank. Kat Petronas pun ada CDM. ATM tak payah cakap la. Bersepah-sepah. Selain daripada branch, memang susahlah nak cari Cash Deposit Machine bank kredit kad saya tu.

Akhirnya saya minta tolong John. Siapa lagi yang setia membantu saya kalau bukan John (walaupun telinga tebal kena bebel. Kemain mulut macam buntut ayam. Sibbaik bibir u seksi). Dia kata kat Hong Kong boleh cari jalan, tak sesat. Segala ceruk tempat saya boleh google. CDM kat Msia ni tak jumpa? Macam la dia tau yang sebenarnya saya dah google, dah check kat bank punya website, malangnya CDM machine location tak dinyatakan di mana. Setakat branch tu, takyah la. Saya tau sangat area saya ni, branch bank tu mesti JEM JEM JEM. Tu pasal la saya xmo pergi. Buang masa aje.

Pastu John bgtau sebenarnya ada satu cara lain untuk transfer antara bank selain internet banking. 

ATM TRANSFER. Boleh ke? BOLEEEHHHHHH.....


gambar hiasan ATM Shanghai, China

Cara dia macam ni:

Contoh: Nak transfer duit daripada RHB ke Maybank.

  • Pergi ke ATM Bank mana yang akan terima duit. Kalau kita nak transfer ke Maybank, ke ATM Maybank la kita pergi.
  • Kat mesin ATM tu, masukkan bank kad kita yang kita nak transfer from. Kononnya dari RHB ke Maybank. Kita guna kad RHB la kan. Masukkan ke ATM Maybank. 
  • Masukkan PIN
  • Buat pilihan 'Pindahan Wang' atau yang sama maksud dengannya. Pandailah uolls cari.
  • Pastu nanti ada pilihan, nak transfer ke akaun bank mengikut kad kita (RHB) atau nak transfer ke bank mengikut ATM Machine tu (Maybank). Ada 2 pilihan ni je. Bank lain xde.
  • Masukkan nombor akaun bank (akaun kad kredit) penerima pindahan wang.
  •  Pilih jenis akaun (savings atau current)
  • Masukkan jumlah dan confirmkan.

Setel.

Kenapa saya tak transfer je pakai IBG Internet banking?

Sebenarnya saya dah terlambat buat keputusan. IBG Internet Banking ambil masa 24 jam. Sepatutnya kalau nak buat IBG, buat pagi2. Besoknya dah clear. Buatnya duit yang saya transfer nanti float lama-lama.... cemana nak simpan stok SNE utk CNY????

Jadi, semalam masalah saya dah selesai. Saya dah boleh beli stok pakai kad dan kumpul point. Ada la bonus hujung tahun untuk saya nanti. Ini sebagai reward untuk saya yang pemurah (la sangat) bagi free shipping kat customer. Ikut hati rasa macam nak mula ambil shipping fee tapi tak sampai hati la pulak kan. Takpelah, takde untung runcit, tanggung poslaju, tapi hujung tahun dapat reward. OK la kan?

Jadi, lepas ni bukan saya je.. sesapa pun dah takde alasan lagi bila tiba bab-bab transfer antara bank ni. Dengan caj sebanyak RM1, kita dah tak payah nak cari ATM bank yang sama dengan kad baru boleh transfer duit.







LOKAS MAKAN

$
0
0
Assalamualaikum.

Semalam, kerana kes transfer, saya ajak John kuar makan burger bakar. Mula-mula saya plan kat Kajang tapi hoiii Kajang tu bukan jiran sepelaung aje dengan area rumah saya ni. JAUH!

Pastu John google la burger bakar terdekat.... jumpa!

BURGER BAKAR KAW KAW.

Lokasi: Taman Puchong Utama. Dari LDP, masuk simpang Taman Puchong Utama, lalu traffic light, terus, masuk simpang ke 3 belah kanan. Situlah tempat dia. Saya sangka selama ni lalu hantar anak ke kelas muzik, itu lokasi pasar malam sebab terang benderang. Rupanya ada medan selera yang sangat meriah!

Memang tak sangka la Puchong ada medan selera meriah macam tu. Kalau ikut simpang luar tu macam sunyi aje. Situasi dia lebih kurang medan selera Kajang yang ada Burger Bakar Abg Burn tu. Self service.

Pilihan saya malam semalam ialah Lambernizer or something like that bunyinya. John tambahkan beef bakon dengan cheese. Pergh! Kalah la Abg Burn punya. Memang kaw.












Apa yang buat saya suka burger kaw ni ialah sos dia tak meleleh melampau-lampau sampai naik muak. Dan burger lambernizer saya ada special sos buatan sendiri rasanya ada cili api kat dalam. John punya beef burger pun sos tak over meleleh. Cheese dan mayo tak melimpah ruah. baru boleh menikmati kelazatan daging yang diproses sendiri. Kalau tidak, saya cuma rasa mayo+cheese+sos aje. Daging punya rasa dah tenggelam.

Lepas kenyang makan, kami round jap. Ada satu dua kedai yang jual barang-barang tah apa. Saya tertarik dengan selipar2 budak2. Berbulu2 dan ada menatang bertenggek kat atas tu. Sori la malas nak snap gambar. Saya belikan utk anak2 dara saya dan utk boys, saya belikan lampu Angry Birds. Setel. Berapa banyak anak, banyak tu la kena beli setiap kali. Apa nak buat kan? Rezeki diorang...

Lepas ni boleh la try makan benda lain pulak. Nampak macam menu lain2 pun best aje..




DX dan FREE Vantage

$
0
0
Assalamulaikum.

Hari ni DX yang diorder dah sampai. Bukan DX aje, ada 2 kotak besar juga sampai jugak Catherine hantar. 




Huaaaaaa!!!!!!!! Vantage!!!! 

Ni free ke? Freeeeeeeeeee....

Bukan satu tapi 2 set hokey...

Hari tu LS beli twin set DX, dapat la 1 token setiap RM100. Dengan twin set LS dapat 48 token. Dengan 48 token LS dapat redeem 2 set Vantage yang berharga RM540 setiap satu set. Maknanya kalau 2 set = RM1080.

Jeles? Jeles?







Ni semua LS punya. Twin set DX dan 2 set Vantage

dan wiken ni saya ada Sample Bag DX bersama saya. Siapa nak jadi cantik instant macam kat bawah ni, sila call ye...

0186676734.


Dan PROMOSI free token berlangsung sehingga 18 February aje tau. CEPAT sebelum terlambat!!!


