Assalamualaikum.
Let's not to blame "Who took over Whose business." It's only because people are more adjustable and adaptable to new ideas and changes in the world.
Someone asks Jack Ma, "What is your secret for sucess?" He says, "Really simple...I am doing (action) while you're only watching."
Please remember that the world keeps changing every day. If you don't change, you'll be left behind. You reap what you sow with your time. If you spend time to drink, you may become an alcoholic. If you spend time to complain, you may become a blamer. If you spend time to beautify yourself, you may become a pretty girl/handsome guy. If you spend time to stay healthy, you may enjoy a healthy good life. If you spend time to be picky, you may become a 'mean' person. If you spend time to learn, you may gain wisdom. If you spend time with your family, you may foster a warm and loving relationship with your loved ones.
Pass this message on to those you care!
Dalam hidup kita ni kan, lebih2 lagi bila ada FB dan sosial media yang lain tu, kita banyak baca orang2 share tentang macam2 perkara. Ada yg share tentang resepi, dah takyah nak call mak atau nenek mintak resepi dah... ada yg share cara mekap... dah takyah ambik kursus mekap dah. Dan terbaru, viral tentang Dato Terlajak Laris kongsikan cara mereka didik anak. Antaranya, makan atas lantai, bawak bekal ke sekolah, bawak duit RM2 aje untuk beli aiskrim dan tidak bagi gajet kepada anak-anak.
Tiada issue tentang cara beliau mendidik anak cuma persoalan saya bila semua orang dok pakat share kat fb ialah: 'Berapa umur anak-anak beliau?'
Lepas tu, saya ada terbaca pulak suatu kisah yang membabitkan gajet dan anak-anak. Seorang trainer kata 'ibu bapa yang kasi anak gajet tidak layak menjadi ibu bapa yang baik'. Yg ni sangat ada issue. Saya tak setuju. Trainer bersikap umum, melabel 'SEMUA' ibu bapa tak layak jadi ibu bapa bila kasi gajet kat anak. Kitab mana dia belajar? Sebenarnya dia yang belum layak jadi trainer bila menggunakan ayat dan perkataan tanpa ada diplomasi. Sentap mak bapak.
OK, bila dah asyik viral aje pasal citer gajet dan anak ni, pasti ada ibu bapa yang cuba nak ubah cara mereka dalam membesarkan anak, dengan harapan anak jadi cemerlang dalam pelajaran mahupun keperibadian. Namun begitu, ibu atau bapa ni LUPA kot bahawa kita ni sedang dealing dengan nyawa manusia yang ada perasaan, emosi, keinginan, kemahuan, dan hidup dalam persekitaran begini begitu, ada sedara mara, ada sepupu sepapat, ada rakan sebaya dan sebagainya.
Adakah mungkin untuk saya sebagai ibu (dan abang John sebagai bapa kena turut aje sebab malas bising-bising) rampas semua gajet anak saya (anak saya nak masuk 6, 9, 12, 13 dan 15), pastikan diorang akur dengan semua jadual yang saya tetapkan, tengok tv bila saya suruh aje, dan banyakkan baca buku dan buat homework. Makan makanan yg saya masak saja sebab makanan kat luar banyak MSG dan perasa. Nak main? Gi buat bangunan pakai lego atau hari2 gi main Monopoli atau Scrabble. Kalau saya dipaksa untuk berbuat begini terhadap anak saya, saya takkan izinkan anak saya gi main dengan kawan-kawan tiap petang sebab nanti kawan tunjuk gajet diorang, tunjuk game terbaru kat Apps Store dan takkan izinkan diorg bercampur dengan sepupu lama-lama atas sebab yang sama.
Susah jugak kan? Tapi tak mustahil beb...... anak saya, sukahati saya la nak bentuk macam mana kan? Mami dah kata tak boleh, tak boleh lah... ikut kata mami kalau nak berjaya dalam hidup dan nak masuk syurga.
Hebat betul perancangan yang kita rasa kita mampu lakukan, demi melihat anak-anak berjaya seperti yang kita mahukan. Ada tanya perasaan anak? Ada tanya kemahuan anak? Alah, cakap aje la ini semua adalah demi masa depan... "Suatu hari nanti korang akan berterima kasih dengan mami".
Tiba-tiba....
Si ibu jatuh sakit, maklumlah terlalu stress dalam besarkan anak, nak anak jadi cemerlang, bangga kalau anak cemerlang kan? Tak suka lah bila orang kata kita bukan ibu bapa yang baik...!!!
Dah jatuh sakit, masuk hospital seminggu... si ayah sibuk ulang alik hospital, sibuk jugak urus anak kat rumah, lalu si ayah halalkan kembali penggunaan gajet, halalkan kembali Astro.. lalu si ibu geram, seminggu masuk hospital, habis semua benda yang dia dah usahakan!!!
