Assalamualaikum.
Masa saya beli eyelet ring kat Kamdar, saya juga dapat satu plastik yg berisi 'sesuatu' yang saya tak kenal. Nak google tak tau apa namanya. Jadi saya abaikan aje 'sesuatu' tersebut.
![]() |
ini la 'sesuatu' yang saya tak kenal tu |
Lepas dah siap langsir, dah gantung, saya tengok macam ada kurang aje kat bentuk langsir tu. Tak berapa lawa macam yang saya tengok kat gambar.
Kali ke 2 saya ke Kamdar untuk beli kain langsir RM8/semeter (ni dah jimat habis dah ni) dan beli eyelet ring kaler bronze utk langsir bilik saya pulak, saya sempat tanyakan kepada pembantu kat Kamdar tu. Apa fungsi 'sesuatu' tu? Katanya, ia digunakan untuk buat pleat di langsir. Pastu dia tunjukkan sedikit cara mencantumkan antara dua 'sesuatu' tu. Tak berapa paham tapi paling tidak saya dapat la ideanya. Belek2 eyelet ring terus la sel-sel otak saya berhubung dengan jayanya.
Bawak balik semua brg yg dibeli ke rumah baru, sementara abang John pasang wallpaper kat dinding kat ruang makan yg dah berlangsir tu (kena la turunkan langsir yg dah gantung tu), saya ambik kesempatan pasang benda 'sesuatu' tu. Tapi kena bukak, pasang balik eyelet ring semuanya.
Bila dah pasang, hasilnya wallaaaaaa........ baru betulllll...........
![]() |
dah pasang wallpaper (sori tak jelas coraknya), dah gantung balik langsir. Tinggal sheer curtain. Tengah fikir nak sheer curtain kaler putih atau hitam? |
![]() |
ni jelas sikit kot |
Ok di sini saya nak tunjuk sekali lalu cemana nak guna benda sesuatu tu.
Tapi sebelum itu saya nak bagitau bahawa ralatnya saya yang ukuran untuk letak eyelet ring kat
tutorial sekali lalu eyelet curtain saya tidak begitu best hasilnya. Kurang kemas. Cara yg saya ambil dari Youtube, omputih punya cara, sama sekali jauh beza dengan Msia punya eyelet curtain. Jadi, masa kat Kamdar hari tu saya sempat cek, belek dan belajar melalui pemerhatian tentang ukuran dan kedudukan nak letak eyelet ring kat langsir.
Untuk langsir bilik tidur saya yang kaler perang gelap ni, saya cuma ambik jarak dari atas langsir sebanyak 1/2 inci saja. Dari tepi pun tak berapa lebar. Senang nak buat ukuran jarak antara 2 eyelet. Dan lebih mudah nak bajet labuh langsir. Hanya 1/2 inci larinya.
OK jom start tutorial:
1. Bukak eyelet ring dan lekatkan plastik sesuatu tu mcm dalam gambar.
2. Setiap satu eyelet ring memerlukan 1 plastik tu. Kalau satu keping langsir ada 8 eyelet, maka 8 lah plastik sesuatu tu diperlukan. Tapi cara pemasangan seperti gambar di bawah. Ada pasangan. Jangan letak kiri kanan pulak ye. 1 untuk 1.
3. Setel pasang kat semua eyelet ring? Kini masanya mencantum kedua-dua plastik. Ikut cara di bawah. Kena buat dua2 belah tau.
![]() |
ni sebelah |
![]() |
ni sebelah lagi. Nanti jadi la macam ni |
![]() |
Untuk langsir ni, saya jarakkan 7 1/2 inci antara 2 eyelet (ukur dr tengah eyelet) |
4. Jadi, bila dah cantum, langsir tu akan dapat curve yg cantik macam gambar bawah.
5. Tapi kan, malang sungguh. Masa beli eyelet silver mula2 tu saya dapat plastik sesuatu tu. 2 kotak 2 plastik la. Tapi masa beli yg brown saya kumbah2 kotak tu xde pulak diorang kasi benda tu. Frust betul. Sakit hati pun ada. Harga sama je RM0.80 satu. Tapi jangan risau, benda tu ada dijual di kedai2 alat jahitan yg ada jual peralatan menjahit langsir. Kebetulan di rumah baru saya di seksyen sebelah ada kedai alat jahitan yg jual benda tu. Harganya RM0.30 sebatang. Adoiyai... mahal jugak. Tapi semangat punya pasal kan....... beli la jugak.
![]() |
lain sikit rupa dia tapi fungsi sama |
![]() |
'telinga' tepi tu saya kerat sebab tak fit kat eyelet ring saya. Kerat ajelah takde masalah pun |
Haaa... inilah hasil eyelet curtain saya, untuk bilik tidur. Lawa kat mata saya. Kena dengan dinding kaler coklat. Masalahnya ialah rod langsir yang installer pasang tak cukup panjang dihujungnya, bila letak langsir dia jadi berat dan hampir boleh menyebabkan ia roboh bila diusik. Memang ada kurang 1 inci je dari pemegangnya. Jadi, saya kena la cari skru kecik dan pendek (yg installer tak sertakan) untuk skru kat bawah pemegang rod tu supaya rod tak bergerak. Dah la gitu, tak masuk akal sungguh bila rod kayu lebih pendek daripada rail utk sheer curtain. Dah jenuh hakak nak ejas supaya sheer curtain kat hujung dapat disembunyikan belakang langsir coklat tu. Hummppphhhhhhh..... tunggu masa untuk tukar rod baru aje nampaknya ni.
![]()
Kesemua 6 keping langsir dah siap sepenuhnya. Puas hati dengan hasil tangan sendiri sampai sakit2 pinggang jadinya. Lepas ni nak kena fikir langsir ruang tamu dan sheer curtainnya. Pastu nak jahit baju sekolah. Nak beli macam sakit hati tengok harga. Dah macam nak beli baju raya. Baju raya pakai sekali sekala aje. Yg ni pakai hari2, kena la beli lebih2. 5 anak nak ke sekolah tahun 2016, pindah rumah lagi... memang kopak la. Tang mana barang turun harga pun aku tak tau. Dah habis berjimat dah ni.
Oleh itu wahai pembaca semua, korang belajar la menjahit. Belajar jahit langsir, belajar jahit baju kurung, belajar jahit kusyen, jahit seluar tidur. Banyak boleh jimat.
Adios. Wassalam.