Selain Vantage ada jugak barang lain yg boleh redeem.

Update Mak Saya Dan Cek SNE

$
0
0
Assalamualaikum.

Beberapa hari lepas saya melawat mak saya. Pergi hantar stok SNE Capsules dan Wis-D Essence untuk bulan ni. Sambil collect cheque kecik daripada SNE Marketing atas nama mak saya. Bulan ni kecik, insyaAllah bulan depan lebih besar ye...




Masa saya sampai, mak saya yang bukak pintu. Takde orang lain kat rumah. Anak-anak buah semua ke sekolah la tu. 

Elok aje mak saya ke hulu ke hilir berjalan. Nampak segar! Tak macam sebelum mak saya amalkan SNE, setiap kali saya datang, mesti tengah terbaring.  Muka sakit, susah bergerak. Sekarang saya boleh senang hati tengok perkembangan mak saya. Tapi maaf sangat-sangat. Tak dapat ambil gambar. Nanti tunggu mak saya dah mekap cantik2 dan ready nak dirakamkan, baru saya snap ok.

Dan penantian memang satu penyeksaan. 3 cheque dah sampai, cek nama saya yang tak sampai-sampai. Hari ni dah Jumaat, besok Sabtu, pastu Chinese New Year! Bila nak sampai niiii???????

Cek dari SNE boleh di-bank in ke akaun mengikut nama atas cek atau masa nak beli SNE produk boleh tukar cek sebagai pembayaran. Boleh beli di HQ, stockist centre atau mana-mana stokist bergerak termasuk saya. Bagi aje nombor Mykad atau nombor yg diberi kat dalam surat/statement SNE tu, pembelian tersebut akan masuk ke dalam akaun SNE kita. Baki harga barangnya bayar la pakai cash atau kad. Contoh: cek SNE RM10, masa beli SNE nanti boleh la sertakan cek masa bayar dan dapatlah diskaun RM10. Itu namanya diskaun sebagai ahli. Sebab tu saya galakkan customer saya daftar sebagai ahli. Jadi ahli dapat PV setiap kali beli produk. Boleh dapat diskaun. RM5 pun duit jugak.

Contohnya setiap bulan kita beli 1 kotak SNE dan 1 kotak BE. Kat situ harga dah RM380 iaitu 380pv. 3% dari 380 ialah RM11.40. Boleh guna cek tu sebagai voucher diskaun atau kumpul2 cek tu (tak lebih dari 6 bulan dari tarikh cek) dan bank in sekali. Sekarang ni dah ada mesin deposit cek. Tak perlu nak segan kalau nilai cek kecik. Itu kan duit jugak? Kalau nak cek lagi besar, bina rangkaian. :)







Debab VS Ramping: Debab Won!

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari ni saya blogwalking ke satu blog yang dicanang oleh seorang kawan. Katanya dia ni top agent satu produk korset (bukan DX) yang popular tu. Incomenya masyaAllah beratus ribu. Dan katanya juga, dia bukan hanya jual korset pembentukan badan tu tapi dia jual bisnes tu sendiri. Target dia ialah menjual bisnes korset tersebut let's say RM20k sebagai satu modal permulaan. Boleh ambil loan dengar-dengarnya. Dah dapat produk sebanyak 20k, terpulang kepada agent nak jual brg tu macam mana. 

Bila saya masuk je blog dia, saya nampak seorang wanita yang cantik. Wahhhh memang mewah cik kak tu. banyaknye begggggg.......... phewwwit!!!!! Memang jenis shopping lupa diri lah! Setakat koleksi saya tu, celah gigi dia aje... MEWAH MELANGIT!

Pastu saya skrol down....

Lalu saya jadi heran...

Maaf kalau statement ni agak kasar....

Macam mana seorang top agent korset popular yang debab, pinggang stret, tak ramping, punggung besar, perut buncit, boleh jadi top agent bernilai beratus-ratus ribu ringgit? Selain faktor 'dah rezeki dia', saya masih tertanya-tanya...

"Ayat apa yang dia guna?"

"Bahagian badan mana yang dia jadikan bukti bahawa korset dia berkesan?"

"Kalau bukak korset agaknya cemana bentuk badan tu sebenarnya?"

Dan "Kenapa saya yang kekal ramping setelah beranak 6, dan dah pakai Corpsdereve Elken (skrg Elken DX) selama 9 tahun dan pernah dpt The Most Elegant Mrs Corpsdereve tahun 2005 kemain susah orang nak percaya bahawa DX itu hebat?"

I've been trying to sell since 2005....... 

Betul la orang kata... Life is Unfair....

MuahaAhAhAhAuaUaHAhAUaHAuAhauaMuahahahahah....

Mari kita pakat gelak ramai-ramai......

Dah bukan rezeki awak la Mrs Lya oiiii......

Mode: Dengki.

Singapore 1997



Bukan senang nak kurus.....

Sekian entry sengal.




Smart Shopping

$
0
0

Assalamualaikum.

Memandangkan sekarang ni kan zaman siber, banyak benda pun yang boleh dimanfaatkan melalui teknologi. Sebelum ni saya shopping barang-barang rumah di Carrefour. Segala benda termasuk bahan basah pun saya belasah aje kat kafo tu. Orang kata mahal beli kat kafo. Memang la mahal tapi itu yang mampu saya pergi. Nak pergi pasar? Adoiyai.... malas la pulak nak ke pasar pagi2 atau waktu petang tu. Harap John dah memang takde dah la. Dulu kerja pegi pasar ni tugas dia.

Sekarang masa saya dah nampak terhad sejak berkecimpung dalam perniagaan cewah. Ok betul la... memang sekarang time agak limited sebab kena jadi runner ke sana ke mari. Selain teruskan bersama SNE, saya juga masih mencuba-cuba nasib dengan Elken. Dua produk yang menjadi kesayangan saya sekarang. Bulan lepas selalu tak sempat ke kafo sebab terlalu sibuk. Kadang-kadang masak ala kadar je sebab lauk abes. 

Bagi mengurangkan masa mencari barang shopping kat kafo tu, saya kini temui satu cara lain pulak. Kini, saya membeli segala keperluan rumah (household) melalui online je. 

Saya kini adalah pengguna ELKEN sepenuhnya. Saya beli ubat gigi, berus gigi, kordial, syampu, kondisioner, sabun mandi, sabun basuh, semuanya dari Elken.