Sebenarnya si ibu lupa, hebat mana pun perancangan kita kat dunia ni, maha hebat lagi perancangan Allah swt. Allah swt 'usik' sikit aje, habis semua benda boleh bertukar. Kita kadang2 merancang tanpa fikir depan belakang kiri kanan. Janganlah terlalu pentingkan diri kita, pentingkan kemahuan kita sebagai ibu, pentingkan apa orang akan berkata. Pedulikkan! Nak merancang tu boleh, biarlah berbincang dengan pasangan, tanya pendapat anak sekali. Yang umur bawah 7 tahun tu boleh la nak atur itu ini. Nanti dah masuk Tahun 1 mereka dah mula mengeluarkan pendapat sendiri. Mereka dah mula bercampur dengan rakan sebaya kat sekolah, mereka belajar ilmu daripada guru kat sekolah, mereka mula belajar urus wang belanja kat kantin dan kat pakcik aiskrim luar sekolah. Otak mereka akan semakin berkembang dan sikap ingin tahu akan mula meningkat. Bila kita simpan duit raya diorang pun, diorang akan tanya kenapa tak boleh pegang sendiri? "Kenapa mesti simpan?""Orang kasi diorg duit raya kat saya tapi kenapa mama kena simpan?""Itukan saya punya?"
Sesak nafas nak menjawab terutamanya bila diorang sebut 'hak'.
Bila dah terlalu sangat kita sebagai ibu mengawal semua, saya rasa anak boleh mula tunjuk sikap memberontak. Syukurlah kalau anak memang sentiasa patuh dan akur dengan semua 'undang-undang' kita tapi bila nanti dah jauh daripada kita adakah mereka akan terus patuh kepada undang-undang kita apa lagi bila dah bergaul dengan kawan-kwan yang happening?
Bukan senang nak jadi ibu bapa, kan?
Kalau saya sendiri, saya dan abang John sangat berdiplomasi dalam menguruskan hal anak-anak. Memang anak saya ada smartphone masing-masing. Memang kadang-kadang anak saya lalai dengan gajet sampai lupa itu ini. Tapi inilah cabaran sebenar dalam realiti kita zaman moden ni, bagaimana kita menangani perkara tersebut adalah lebih penting. Kami terus-terusan mengajar 'bagaimana nak uruskan smartphone', 'bagaimana menguruskan pengaruh rakan sebaya', 'bagaimana menguruskan kerja kat rumah untuk tolong ibu bapa', bagaimana nak uruskan homework sekolah yang melambak' dan paling penting 'solat jangan tinggal'. Mengajar 'menguruskan hal' adalah lebih baik daripada 'menyekat semua hal'. Hal-hal duniawi mungkin saya setakat bebel2 tapi kalau tak solat, rotan jawabnya.
Solatlah yang paling utama yang kita kena bersikap keras. Kalau kita latih dan paksa anak supaya jaga solat, latihan dan paksaan ini berterusan selagi hayat ibu bapa dikandung badan - nanti paksaan jadi latihan - latihan jadi rutin - rutin jadi ikhlas bila dah faham kenapa wajib solat. Keperibadian anak insyaAllah akan terbentuk baik. Ia ibarat makanan ruji. Hari2 kena makan nasi. Selebihnya hal duniawi lain2 ibarat lauk penyedap lidah penambat selera. Makanan ruji kita iaitu 'nasi' rasa dia memang tawar. Dan suruh anak solat pun memang macam nak suruh makan nasi tanpa lauk. Tapi bila dah besar nanti, "Setiap kali nak makan mesti cari nasi""Lauk telur je pun takpe janji ada nasi". "Lauk banyak sangat cepat muak".
OKlah, saya bukan nak bidas sesapa, bak kata orang, "anak aku bukan anak engkau". Tapi kita hidup dalam masyarakat, saling bergantung satu sama lain. Dan Allahlah yg maha hebat merancang. Jangan lupa, teknologi juga adalah rancangan dan aturan Allah swt!
Mari kita baca ini dan renungkan:
Jack Ma says, "Please tell your children that the world is changing every day and no one is going to wait for you in the past. When lighter was invented, matches slowly disappeared. When calculator was created, abacus was to fade away. When digital camera was designed, the market of negative film no longer existed. When direct market selling/internet-based selling arises, traditional marketing declines. When smartphone with 4G (wireless internet access) was introduced to the world, you no longer need to turn on your computer at home. When WeChat and WhatsApp (mobile text/voice/video messaging) are developed, traditional text messaging is no longer as popular as before.
Let's not to blame "Who took over Whose business." It's only because people are more adjustable and adaptable to new ideas and changes in the world.
Someone asks Jack Ma, "What is your secret for sucess?" He says, "Really simple...I am doing (action) while you're only watching."
Please remember that the world keeps changing every day. If you don't change, you'll be left behind. You reap what you sow with your time. If you spend time to drink, you may become an alcoholic. If you spend time to complain, you may become a blamer. If you spend time to beautify yourself, you may become a pretty girl/handsome guy. If you spend time to stay healthy, you may enjoy a healthy good life. If you spend time to be picky, you may become a 'mean' person. If you spend time to learn, you may gain wisdom. If you spend time with your family, you may foster a warm and loving relationship with your loved ones.
Pass this message on to those you care!