Pati kordial Roselle ni sangat pekat. 2 x 750ml = RM42. Kaya dengan vitamin dan anti oksida.
RM31.00 utk 2 botol



Ada banyak lagi barangan rumah yang boleh didapati di sini. ELKEN4U

Kalau uols nak try pun boleh.... klik di link yang saya berikan. Setiap RM300 pembelian akan dapat penghantaran percuma. Setiap RM300 juga boleh dapat produk pilihan mingguan pada harga RM1 saja.

Minggu ni apa yg offer?



Jadi sekarang, saya dah boleh kurangkan waktu shopping di kafo sebab saya cuma perlu cari lauk aje. Barang rumah yg kering dh boleh beli online.

kalau uols nak beli belah barangan Elken tanpa perlu keluarkan duit RM75 jadi member, boleh pergi ke link ni dan shopping..

Memupuk

$
0
0
Assalamualaikum.

Saya bukan pembaca novel. Mengumpul koleksi apatah lagi? Suka baca paper, beli paper tapi nak kasi habis semua cerita makan seminggu agaknya. Bila mengadap paper, nampak macam hidup goyang kaki, kerja lain tak jalan. Dan masa baca paper jugaklah lepas satu, satu dugaan datang mengganggu konsentrasi. Akhirnya paper diletak ke tepi. Hmmm..... 

Dan berita2 dalam daerah, dalam negeri mahupun luar negara (yg penting2 aje) biasanya saya dapat tahu melalui corong radio Hot FM. Kalau dalam kereta takde radio, alamatnya apa jadi kat sekitar pun takkan saya tahu.

Tapi walaupun macam tu, saya memanglah tahu sangat2 yang membaca itu amalan yang sangat baik. Bukan saja dapat tahu hal ehwal semasa, kalau untuk kanak-kanak, ia sangat bagus untuk tatabahasa, pembinaan ayat malah word power juga. Dan sebenarnya sekarang tahap pengetahuan anak-anak saya sangat tindak memberangsangkan apabila diorang ni sibuk mengadap gajet dan bila ada homework yang meminta diorang bina ayat, mula la resah gelisah termenung sambil berfikir. Nak suruh bina ayat penyata pun seksa!!!! Haiyoooooo!!!!!!!! Tu dah parah tu! Mari sini mami tarik telinga!

Sebelum terlambat, saya kena la fikir cara bagaimana nak memupuk anak2 supaya minat membaca.

Nak suruh anak-anak membaca bukan senang. Suruh baca paper lagilah susah. Apa kelassss baca paper? Kecik-kecik dulu saya pun tak suka baca paper.

Jadi,  memandangkan anak-anak ni tengah dalam proses nak besar, kena la jugak cari bahan bacaan yang sesuai dengan keadaan. Saya tau anak-anak perempuan mesti ada perangai gedik dalam diam. Mesti suka baca cerita awek gedik kan????

Baca je tauu... jangan nak menggedik pulak.


sebelum ni Dania dah ada koleksi yang Dear Dumb Diary... skrg yg ni pulak: Dork Diaries

Novel Melayu jangan dilupakan

Biasanya saya akan suruh anak2 saya cerita balik apa yang diorang dah baca. Kalau jalan ceritanya teratur, maknanya diorang paham. Kalau errr... errr...... maknanya tah apa yang diorang baca tah.

Nak memilih novel remaja pun kena pilih-pilih jugak. takut tersalah pilih, nanti lain pulak jadinya.

Bila dah kerap-kerap belikan anak perempuan novel, yang lelaki pun mula panas punggung. Kalau dulu asal ke MPH, diorang akan mintak buku bukan-bukan. Buku sticker, buku dinosaur. Kalau murah lain cerita. Ni mahal nak pengsan tengok harga! Jadi, anak lelaki tak boleh dapat hadiah buku.

Bila dah panas punggung sebab mami tak hadiahkan buku, itu dua boys mula minta dibelikan buku macam yang girls dapat. Bila sendiri dah mintak, barulah boleh belikan. Dan satu pemandangan yang sangat menyenangkan bila anak-anak mula berkepit dengan buku, dan kurang berkepit dengan gajet.

Rumah pun aman damai bila takde jeritan berebut gajet.


 




Rajukku Sampai Ke Kemuncaknya

$
0
0
Assalamualaikum.

Kadang-kadang Whatsapp group sangat buat orang lain tension. Kenapa? Sebab bila ada ahli grup yang suka upload gambar makanan sedap-sedap, barang-barang belian, gambar mesra2an laki bini, mula la kita ni nak banding-bandingkan apa orang lain dapat dengan apa kita tak dapat. 

Bila kawan-kawan mula suka haplod, baru la saya tersedar yang saya antara isteri-isteri yang kurang dapat perhatian hahahahaha. Dah lama dah sedar tapi sebelum ni buat konon-konon faham yg laki kita bizi tapi bila dah hampir hari-hari kita dok makan makanan anak-anak, dan kalau makan luar dengan John asyik pergi kedai mamak depan rumah, mana nak tahan ye tak? Dan paling tak tahan bila nak ajak ke mall punye susah, bila kawan ajak lepak laju aje vrooommmmm.........

So ai merajuk le.

Ai merajuk bawa diri.

Ai pergi Paradigm Mall sorang-sorang.

Breakfast sorang.

makan tak habis :(

Tengok wayang sorang :(
lunch sorang : tak abes jugak :(

Lepas tu saya bawak balik macam-macam.... kalau ini yang boleh membahagiakan, akan ku teruskan hidup sebegini... cewah! Ini semua POYO!!!!! :P



first time try Sephora
Diskaun banyak!

Siap ada subang... uik?? Hahahhaha

Rasanya dah perlu baju baru


Dan kelakar bila dalam banyak2 benda yang saya beli, ada terselit 2 helai t-shirt untuk John. Dalam majuk -majuk, masih ingat kat dia kan? Sebab dah love sangat.... :P

Besoknya rajuk tak habis lagi. 

Saya 'lari' pulak ke IOI Mall. Tengok wayang lagi. Masa tu rasa macam nak terjun je dari tingkat 3. Hahahahaa. Over. 

Lepas tu jumpa pulak cardigan cantik-cantik. Beli lagi. Mahal betul harga stress yang perlu saya bayar, kan?

Bila balik, orang tu minta supaya saya tak majuk lagi. Hehehehehehe. Dia tau saya belum makan. Dia bawak saya makan tapi bukan kat kedai mamak. Jauh sikit, ke Putrajaya. Gheeeeeeeeee.......

Pastu malam, dia ajak ke KL. Buat apa? Dinner la... Gheeeeeeeeeeeeeee................

Bukan senang nak dinner kat KL tau.

Saya dibawa ke Paradise Lodge. Dulu yang saya tau Travel Lodge. Tapi kali terakhir pergi makan kat situ ialah kira2 12 tahun yang lalu. 

Sampai-sampai je hati berbunga2. Ada kolam!






Sorry gambar blur.

Dan saya mula senyum, ketawa.... kembali seperti sediakala.

Sekali sekala merajuk, dapat belajar banyak benda. Dapat explore dunia luar (hahaha) dan dapat makan sedap :)

Dan uols, jangan jadi macam saya. Jangan nak merajuk lebih2. Suami bizi sebab cari rezeki. Kesian John kena tahan perangai saya. Sibbaik bukan jenis kasi penendang. Muehehehehehe. I love u darling. Muah.

P/S: Sebenarnya pasangan kita adalah yang terbaik untuk kita. Tinggal kita je nak kekalkan ia terus jadi terbaik atau sebaliknya. Peace.


Wordless Wednesday (tetiba je)

$
0
0
Assalamualaikum.

Padahal dah banyak entry saya dah banyak words.... hehehhehe






Gugatan Iman

$
0
0
Assalamualaikum.

Sejak hari rajuk sampai ke bulan hari tu, dah mula terasa syookkkkkk pulak jalan2 sambil shopping. Hari ni bawak anak tengok wayang, jalan-jalan kuar masuk kedai, pegi Toys'R'Us,....




Jenjalan dengan gegirls memang seronok. Diorang ni takde kisah nak mintak-minta dibelikan itu ini. Sebab tu dengan senang hati aje saya bawak masuk kedai mainan. Dua2 anak dara saya ni happy bila masuk kedai menan, tak macam yang bobois... muka tension gila bila masuk kedai menan sebab dalam hati nak aje bawak balik apa-apa. Grrrr....... memang kaki pau!

Tapikan, dengan gegirls ni takde masalah nak kena pau. Tapi jiwa sendiri, hati sendiri, napsu sendiri susah pulak nak kawal kebelakangan ni adoiyaiiii....

Mungkin sebab sekarang ni terasa sangat yang saya asyik ulang baju yang sama setiap kali.....

Nak shopping kat depan Giant tu... kedai made in Thailand tu macam takde pilihan2 baru. Asyik2 itu aje yang digantung. Saya ni tak kesahlah sangat walau kedai made in indon ke made in Thailand. Janji saya rasa cantik, saya sambar aje. Saya bukan jenis yang baju Emilio Pucci, seluar Burberry, kasut Ferragamo, tudung Chanel... belum sampai tahap itu sebenarnya. Kita ni bukan jutawan hik hik hik.... saya bawak laptop bag Bandung mari pun orang kata mahal muehehehhe. Kira ok la tu!

OK back to the story...

Hari tu dah beli baju, kelmarin beli baju, hari ni beli lagi selai baju. Macam syok aje shopping sekarang ni. Tak mahal pun. Nichii aje.




Pastu kelam kabut cari duit singgit-singgit buat bayar parking. Tak tau pulak mesin autopay tu tak terima duit syiling. Menyusahkan betul. Tak pasal2 kena beli donut pulak. Huh.

Dan terasa pulak almari kasut dah nak kena operasi pembersihan. Tapi dok teragak-agak bila nak sambar kasut. 'Nantilahhh' aje hati cakap.

Tapi bila tengok iklan Zalora yang hari2 hantar email kat saya..... rasa macam tergugat lagi iman..




OK size saya EU39. Siapa rasa nak hadiah kat saya..... boleh la ye? Hehehehhehe...


Yang Mustahil Tapi Tak Mustahil

$
0
0
Assalamualaikum.

Semalam turn gegirls jenjalan.

Hari ni turn bobois pulak keluar jenjalan. Kesian pulak kat Cik Rai, dia tak ikut semalam dan hari ni. Dan dia tak kisah sebab semalam abang ada teman dan hari ni kakak pulak ada meneman. Mami takmo bawak Cik Rai tengok wayang sebab Cik Rai tak suka bunyi bising dalam panggung. Dia berusaha tutup telinga dari awal sampai habis (sampai lelap).

Semalam tengok movie Mamat Khalid, Hantu Kak Limah 2 yang pada saya sangat merepek-repek. Merepek tu satu hal. Kalau merepek yang menghibur itu ok tapi kalau merepek yang tah apa-apa, tak menghiburkan, itu dah kira membazir wang. Niat nak menyokong filem Melayu tapi yang dihidangkan kat kita macam tu rupa dia.

Untuk hari ni cadangan asal ialah nak tengok Aaron Aziz dalam Kerat 14.  Macam takde pilihan lain, kebanyakan movie yang ada ialah 18SG. Macam mana nak bawak anak? Nasib baik semalam tak beli tiket lagi, pagi tadi dengan hati masih ragu-ragu nak tengok filem Melayu (Aaron Aziz pun tak laku kat mata ai ok), terus menerus menggodek app GSC kat Note ni untuk memilih filem apa nak ditengok nanti. Tetiba nampak lasttt sekali ada filem ni:



The Impossible.

Tak tau apa kisah, lalu saya Google. OK kisah Tsunami 2004. Mesti best! Kenapa semalam saya tak perasan movie ni ek? Lalu saya tengok RATING: PG13. OK bagus.

Filem yang diambil berdasarkan kisah benar sebuah keluarga (suami, isteri dan 3 anak lelaki) yang bercuti ke Thailand untuk sambutan Krismas, akhirnya terpisah semasa gelombang tsunami melanda. Apa yang sangat-sangat mustahil tetapi ia tetap berlaku ialah semua ahli keluarga yang terpisah ni, bersatu kembali. Bermula masa gelombang tsunami melanda, saya dah mula meleleh-lelehkan air mata. Nasib baik beli hotdog, dapat la tisu buat mengelap air mata. Sepanjang cerita (lepas tsunami melanda), memang sedih tak terperi. Sedih kerana banyak benda. Bukan kerana diorg ni terpisah je... tapi masa tengah2 keadaan getir tu, masih ada sifat kemanusiaan yang tidak membenarkan diorang ni untuk pentingkan diri sendiri, bagaimana diorang ni berusaha melakukan kebaikan demi kebahagiaan orang lain, walau diri sendiri tengah serabut. Dan filem ni banyak mengajar kita yang tengah aman damai duduk kat rumah sekarang ni, yang selalu gaduh2 adik badik ni... bagaimana berharganya ikatan kekeluargaan yang sepatutnya kita jaga. Bagaimana takutnya kita bila kita tau yang kita ni sebenarnya kesorangan takde keluarga bersama kita. Emmm.... emmm.... xde apa nak komen lagi.




Pendek kata, Lucas (si anak sulung) yang selalu tak suka layan kerenah adik dia tu mula sedar bahawa dia sebenarnya sayang kat adik2 dia, takmo terpisah lagi, dan betapa indah perasaan bila diorang ni ditemukan semula. Ceh saya mula tokok tambah. Takde dalam filem tapi saya tahu itulah yang Lucas rasa. Dan paling sayu bila sang suami yang berusaha mencari isterinya.... kalau saya yang hilang, siapakah yang akan berusaha mencari saya? Ini tak poyo.... poyokah? Emm sebab bila saya hilang dalam rajuk, takde saper nak cari. :P :P :P

INI ADALAH FILEM TERBAIK UNTUK SAYA TAHUN INI. Harap filem2 bagus akan menyusul lagi nanti. Dan anak saya yang tadika tu kejenya asyik pandang mata mami.....

Habis je layan movie, saya bawak bobois ni pusing2 kompleks. 2 tempat yang buat diorang takmo balik: 

  • Kedai MAC 
  • Toys'R'Us



Seperti yang dijangka, bawak bobois kuar jenjalan tak sesimple bawak gegirls. Bila nak balik mesti ada masalah. Nak beli belah. Puas saya pujuk. Lagipun saya tak mau ajar diorang ni beli belah setiap kali ke kedai menan. Dan akhirnya menan tak beli, terpaksa sogok dengan Kinder Joy. Kalau nak pau cekelat, boleh tak pau yang murah2 je? Kinder Joy yang RM3.80, ada cekelat sikit dan menan pasang siap yang bertahan 5 minit tu yang dia nak. Nak balik punya pasal, pau pun pau la kan. Janji dapat balik.

Dan besok takde jalan-jalan hari Sabtu... sebab besok ada appointment fitting DX. Sang suami nak hadiahkan sang isteri untuk hari jadi. Sweet kan? Inilah dia suami yang tahu kemahuan isteri :- isteri nak cantik, suami pun nak tengok isteri cantik. Bukan tau komplen tapi tak buat apa-apa. 

Semoga ada rezeki besok. Amin.

Dari Allah...

$
0
0
Assalamualaikum.

Bapa mertua saya telah kembali ke rahmatullah pada malam semalam waktu maghrib di hospital pakar KPJ Seremban setelah menahan sakit seharian.

Punca sakit ialah Abdominal aortic aneurysm seperti yang diberitahu doktor. Kalau nak tau apa tu bolehlah google.

Saya merasa sangat kehilangan. Arwah banyak mengajar saya yang jahil ni. Dari begitu jadi begini. Semoga rohnya ditempatkan di tempat yang terbaik di sisiNya.

Kepada yg telah meyampaikan takziah, terima kasih tak terhingga.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Sekadar Mengimbas..

$
0
0
 Assalamualaikum.

Usaha pengkemasan

Sedikit kata-kata...





Apa yg ditulis tu wahai spider?

Singgah sebentar ziarah anak mami

Nisan yang patah tu, atuk yang betulkan balik. Atuk yang catkan balik tulisan.. Nanti mami tukarkan batu baru ye sayang.

 Wassalam....

Motivasi

$
0
0
Assalamualaikum.

Semalam adalah hari yang sangat memberikan saya motivasi untuk terus gigih bekerja dan bekerja. Ramai jugak yang berpendapat bahawa perniagaan MLM adalah perniagaan yang menipu, atau mungkin ada yang fikir MLM ni tak boleh nak buat cari makan, atau mungkin jugak akan ada yang kata orang yang menceburi MLM adalah orang yang tak mahu bekerja keras tapi nak income besar. Angan2 tinggi tapi akhirnya hasil takde? 

Pada pendapat saya, MLM ni sama dengan pekerjaan lain dan perniagaan lain. Kerja tetap kena kerja. Usaha tetap kena usaha. Tapi ia lebih kepada sharing. Kita guna dulu pastu kita share kebaikannya dengan orang lain. Baru la jujur. Dan saya pilih hanya yang terbaik. Saya tak layan money game iaitu MLM yang produk tah apa2 tapi permainan wang jadi keutamaan. Saya promote SNE, saya promote DX dan water treatment K-200 Elken, Elken spirulina, sebab memang saya pengguna. Itu namanya modal permulaan. Kelebihan MLM ialah kita tak payah nak bayar sewa ofis, tak payah nak sediakan flyers, tak payah nak bayar gaji pekerja, tak payah nak ada modal besar berpuluh ribu atau beratus ribu untuk mulakan perniagaan dan bukak opis. Semuanya dah disediakan. 


ini la opis saya.. bila takde tempat nak meeting dan fitting, saya boleh bawa client ke sini. Kopi percuma disediakan.

memang class opis ELKEN ni. Kalau nak belanja client makan mahal, ada restoran Jepun kat sebelah. ELKEN punye jugak :).

Kita cuma perlu ambil peluang, usaha, terima setiap rejections, kitikan, dan bersabar....

Sepertimana saya sendiri....

Keluarkan modal sedikit sebanyak yang boleh, usaha, rajin (maklumlah ni kan bisnes kita sendiri), doa, tawakal juga perlu...

Apa yang penting dalam setiap pekerjaan yang kita buat kita kena komited.

Lepas tu insyaallah akan nampak hasilnya...

SNE bulan ke 2..





+

Product voucher RM500.00

=

RM4,309.26

Dan ELKEN yang bagai melepaskan batuk di tangga (maknanya belum all out usaha lagi. Cuma sambil2 buat SNE tu):


ini hasil sharing kepada 3 orang saja, termasuk sendiri punya purchase. Bayangkan kalau dapat share dengan 10 orang dalam sebulan? Elken ada double manager bonus. Macam tak percaya je saya tengok hehhe


 +

PRODUCT VOUCHER RM1200.00++

=

RM3,914.78++



JUMLAH INCOME MLM BULAN KE 2:

RM 8 , 2 2 4 . 0 4 +

Alhamdulillah. Dalam masa sebulan dua, modal mobile stockist SNE dah pulang balik (bulan lepas dah pulang modal 70%), modal beli DX Twin Set pun dah pulang balik. Ada extra duit joli lagi dalam RM2,569.04.

Sejak aktif SNE dan ELKEN, saya kerap jugak cakap kat John yang saya letih. Bukan letih apa, saya kena komited dengan apa yang saya buat. Hampir hari2 saya keluar ke Poslaju untuk pos pembelian pelanggan, seminggu kira2 tiga kali ke centre untuk top up stok, hadap komputer untuk segala update dari company dan update blog termasuk 'belajar' tentang produk lebih mendalam... tu tak termasuk hal anak2 dan rumahtangga.

Tapi bila tengok hasil daripada kepenatan saya tu, alhamdulillah syukur, bukan setakat ada bisnes sendiri, saya dapat luangkan masa untuk anak-anak saya sepertimana yang John selalu pesan - kalau nak cari duit sendiri, anak2 tetap kena urus sendiri, tak boleh abaikan. Maknanya, tak boleh kerja opis. Jadi, inilah perniagaan yang paling sesuai untuk surirumah macam saya.

Saya bukan nak poyo tau... ini juga satu bentuk motivasi untuk uols semua supaya yakin bahawa rezeki kita tu insyaAllah ada walau melalui MLM. Kena yakin dan usaha. Rebutlah peluang selagi ada. Saya dah buang masa bertahun-tahun. Padahal dah ada jodoh dengan SNE dan ELKEN bertahun-tahun lamanya. Sekarang bila vontot dah membesar baru la nak sibuk aktif kerja. 

Jadi uols tunggu apa lagi? 


Untuk ELKEN:

Bermodalkan RM75 (membership - dpt produk free) dan RM186 (bayaran AEON bulan pertama) atau RM200 (bayaran easy payment CC bulan pertama), dah boleh bina rangkaian perniagaan sendiri. Lepas tu cuma sharing, sharing, sharing. Kebaikan ELKEN ialah, grup yang saling membantu. Kita tak lepaskan downline buat kerja sendiri sorang-sorang. Saya sendiri masih minta tolong MCCM (Million Crown Council Manager) selaku up up upline saya setiap kali ada appointment.


Catherine: up up upline yang sentiasa bantu saya dan layan saya dah 9 tahun hehhehe. Umur dah nak cecah 50 tahun hokey. Pakai DX dah 13 tahun.

Untuk SV2 (Februari), Catherine janji nak tolong saya dapatkan income RM10,000 katanya. Mula-mula saya macam acuh tak acuh aje sebab macam tak yakin. Tapi bila tengok income SV1 yang macam tu padahal baru sharing dengan 3 orang, saya rasa RM10,000 insyaAllah boleh saya usahakan. Yang mana yang dah daftar jadi ahli ELKEN melalui online tu (terima kasih - terperanjat gegirl bila tengok ada nama-nama baru yg daftar diam2 melalui Elken online), uols memang dah mengambil langkah bijak. Jom maju selangkah lagi, kita fitting DX dan mulakan perniagaan ni.

UNTUK SNE:

Modal RM75 beli Excel tea atau SeabuckActiv dah boleh jadi member secara percuma. Pastu sharing dengan kawan2 akan kebaikan SNE. Taja mereka, ajak join membership bila mereka membeli. Nanti network akan berkembang sebab kawan2 tu akan repeat sale dengan kita sebab dah join member. 

Kat internet ada banyak blog yang ceritakan kehebatan SNE. Kita boleh belajar tentang produk kat situ. Jadi setiap kali orang kondem, kita ada jawapan. Bukan jawapan yang direka-reka tetapi fakta.

Hanya kita yang boleh ubah nasib kita sendiri... insyaAllah.

happy customer :). Before and after DX

Anak-Anak Jiboi

$
0
0
Assalamualaikum.

Jom layan gambar ni:













Yang membawa kepada:



"Jom kita kejar ayam.... kita goreng!!!!!!"

Rejection

$
0
0
Assalamualaikum.

Sempena hari Jumaat ni mari kita renung-renungkan satu perkara...

Qiyamuhuu Binafsih

Itu merupakan salah satu daripada sifat-sifat Allah yang bermaksud, "Allah berdiri dengan sendiri, tidak berdiri pada yang lainnya"

Dan manusia, haiwan, tumbuhan malah semua makhluk Allah pula...

Saling bergantung dan memerlukan antara satu dengan yang lainnya. Nak makan ikan kena cari pasar. Orang jual ikan kat pasar pun kena ada supplier ikan. Supplier ikan kena ada nelayan yang tangkap ikan. Ikan pulak kena ada makanan nak hidup dan membesar. Makanan ikan macam rumpai2 pun nak hidup kena ada 'makanan' dia jugak. Pendek kata, kita ni memang saling berkait dan saling memerlukan. Bak kata orang, memang TAKDE di antara kita yang boleh hidup tanpa bergantung kepada yang lain.

Jadi di sini saya nak share sikit al kisaaaahhhhh...

Ye lah, sekarang ni saya kan ORANG EMELEM.... kejar orang jual barang, masuk EMELEM join group EMELEM, pendek kata MLM lah!

Dan biasanya kita suka nak sharing dengan orang2, bermula dengan yang dekat seperti sedara, pastu kawan, pastu baru sedara jauh, kawan jauh dan akhir sekali orang yang kita tak kenal. Bukan semata menjual tapi share sekali peluang yang disediakan oleh syarikat EMELEM ni untuk kita. Dan mcm yg saya pernah tekankan, saya pilih EMELEM yang baik dan kukuh dan benar saja. Yang main2 duit ni harap2 tidaklah. Kan dah pernah terkena dulu sampai ganti duit orang?


pendapatan yang tak mustahil bila kita rajin sharing
Lalu saya yang baru terbuka mata untuk mulakan bisnes EMELEM ni, memulakan langkah yang sepatutnya dengan mengajak kawan-kawan berjumpa untuk cerita bisnes plan. Waaahhhh ajak karok laju je datang, ajak makan free kat rumah, sepantas kilat jugak datang... bila ajak jumpa nak 'cerita-cerita' banyak pulak soal jawabnya. Ini ayat general tau... takde tuju kat saper-saper... nanti ada pulak yg kecik hati keh keh keh.... bukan semua la. Saya cuma nak tuju pada yang sorang aje. Kawan2 lain ramai gak yg menyokong saya. Alhamdulillah. Saya bukan sengaja nak cerita buruk tp harap kita semua dapat ambil iktibar.

Seorang hamba Allah yang tidak berdiri dengan sendiri ni.... setahu saya dia juga perlukan orang lain untuk cari makan. Perlu buat perkara yang sama macam saya buat iaitu sharing dan beri kesedaran. Kalau orang 'beli dan bayar', ada la komisyen untuk dia. Ada la rezeki utk makan. Ada la hasil untuk sekolahkan anak. Ada la lebihan utk dibuat harta. 

Saya cuba set appoinment. 

Last2 dia bagi saya sedass..

"Kalau kau nak promote product kau tu, sorry la aku takde duit nak beli"

Lalu saya jawab,

"Wah kasar tu..."

Dia pulak tambah,

"Bukan kasar tapi aku bgtau awal-awal aku memang takde duit nak beli apa-apa"

Lalu saya menyusun kata-kata...

"Kita sama-sama ada product. Jadi, aku yakin kau tau yang cara kau reject ni kasar."

Dan saya kasi nasi tambah lagi...

"Sebenarnya laki aku tengah cari few quotations utk event dia nanti. Dan sambil tu memang aku nak share satu peluang. Tapi since kau kata macam tu, takpelah maybe next time"

OK mmg company John tengah dapatkan beberapa quotations utk event dia nanti. Sambil-sambil kasi peluang bisnes utk kawan, kita boleh cerita tentang peluang yang lain jugak kan? Bukan apa, bila berurusan dengan kawan, kita senang nak cerita. Tapi tak sangka kawan sendiri kemain timing dengan saya. Dulu masa ajak join grup kutu, kemain manis mulut budi bicara. Bila saya rugi tak dapat duit kutu takde sikit pun saya salahkan dia, takde pulak saya mintak dia bayar kerugian saya, walaupun ibu kutu kata DIA DAH AMBIKKAN DUIT KUTU SAYA TU. Berkali-kali ibu kutu kontek saya bgtau dia dah bayar sebab cik kak tu beriya mintakkan bagi pihak saya kononnya. Ibu kutu sempat kata cikkak itu gitu gini tapi saya tak berapa layan. Dalam hati biarlah semua ni Allah yang adili. Saya takde bukti, takde saksi, jadi saya biarkan ajelah duit kutu tu. Lepas ni memang takmo main kutu dah.

Berbalik pada cerita asal...

Pastu dia minta mahap. Terus bernada lembut smsnya.. tapi mahap jugak dari saya, kalau ada peluang lain mungkin dia tak masuk senarai saya. Saya sangat2 mintak mahap.

Pengajaran dari cerita di atas....

Saya tak paksa orang utk join EMELEM saya ni... saya sendiri pun pernah reject2 orang tapi dengan cara yang berhemah. Tak pernah lagi saya kata "Tak main la INSURANS", atau "SAYA ANTI MLM" atau tunjuk sign 'talk to my hand' sambil berkata "SORRY LA SAYA TAKDE MASA NAK LAYAN" dan yang sewaktu dengannya sehingga menimbulkan perasaan kurang senang orang yang di pihak sana. Nak reject orang kat shopping complex pun harus dengan senyuman...., "No, thank you" atau "Maybe next time".

Hidupkan macam roda. Kejap atas kejap kat bawah. Manalah tau, tetiba suatu hari nanti kita sendiri yang mencari balik apa yang kita tolak dulu. Lagipun disebabkan kita saling memerlukan, kita kena la beragak-agak sikit kalau nak buat apa-apa statement. Setahu saya cik kak ni pernah melukakan hati seorang kawan saya dengan berkata "Tak main la *ns***s ni. Aku ni semua kerajaan tanggung". Dan sekarang kita lihat, apa kerja dia sekarang? Bukan jual *ns***s jugak? Dan kawan yang terluka hatinya tu, sekarang ada satu rangkaian besar hasil usaha gigih dia sendiri. Siap ke HK dengan saya dan dia antara penjoli terbesar kat HK masa tu. Saya juga salah seorang client beliau dan saya sangat respek beliau sebab kawan saya ni seorang yang sangat supportive. Sambil dia jual, sambil dia beli. Dia memang menyokong bisnes kawan2 jugak, sebab tu kawan2 suka menyokong usaha dia.

Dalam hidup kena sentiasa beringat. Bila banyak melukakan hati orang, silap2 nanti kita pulak terluka.

Harap kita dapat ambil iktibar.

Dan terima kasih kepada akak-akak adik2 yang berbahasa manis dengan saya.... rejection tak menjadi satu masalah bila kita tolak secara lembut dan persahabatan akan dapat terus dikekalkan.

 



 


Air Yang Jernih Jangan Disangka...

$
0
0
Assalamualaikum.

Khamis lepas, saya ada janji dengan biras kat opis dia.... biasa la bila saya yang memandu, adaaaaa aje problemnya. Sebenarnya dah sampai ke destinasi tetapi saya tak nampak mana satu bangunan opis dia. Kes salah bagi direction. Akhirnya biras saya 'jemput' saya kat mana saya tercongok tu (dekat je... simpang sebelah) dan terus drive saya ke rumah dia sebab dia terpaksa hantar homework anak. Dan upupupline saya Catherine dan suami ikut belakang..

Biras saya ni baru beli kereta. Dah ada lesen bertahun tapi baru ni dapat memandu (macam saya dulu -  tak drive sebab takde kereta hehehe) sebab tak berapa kondifen. Tapi hari tu ok la dapat naik kereta yang dia drive. Walau ada seram sejuk sikit, bila kita tunjuk yang kita kondifen duduk sebelah, driver pun otomatik jadi kondifen. Saya tak komplen pasal cara pemanduan sebab kalau kita komen dan komplen nanti dia jadi demotivated. Biarkan dia sendiri membina rasa yakin dalam diri. Ingat ye uolls, jangan banyak komplen bila naik kereta orang, nanti kena tinggal kat tengah jalan.

Sampai aje rumah dia, tujuan utama berjumpa tu ialah nak fitting cik puan Biras ni. Cik Puan Biras pernah beli DX dari saya dulu tapi katanya kakak dia yang pakai sampai slim. Jadi sekarang dia berazam nak mengeshape badannya sebab skrg ni dah makin tua.. 

Tetapi apa yang berlaku, kami borak2 dulu dengan maktok. Borak punye borak terkeluar la cerita air...

Dan upupupline saya terus minta izin nak test air dalam rumah...


ada 3 gelas berisi air paip, air Am**y dan air Bio Pure Elken

Maka setiap satu air dalam gelas akan diuji dengan TDS meter.













Ambil petikan C.P Shin, "Kalau masin ada rasa, manis ada rasa tetapi logam berat tiada rasa.."

Dan masih ingat kata-kata beliau "Tiada mesin di dunia yang sangat bijak boleh mengasingkan mineral baik dan mineral jahat".

Lepas uolls tengok video, uolls tengok gambar bawah ni pulak sebab video tu tak habis, memory fon xcukup hehehe..





Dapat perbezaan antara 3 gelas air? Yang air paip dan air Am**y sama aje keladak. Timbul logam-logam yang tak sepatutnya kita telan tu kat permukaan. Sedangkan air Bio Pure masih kekal jernih sebab tiada tindak balas elektrik berlaku kerana tiada logam berat kat dalam air.

OK meh citer sikit...

Saya dah pakai mesin RO Bio Pure hampir 4 tahun. Dah ada kesedaran bertahun2 lamanya cuma tak ambil berat. Sebelum ni saya guna mesin brand Katadyn yang boleh bayar ansur-ansur tetapi kebanyakan mesin mcm ni tiada sistem backwash. Maknanya segala mendapan kat filter akan kekal di filter sehingga ia diganti dan ditukar. Penapis juga tak berapa halus. Virus dan bakteria tak tentu dapat disingkirkan. Dan setelah bertahun2, dah macam tak kondifen nak minum air yang tak berganti filternya selama bertahun, kitorang buang la filter tu masa tengah nak renovate dapur. Bikin semak la kononnya.

Pada suatu hari, masa tu saya tengah pregnant Cik Rai. Saya dan anak2 semuanya cirit birit kecuali John (sebab dia bukan ada kat rumah pun kan). Bila pergi klinik, doktor kata ramai orang kat kawasan situ yang kena cirit birit sebab tangki besar tengah dalam proses pembersihan. Uih mcm mana saya tak sedar air kotor sedangkan orang lain kata air sangat keruh? Rupanya kat luar rumah saya ada filter besar yang menapis air sebelum masuk ke rumah. Jadi air yg dibekalkan ke dalam rumah memang la jernih tapi dicemari bakteria dan segala benda asing yang merbahaya.

Balik dari klinik, John cakap kat saya... "Call Catherine, suruh dia pasang Bio Pure kat rumah kita". Dah terkena baru nak bertindak. Nasib baik baru cirit birit. Kalau sakit lagi parah??? Sempat ke nak merawat? Uih mintak jauh laaahhh.... Sebab BIO PURE berpenapis sangat halus iaitu bersize 0.0001 micron (sehingga memerlukan waterpump utk mengepam molekul air - sebab tu kena pakai elektrik) , serta bersistem backwash, ia memang pilihan saya no 1.

Dan sejak hari itu dengan izin Allah saya dan keluarga terlindung oleh mesin Bio Pure dan terhindar dari penyakit bawaan air.

Siapa yang dah pakai mesin Bio Pure, syabas kerana telah bertindak bijak dengan memberi yang terbaik kepada keluarga. Kalau yang belum tu.... jangan tunggu lama2. Memang sekarang kita rasa kita sihat, "tok nenek kita minum air paip masih umur panjang". Ye saya pun minum air paip togok2 je kat paip tu dulu. Tapi dulu lain sekarang lain ye deknon. Skrg pencemaran alam dah tahap kritikal. Dan apakah yang memproses segala bendasing dalam air supaya badan kita nampak macam sihat? BUAH PINGGANG. Dan bila buah pinggang bekerja terlalu keras sebab nak proses bahan2 berat ni, lama2 bunh pinggang pun sakit..... harap dapatlah kita elak musibah2 ni semua ye...

Ada banyak mesin air kat pasaran kenapa saya kata Bio Pure terbaik? 

1. Ia menghasilkan air tulen H2O saja.

2. Ia diperakui dan dijamin dengan Mohor Emas S-300 WQA. Dalam dunia cuma ada 4 syarikat yang mendapat pensijilan ini. Macam mana dan dari segi apa Bio Pure boleh dapat sijil ni? 
  • pengurangan bahan cemar
  • kesempurnaan struktur
  • keselamatan bahan
3. Satu-satunya jenama penenang anugerah untuk kualiti, reputasi dan inovasi.
  • Memang ada mesin RO lain dalam pasaran tapi kualiti yang kurang baik, filter mudah pecah, penggunaan bahan tangki air yang tidak selamat, mudah rosak.
 4. Rangkaian servis dan sokongan TERBESAR di rantau Asia Tenggara.
  • Lebih drp 150 juruteknik professional
  • 14 pusat servis
  • 100% jaminan alat ganti asli
  • Lebih 150 kenderaan perkhidmatan
  • 24-jam perkhidmatan pemulihan
Oleh itu, bukan menjadi masalah kalau nak ganti filter atau servis setahun sekali tu. Pihak Elken servis akan call ingatkan kita. Sebab itulah saya INGATKAN di sini, kalau nak beli brg mahal2 ELKEN, sila daftar diri jadi ahli. Bukan mahal sangat, RM75 je. Dapat produk free pulak tu. Kenapa kena jadi ahli?

1. Dapat rebat balik (kalau ambik installment dah kira bayaran bulan pertama)

2.  Bila cukup time, pihak ELKEN akan call kita untuk servis. Kalau tak jadi ahli, Elken akan call org yg jual kat kita tapi kalau dia tak peduli, mesin kita akan tidak memberi hasil air yang baik sebab dah tak diservis pada waktu yg sepatutnya.

3. Bila kita rekemen kat kawan atau sedara, kita layak menikmati faedah yang disediakan untuk ahli.

4. Ada banyak lagi produk Elken yang bagus2... kebanyakannya adalah diperakui dan menerima banyak anugerah.


CP Shin ialah pakar air bertauliah dan beliau ialah upupupline saya

ada backwash sistem yang membantu menyingkir bahan cemar dari permukaan membran RO bagi memanjangkan tempoh hayat, memastikan membran RO sentiasa mencapat prestasi penulenan yang optimum, mencegah pencemaran semua air yg telah dirawat

 p/s: Kalau uolls kata saya asik citer pasal Elken... ha ah memangpun sebab SNE dah tak tau nak cerita apa dah.... segala kebaikan dah diterangkan kat blog ini dan blog satu lagi. Peace....

Eh Lupa... 

Ada 3 jenis mesin. Yang suam saja, suam dan panas dan suam, panas, sejuk. Installment serendah RM105 sebulan. Kalau nak uji dan demo air kat rumah uolls boleh call saya 0186676734 utk appointment ye.

Mekasih. :)



Viewing all 514 articles
Browse latest View live




Latest Images

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC