Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all 514 articles
Browse latest View live

Jom Buat Kimchi

$
0
0
Assalamualaikum.

Sejak pindah rumah saya ada masalah pencernaan. Serius jugak nampaknya. Bila ada masalah pencernaan, kita akan jarang ke jamban. Puas jugak minum air RO bergelen tapi tidak mendatangkan perubahan. Saya tukar diet saya, saya makan pisang, makan oat, malah jamu yang saya makan tidak berhasil memberikan hasil yang diharapkan. Apa la masalah saya agaknya?

Hujung minggu lepas saya diberi nikmat yang saya kehendaki tapi terlebih pulak. 2 hari berturut2 saya kuar masuk 'bank' sampai lembik dibuatnya. Nak kata keracunan, saya tidak sakit perut, saya tidak muntah. Entahlah... cuma hati2 apabila panjatkan doa atau berhajat lain kali ye. Mungkin sebab terlebih makan jeruk Pak Ali... kandungan dalam jeruk adalah cuka epal yang sangat 'berkuasa' kat perut saya. Takpelah janji bukan keracunan.Penutup utk ini ialah saya blend 'susu+pisang+yogurt' dan minum. Baru ok.

Disebabkan masalah ini jugalah, saya terdetik untuk buat kimchi. Masa ke Korea pada Januari 2014 trip bersama Elken, pemandu pelancong kami iaitu seorang Korea memang banyak cerita dia. Antara cerita beliau - Kenapa orang Korea tak ramai yang obes? Jawapannya ialah mereka makan KIMCHI hari-hari. Kimchi ni adalah makanan wajib orang Korea, wajib ada atas meja makan setiap kali. Ia macam makanan yang ditapai yang bagus untuk pencernaan. Maknanya ada kandungan enzim dan bakteria baik yang membantu dalam sistem pencernaan manusia. Ia juga merupakan jawapan kenapa kebanyakan mereka berkulit bersih. 

Kat Malaysia ni sebenarnya ada aje makanan jenis tapai ni seperti cencaluk dan budu. Tapi kita tak reti makan la... dua2 makanan tempatan ni bagus jugak untuk perut sebenarnya. Patutlah org Kelantan comel2 belaka.

OK meh kita tengok cara nak buat kimchi. Susah sangat ke? Dulu ke Korea ada pergi kelas buat Kimchi. Maka adalah ilmu sikit2 yg saya dapat daripada sana.

Yang penting sekali, kena ada SARUNG TANGAN PLASTIK. Kalau takde, sila guna plastik tapau makanan, macam saya buat. 




Bahan yang diperlukan:

Kobis panjang size besar dalam 1/2 biji
Epal merah 2 biji
Lobak merah 1/2 biji
Daun bawang
Sos ikan 3 - 4 sudu besar
Garam untuk melumur
Madu atau gula ikut selera
Serbuk cili 1 sudu besar
Halia 1 1/2 inci 
Bawang putih dalam 5 ulas
Sedikit air RO



Bersihkan kobis sehelai demi sehelai. Saya guna Bio Safe aje. Mati semua kuman. Pastu lumur setiap helaian depan belakang dengan garam. Simpan helaian kobis kat dalam bekas bertutup dan perap dalam peti sejuk paling kurang 4 jam.




Kobis yang telah diperap tu, basuh lagi dan buang air berlebihan. Potong kecik macam gambar. Kalau masa saya belajar buat Kimchi dulu, diorang tak suruh potong. Selai2 besar2 tu la yang kami akan lumur sos.

ni kat Korea, kelas buat Kimchi. Tak tau berapa lama dia perap dengan garam. nampak dah layu sangat dah tu

Pastu boleh sediakan bahan lain seperti lobak merah dipotong nipis, epal 1 biji potong nipis jugak dan daun bawang hiris dalam 2cm.




Sediakan sos dia:

Blendkan bawang putih, epal 1 biji lagi tu, sos ikan, halia, madu/gula dan serbuk cili. Kalau nak tambah sikit air boleh je. Kalau nak pekat macam gambar atas ni, tak perlu la air.




Bahan hirisan tadi, kobis yg telah dipotong dan sos digaul semuanya bersama.





Rasa la sikit. Kalau nak masin, tambah garam atau sos ikan. Kalau nak manis lagi tambahlah gula atau madu. Tapi orang Korea lebih suka manis semulajadi daripada epal tu.




Dah siap semua digaul? Simpan la kimchi yang dah siap ni ke dalam bekas bertutup. Saya gi beli bekas kat kedai, dapat la 3 bekas kecil. Simpan dalam peti sejuk, bila nak makan ambik la sikit. Kimchi ni tahan lama. Nak ajar anak2 makan supaya perut diorang sihat. Anak2 saya tak suka sayur tapi dah selalu2 saya ceramah pasal kebaikan sayur dan keburukan tak makan sayur, sekarang diorang dah mula nak paksa diri makan sayur pelan-pelan. 

OK nanti boleh la try. Ada respi yg letak bawang merah tapi saya takmo letak. Resepi org Korea takde pulak bawang merah. OKLAH bai. Wassalam.

Menu Jaga Badan - Sup Kimchi

$
0
0
Assalamualaikum.

Tak sabar-sabar nak makan kimchi! Baru semalam buat kimchi, patutnya peraplah lama sikit baru bedal. Tapi saya tak sabar-sabar nak makan dan 'melihat' hasilnya terhadap usaha saya untuk berdiet secara sihat.

Sejak lahirkan Cik Rai 6 tahun yang lalu, berat saya tak pernah melebihi 55kg. Biasanya 53kg ajelah, kalau gemuk sikit dia jadi 54kg. Paling terukpun 54.5kg. Tapi sejak tahun lepas, berat saya naik mendadak hampir ke 60kg. Semuanya bermula sejak saya diserang allergic, alah pada kucing, habuk, malah pada peluh sendiri! Dan ia berlaku bila saya salah makan supplement. Konon2 nak kulit cantik, saya makan vitamin E dalam bentuk softgel yang sebenarnya sangat tak sesuai untuk saya. Kalau ada masa uols google la pasal kesan vitamin E yang boleh menyebabkan allergic ni ok. Dan bagaimana sistem badan menghasilkan 'gelegata' hanya kerana ia sangka badan sedang diserang anasir jahat. 

Softgel pertama yang saya telan menyebabkan seluruh badan saya (terutama yang berpeluh) naik macam 'gelegata' org tua cakap. Sistem badan saya tidak dapat menerima vitamin E sebagai pencantik kulit, sebaliknya ia sangka vitamin E tu adalah anasir jahat bagi diri saya. Dan sejak tu saya akan mengalami reaksi alahan yang sama terhadap habuk, karpet, kucing malah sofa saya sendiri (tu yg selalu kena lap dengan dettol), dan baju serta tudung kain chiffon juga memberi kesan allergic. Apabila menjelang malam, gelegata ni wajib akan menyerang tanpa belas kasihan. Sejak itu juga saya bergantung kepada ubat allergic yg ditelan setiap hari dan saya tidak lagi boleh memakai DX Elken (body shaping lingerie) saya sebab peluh buat saya gatal. Inilah punca saya jadi gemuk. Bila tak pakai korset, saya makan tak kontrol, pinggang jadi macam muffin top, shape lari, berat naik, dan kalau setakat gemuk sihat takpe jugak. Gemuk yang saya alami buatkan saya mudah letih, lesu dan akhirnya sistem pencernaan saya tidak sihat. Mungkin kerana kesan ubat yang saya ambil setiap hari? Entahlah tak tahu.

Melepasi umur 40, saya rasa saya dah mcm tua sangat. Asyik sakit, migraine, sakit bahu, sembelit, lenguh2, kebas2. Supplement yang saya ambil tak begitu membantu. Mungkin kerana sistem pencernaan yang tak baik maka penyerapan vitamin pun jadi tak bagus. Tapi alhamdulillah, sejak berpindah saya dah jarang kena allergic. Cuma masalah yg satu tu je belum setel.

Semalam, dengan resepi kimchi ala Melayu yang saya buat memberi saya satu harapan baru agar  kesihatan saya lebih membaik. Kenapa kimchi ala Melayu? sebab kimchi ori dari Korea guna 'porridge' sebagai pemekat pes cili dan cili yang diguna lebih banyak sampai kimchi jadi merah pekat. Tu yg saya panggil kimchi saya kimchi Melayu. Haha. Jadi, untuk makan tengahhari hari ini, saya buat sup kimchi. 

Terus terang saya cakap, kimchi ni tak sedap mana pun. Sup dia pun tak berperisa mewah macam makanan Melayu atau mamak. Tapi sekali makan kimchi, besok lusa pasti cari kimchi lagi. Tak taulah kenapa. 

Untuk sup hari ni, saya cuma perlukan bahan yang ada dalam fridge:



Daging ayam
Bawang besar
Mushroom (saya guna oyster mushroom)
Tofu telur
Daun bawang
Daun sup
Garam secukup rasa
Serai (selera melayu la katakan)
Kimchi

Hampir sebekas kimchi semalam saya masukkan dalam periuk. Pastu saya letak ayam disebelahnya,  dan hirisan bawang besar. Letak air, hidupkan api dan tutup periuk dan didihkan.


tak payah bawang putih atau halia sebab kimchi dah ada tu semua


Biarkan ayam masak, masukkan mushroom, tofu, daun bawang, daun sup, garam dan serai. Tutup periuk dan biarkan seketika. Pastikan garam dah cukup rasa ok. 


dah macam rupa tomyam

Tutup periuk dan didihkan sekejap, terus tutup api. Dah boleh dimakan dah. Sebagai pelengkap dan penyedap, saya goreng tempeh hahaha. Kalau nak fefeeling Korea, buat belut panggang. Sedaaapppppp....




Di bawah nasi ada kimchi mentah. Kaler tak merah sangat mcm sup kimchi ori korea


Nampak macam sedap, kan? Tapi tak sesedap sup ayam, sup kambing, sup tomyam atau sup sayur kat kedai sebab semuanya mewah dengan rempah, perisa, perasa dan garam kan. Sup kimchi ni sangat simple, tapi boleh membuatkan saya kurus, itu yang penting. Tapi anak saya kata sedap.




Kalau rasa2 dah try banyak kaedah untuk kurus tapi tak menjadi, silalah try kaedah kimchi pulak. Mana tau, boleh mendatangkan kesan. InsyaAllah.


Setengah jam selepas makan ni, sistem pencernaan bekerja dengan baik. Lega dan ringan badan rasanya. Alhamdulillah.

Yakinlah

$
0
0
Assalamualaikum.

Hayati sebentar...



Maka, jika terasa tidak disayangi, gundah dan sulit, mengadulah kepada Allah swt. Caranya? Solat 5 waktu usahakan sekeras2nya jangan sampai rongak. Solat sunat, usahakan sunat dhuha, beristikharahlah mohon petunjuk, berzikir, istighfar, banyakkan mengaji Alquran. InsyaAllah yg sulit akan dipermudahkan. Memang majik. Sangat majik.

Fesyen Muslimah Zalia Di Zalora

$
0
0
Assalamualaikum.

Hari ni jom kita cerita pasal baju. Nak berfesyen tak semestinya kena dedah2 atau sendat2 kan? Kalau yang longgar2 masih cantik, sopan dan manis dipandang. Saya sangat berkenan dengan fesyen yang diketengahkan oleh satu brand tempatan di Zalora. Saya sendiri ada simpan beberapa koleksi dress yang sangat cantik dan selesa dipakai. Saiz pun tepat di badan.




Untuk adik2 dan akak2 yang berhijab, sangat sesuailah baju2 Zalia ni. Simple tapi nampak mewah. Tak perlu labuci seluruh badan untuk kelihatan glamour. Jahitan yang kemas, material yang baik dan maix & match yang bersesuaian dah cukup untuk memberi keyakinan kepada si pemakai. 




Raya tahun ni, mesti ramai dah mula intai2 apa fesyen nak pakai? Kalau saya, saya akan dapatkan baju yang sesuai dipakai ke mana saja. Ke majlis pun tak malu, casual pun boleh. Boleh pakai berulang kali, senang cuci dan tak mengikut perubahan saiz badan haha. Ye la, habis puasa kurus, semua baju muat. Lepas sebulan raya semua jadi ketat sebab baju yang mengikut bentuk badan melekat melekap. Kan rugi?









Harga baju2 Zalia saya letakkan dalam range 'berpatutan'. Tak murah sangat, tak mahal sangat. Berbaloi dengan apa yang kita dapat. Jangan salah size ajelah. Dress2 Zalia saya dah berusia setahun dua pun masih nampak macam baru beli. Kain tak luntur, detailing pun tahan. Saya sumbat aje masuk mesin basuh.

harga macam mahal tapi bukan senang nak dapat design macam ni. Sah2 nampak mahal dia. jahitannya saya jamin sangat kemas.

Kalau rasa2 dah ada bajet untuk shopping baju baru, jangan lupa singgah ke Zalora ye.

Menghias Bersama Kaison

$
0
0
Assalamualaikum.

Nampaknya selain Ikea, rakyat Malaysia sudah ada pilihan lain dalam projek hias-menghias iaitu Kaison. Saya belum habis menghias rumah saya. Memang banyak sangat lagi nak dihiaskan. Mata pun rambang tak tau mana satu nak pilih.

Selain sofa, meja makan, kabinet dapur, wallpaper, dinding yang polos juga perlukan sedikit sentuhan seni untuk kelihatan lebih menarik. 

Hiasan dinding yang harganya murah dan mampu milik pastilah menjadi tarikan. Kaison kan ada.....

Gambar2 bunga, pemandangan, sesuai untuk ruang tamu. Tapi kalau bilik anak remaja, diorang nak ke gambar bunga? Anak saya, saya tau sangat mesti nak yang begini:




Dan anak bujang nakkan yang ini:




Mak dia? Saya aim yang ini untuk dapur saya nanti:




Tengok gambar dah terbau kopi hihihiiii................

Tak tau Kaison kat mana? Berbanding Ikea, Kaison dah ada di merata tempat.


Rajinkanlah diri ke Kaison, nanti mesti hari2 rasa nak ke sana.







Pendaftaran Online Murid Tahun Satu 2017 Selangor

$
0
0
Assalamualaikum.

Anak uols ada yang lahir tahun 2010?

Dah pilih sekolah untuk mereka?

Bermula 1 Mac 2017, ibu bapa dah boleh daftarkan anak ke sekolah pilihan secara ONLINE dahulu. Sila ke pautan SPS (Sistem Pengurusan Sekolah) https://public.moe.gov.my dan mulakan......

Mula-mula sekali ibu/bapa yang nak daftarkan anak kena la daftar diri sendiri dulu untuk log masuk. Masukkan butiran diri dan cipta password (log in ID ialah nombor Mykad). Pastu nanti pergi ke laman utama semula untuk log masuk.

Nanti ada tempat nak klik untuk mendaftar anak ke Tahun 1. Ada beberapa peringkat dalam pendaftaran ini. 

1. Daftar anak/Maklumat murid. Masukkan nombor Mykid dan butiran akan keluar automatik mengikut data daripada Jabatan Pendaftaran.  Pastikan alamat tu betul dan lengkap. Masukkan juga maklumat pra sekolah. Save/Simpan.

2. Daftar maklumat bapa/ibu/penjaga. Klik di carian data bapa dan masukkan aje nombor Mykad. Butiran akan automatik keluar juga. Sama dengan butiran ibu. Edit mana perlu. Save/Simpan.

3. Butiran sekolah yang dipohon. Save/simpan.

4. Nanti ada akuan yang segala maklumat adalah benar. Bila dah yakin betul semua, boleh print.

Borang yang telah dicetak perlu dibawa ke sekolah yang dipohon dalam masa 2 minggu dari tarikh permohonan. Jangan lupa bawa dokumen yang berkenaan iaitu:

- salinan Surat beranak / Sijil anak angkat
- salinan Bil utiliti
- salinan Mykad ibubapa/penjaga
- salinan Surat Nikah/Cerai
- salinan Surat Hak Penjagaan/Perintah Mahkamah jika berkaitan
- salinan Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan

Selain salinan, sila bawa yang original copy sekali untuk pengesahan ye.

OK itu saja. Saya dah buat. Alhamdulillah.






Masak Apa Hari Ni?

$
0
0
Assalamualaikum.

Akak-akak, adik-adik, masak apa hari ni? Takde idea? Goreng telur je? Saya pun tak reti nak masak apa. Ada sotong, tapi anak2 tak makan sotong. Mesti saya sorang yang bedal. tapi kan, saya tetap masak sotong hari ni. Cuma lain sikit menunya.


dah bersih

kali ni saya x siat kulitnya

selaran yang tidak memutuskan

kasi garam dan sebab malas, saya ambik kuah kimchi yang saya buat hari tu
panggang dalam oven

jom buat sambal belacan. Saya tumis selepas blend semua.

ni la sotong panggang saya. Buang dulu air lebihan dalam perut sotong tu sebelum dihidangkan. Perah lemon sikit.

memang sedap. Tak cukup ni....

Dan anak yang tak suka sotong tu, jadi suka pulak. 

Sekian. Wassalammm...



Beg Mata Besar Dan 3D

$
0
0
Assalamualaikum.

Kat Korea sekarang trend beg mata besar. Hari tu nampak kakak saya jinjing kemain comel! Tapi yang dia beli tu, harga RM700 daripada 'pencipta' asal design tersebut. Material PU leather, rasanya tak berbaloi untuk saya beli satu buat koleksi. Tapi kalau uols terberkenan beg ni, bukan yang RM700 tapi yang RM90++ buatan OEM company, boleh PM TEPI di +60186676734 whatsapp ye. Ada banyak warna dijual. 










SIZE BAG: 22cm (beg comel)

***********

Diinspirasikan oleh si MATA BESAR ni juga, ada banyak manufacturer dah mula keluarkan beg2 yang sebegini. Ada sling bag, ada backpack. 

Saya dah order beberapa beg untuk dijual. Mana bleh tahan tengok beg comel2 tu! Harga pun pasti mampu milik. 






Sling bag mata besar, 2 warna (silver / black), RM50.00 postage tak termasuk.

Atau uols suka yang gini:







Backpack
Cream / Black
RM70.00 shipping tak termasuk 

Berkenan? SILA PM TEPI di +60186676734 whatsapp. Batch pertama akan sampai dalam seminggu. Kalau habis kena la tunggu batch 2 ye.

Last but not least, untuk anak bujang yang sukakan yang ganas-ganas tu (biar minat beg ganas asal jangan perangai buas ok), saya juga ada menjual beg 3D ini:




3D backpack
4 designs
RM90.00 harga shipping ikut kawasan anda.

Sila pm tepi di +60186676734 Whatsapp

Ramekin Dan Cream Caramel Bakar

$
0
0
Assalamualaikum.

Jalan2 di Daiso IOI Mall Puchong memang mengundang 'padah' apalagi kalau bawak anak-anak. Niat nak bawak diorang tengok wayang citer KungFu Panda 3 aje sebenarnya. Pastu nak beli kain, kakak saya kata tudung instant shawl yang saya buat untuk dia tu best pakai. Mintak 10 helai kaler lain2. Lepas tengok wayang, gi la Kamdar cari kain. Wah wah patutlah best pakai, harga kain tu boleh tahan kannn (sendiri beli sendiri lupa harga).... Tapi tengah2 belek kain, anak2 mintak nak ke Daiso. Bila kita kata takde masa sebab nak makan dulu, diorg sanggup lepaskan makan asalkan dapat ke Daiso. "Makan kat rumah aje. Kan mami dah masak". Bertuah.

Biasalah bila dah kat Daiso, masing2 hilang dari pandangan kecuali si keciklah. Masing2 cari apa barang nak dibeli. Mami pun ambik peluanglah cuci mata kat bahagian brg dapur. 

Pusing-pusing, ternampak ramekin comel ni, yang sememangnya saya cari untuk masak puding kegemaran kami. Anak2 pulak gembira bawa pulang sorang satu brg RM5.30. 


Ramekin. Ovensafe la opkos

beli 7 aje, cukup sorang satu

design yang dicari selama ni

3 anak saya termasuk saya sendiri memang suka makan cream caramel pudding. Saya tak pasti saya pernah share tak resepi cream caramel yang biasa saya buat. Tapi xpelah, biar saya share resepi simple yang zup zap zup zap SIAP!!!

Resepi Cream Caramel

Bahan-bahan:

Puding:
5 biji telur
1 biji kuning telur
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan susu pekat

caramel:
5 sudu makan gula pasir
sedikit air utk basahkan sedikit gula dalam periuk

CARA:

1. Sediakan oven. Panaskan dalam 170ºC - 180ºC. Oven saya tak digital, itu yang main agak2 memusingnya.

2. Buat caramel dulu. Sediakan periuk yang sesuai, masukkan gula pasir, basahkan gula tadi dengan sedikit air. Hidupkan air sederhana. Biar aje gula tadi, jangan dikacau2 nanti tak jadi. Ia akan jadi caramel sendiri. 

suka air banyak, cair sikit. Yang penting jgn kacau. Biarkan aje

proses pendidihan berlaku. Biar aje jangan usik

tu dah nak jadi perang. Masa ni kena perhati tau. Kalau tak jaga nanti hangus

Bila dah coklat tu, kacau sikit supaya tak hangus ye. Dah habis semua gula cari caramel, tuangkan ke ramekin yang bersih dan kering. Untuk adunan tadi, muat 4 ramekin. 

3. Biarkan caramel dalam ramekin tu mengeras. Boleh sediakan puding pulak. Semua bahan untuk puding disatukan dalam bekas dan disebatikan pelan-pelan. Jangan blend, jangan pukul dengan mixer. Nanti tak cantik dan berlubang.


sebaiknya adunan ni ditapis baru lawa

saya suka masukkan dalam jug plastik ni (nanti gi Daiso lagi, beli alat proper la)

4. Adunan tadi dituang ke dalam ramekin yang dah ada caramel tau. 

5. Untuk teknik membakar dalam oven, gunakan loyang pembakar yang boleh tampung air. Susun ramekin yg berisi adunan atas loyang pembakar yang diisi air panas. Air panas tau. Kita perlukan wap air untuk hasilkan puding yang moist. Teknik steam bath ni juga sesuai kalau nak buat kek yang moist. Teknik kegemaran saya.



6. Bakar dalam 40 minit. Pastikan adunan tu tak bergoyang tau. Kalau bergoyang, belum masak la maknanya. Tapi jgn over cook. Tak lawa lah.

lubang2 kat tepi tu sebab tak tapis agaknya hihihi. Biasalah amatur. 

7. Dah masak, keluarkan dari oven, sejukkan dalam 30 minit sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Dah sejuk boleh terbaikkan ke atas piring dan NGAPPP. Biasanya cream caramel ni jadi hidangan kami seminggu berkali2. Haish.. maaflah sangat xboleh tahan.

Resepi saya ni resepi trial and error. Last2 inilah resepi yang paling menepati tekak. Tak leceh pun membuatnya. Kalau uols tukang masak amatur macam saya, boleh la gunapakai resepi ni. Kalau uols lebih suka resepi tukang masak pro, boleh google atau gi YouTube cari la video2 berkaitan. 




Kenangan Lama Bikin Makan Hati

$
0
0
Assalamualaikum.

Bila dah seminggu tak update blog tu, maknanya idea takdelah tu. Buntu. Otak beku. Apa yang nak dicerita bila takde apa nak cerita?

Decor mendecor dimansuh sementara bajet belum diperuntukkan. Dalam otak ni macam-macam nak buat. Nak cat balik dinding putih ke warna kelabu susu, nak buat langsir siang yang projeknya tertangguh sejak awal sebab agak besar belanjanya - pintu-pintu dalam rumah ni kemain besar sampai 4 panel. Bajet pun kena besar gak alahai. Nak itu, nak ini... semua kena tunggggguuuuuuuuuu...

Rumah lama dulu di Puchong, masa baru2 beli sepuluh tahun yang lalu, memang kami masuk hanya dengan mengecat feature wall ke kaler oren bata (trend masa tu) semata. Pastu sofa 'peninggalan' adik ipar yang tinggal bersama masa duduk menyewa sebelum beli rumah, dibawa juga bersama. Adik ipar kawen, takmo bawak kerusi meja bujang diorang ke rumah baru sebab nanti isteri marah. Ai dok mendam rasa aje masa tu. Saya pun nak brg baru masuk rumah (kenapa brg lama ni semua nak kena bawak?), tapi abg John suruh angkut semua brg yang ada sebab nak kosongkan rumah sewa tu walau ai rela rumah ai kosong daripada bawa masuk barang2 buruk. Takpelah, bahagia kamu, derita aku cewah.

Uols tak perlu imagine bagaimana rasanya bila orang-orang tertentu datang rumah ai (tak perlu dinyatakan di sini siapa, tapi seriously ai sangat makan dalam walau dah 10 tahun berlalu), tunjuk muka 'tak seronok' bila berada dalam rumah ai. Tak suka singgah walau sejam. "Tak lalu la kiri cina kanan india". "Tengoklah sofa ni ha". OK ai sedar rumah ai masa tu tak cantik. Komuniti 1Malaysia kiri kanan pun tak disenangi. Dlm rumah pun ai recycle aje brg lama. Tak macam org lain, pindah rumah terus renovate cantik2, beli brg baru complete semua.

Sebab tu dulu ke, sekarang ke, ai eh saya 'berat mulut' mempelawa orang ke rumah. Pengalaman masa baru2 memiliki rumah sendiri bersama abang John dah cukup memedihkan. Kami tak suka dan tak mahu orang banding2 bila berada dalam rumah kami. Abang John sendiri bukan senang pelawa orang datang rumah. Saya tahu dia pun 'terasa' kepedihannya, cuma dia takmo pedulik sangat. Tapi kalau org nak datang, saya sambut dengan makanan sedap ok. 

Masuk rumah kosong, rumah lama, barang lama, duit tak banyak, sebagai manusia biasa yang tengah teruja nak buka buku baru duduk dalam rumah baru pasti terasa pedih bila keterujaan dibunuh sewenang-wenangnya dengan ayat-ayat penyata dan ayat tanya yang kurang sedap didengar. 

Sepuluh tahun. Dalam masa sepuluh tahun, abang John pelan-pelan cari duit untuk baiki rumah. Reno porch, extend dapur, tukar frame tingkap (tingkap lama bocor dan parah separah2nya), buat toilet, kabinet dapur, kabinet bawah tangga, built in wardrobe semua bilik, tukar sofa KULIT LEMBU (saja buat capital letters), cat ikut warna semasa, beli perabot, beli tv bosa, electric gate, alarm, cctv. Alhamdulillah, semuanya rezeki Allah kasi, selesa hidup dengan anak-anak. Pastu sekolah rendah dibina kurang 2 minit berjalan kaki dari rumah. Kat situ siap ada Petronas kurang 1km dari rumah. Pendek kata, perkara yang dipertikaikan awal2 dulu dah bukan menjadi isu lagi. Jiran? Jiran saya walaupun lain bangsa dan agama, mereka tak ganggu orang. Bila hari raya diorang tolong jaga rumah saya. Bila deepavali kami pergi jenjalan supaya jiran saya boleh dpt parking byk tempat untuk tetamu diorg yg datang haha. 

Yang menjadi isu setelah hampir sepuluh tahun ialah 'anjing jiran belah sinun berak merata' dan anak kami yang semakin membesar memerlukan privasi. Kami perlukan bilik lagi. Sebab itulah abang John cari rumah baru. Anak remaja ni kadang2 pelik. Bila rumah tak selesa mulalah diorang takmo duduk rumah. Jadi sebelum perkara itu jadi satu isu semasa, lebih balik kami elakkan. Rumah lama kami jual, kemudian di sinilah kami, rumah baru yang kosong.

Dulu langsung takde duit masa beli rumah. Beli rumah pakai EPF, nak keluar dari rumah sewa secepat mungkin sebab tuan rumah sombong berlagak. Saya mengadu pada abang John macam mana tuan rumah menghina saya hanya sebab kami lambat bayar sewa 2 minggu bulan tu (masa tu abg John outstation) padahal dah tinggal situ 2 tahun. Lepas tu abang John terus cari rumah untuk dibeli walau duit takde pun masa tu.  Anak 3. Semua masih minum susu. Sayang abg John kat saya kan? Tapi walau kami sakit hati, rumah sewa tu kami cuci bersih, buang segala sampah, keluarkan semua barang yang kami dan adik2 ipar bawa masuk. Arwah nenek pernah pesan, sampah2 yang kita tinggalkan ibarat rezeki. Kita tinggalkan rezeki kita untuk orang yang mengemas sampah tu. Pastu segala bil air, letrik kami setelkan semua. Takde hutang. Cikgu sombong tu sampai sekarang rumah dia dok gitu aje rupa dia. Rumah kiri kanan dah lawa2 dah. Saya kerap lalu rumah tu sebab selalu ke rumah makcik saya yang tinggal berhampiran. Hiduplah dalam kesombongan ye cikgu. "Suami saya kalau outstation, dia tinggalkan saya RM4000 buat belanja".

Sekarang kisah sepuluh tahun dahulu berulang lagi tapi versi agak berbeza. Nak kata takde duit sangat, alhamdulillah ada aje duit yang masuk dari pelbagai sumber yang diusahakan dan masih boleh beli lampu lawa, kipas lawa, wallpaper walau pasang sendiri, langsir walau kena tonggeng2 tergolek-golek atas lantai jahit sendiri. Berbanding dulu, yang ini jauh lebih baik walau masih terasa keperitannya. Bilik cukup, luasnya memuaskan. Toiletnya puas hati. Walau banyak yang masih tergendala ia masih JAUHHHH lebih baik. Bersyukurlah saya. Takyahlah nak merungut sangat. Tapi tetamu masih belum kami undang. Nantilah dulu. Nak mengelak mulut orang mengata, bertanya, persoal, baik kita duduk diam2 dulu dalam rumah ni. Dah ada meja makan, dapur dah siap,  bilik dah ada katil, lemari, porch dah repair, rumput dah tanam, pokok dah menghijau insyaAllah kami jemput. Manusia kekadang tu kejam sungguh. Mulut tak tau jaga. Jadi kami pun jadi beginilah. Nak mengelak orang buat dosa kering disebabkan kekurangan kami kikikiki. Sebaiknya saya tumpu pada anak-anak yang baru pindah sekolah, hujung tahun exam besar pulak tu. Apa orang nak fikir pasal kami, kami buat tak layan ajelah. 

Jadi, kalau nak kata saya dah berubah jadi lain sekarang ni, tak macam dulu yang murah senyum, mesra, nampak lemah lembut, skrg dah 'simpan' kemurahan senyum dan kemesraan saya hanya pada yang layak saja. Brutal sungguh ayat saya hahaha. Nak membesarkan anak 5 orang bukan senang ok. Apa lagi baru pindah ni, pindah sekolah jugak. Apa perasan seorang ibu bila anak menangis teresak2 sebab stress dengan kawan dan cikgu baru kat sekolah baru? Ko tak nanges sama? Anak sulung tau. Anak kecik rilek je pindah sekolah. Pendek kata kenangan dan pengalaman banyak mengubah saya menjadi saya yang sekarang. Walau apa tanggapan orang terhadap saya sekarang, takkisahlah. Apa yang penting ialah bagaimana kedudukan saya disisiNya, semoga Allah mengampuni dan menerima taubat saya, sujud saya, dan memakbulkan doa saya. Semoga urusan kami sekeluarga dimudahkan. Amin.

***mohon maaf kalau tersinggung walau saya tak pasti kenapa anda perlu tersinggung dengan entry ini




Boikot Je La

$
0
0
Assalamualaikum.

Hujung 2 minggu lepas, kami ke IOI City Mall, abang John membayar janji kepada anak lelaki bongsu untuk makan-makan satu family sempena ulangtahunnya. Abang John outstation masa birthday dia, menangis-nangis lak dia kat rumah sampai saya sendiri pun nanges sama. Alahaaaaiiiiiiii kesian.... dia nak mak dan ayah dan adik beradik semua berkumpul untuk sambut birthday dia. Kemain besar hajat. Dia tak tau maknya ni tak pernah sambut birthday masa kecik. Jangan kata sambut, WISH pun tak penah dapat. Jangan-jangan tarikh pun org tak ingat keh keh keh. 

Kitorang gi makan kat TTP (sendiri translatelah ye). Anak2 memang suka makan nasi lemak ayam goreng TTP. Kat IOI Mall Puchong memang biasa gi TTP. Maveles masakannya. Sangkaan TTP IOI City Mall juga sama, sebenarnya melecet eh meleset sama sekali. Ayam gorengnya keras. Anak makan tak habis rupanya bersebab. Bukan saja keras, rasa dia juga pelik. Melalui beberapa suapan ke mulut saya, saya boleh agak yang ayam goreng tu bukan ayam goreng fresh. Mungkin ayam goreng semalam tak habis digoreng semula. Bukan itu saja, walau dah goreng semula sampai keras macam kayu, saya boleh rasa ayam tu hampir nak basi. Pastu ayam tu pahit. Yg pahit tu mungkin diorg gunakan minyak gorengan yang dah kaler hitam. Tak ganti. Eiii... tak dapat nak bayang. Tak sanggup. Maka saya dan abang John berhasrat memboikot kedai tersebut dan tak mahu datang lagi lain kali. Bayar mahal, makanan tak berkhasiat malah boleh membawa penyakit aje.

Sabtu lepas pulak. Dah hantar 3 anak kami ke kelas muzik, ada masa beberapa jam sementara diorg habis kelas. Lalu saya ajak abang John ke IOI Mall Puchong, untuk beli bekas garam dan kunyit kat Daiso. Sekarang ni bukan pinggan mangkuk aje idaman saya. Bekas rempah pun saya sibuk nak kumpul. Lepas beli-beli, kami singgah minum di TTP di sana. Dengan harapan TTP di situ masih mengekalkan kualiti, kami order air ribena laici, milo ais, 2 air lagi dan popiah satu hidangan. Total minum 4 org dan kuih tu RM16.90 kalau tak salah. Air ribena laici RM6.00. Popiah kocik cinonet 3 ketui RM2.80. Saya sangka popiah dapat 5 ketui ka... rupanya 3 ketui ja hahaha. Kicikenot betul saiznya. Sejuk, tak dihangatkan. OK takpa. Makan aje. Rezeki. Seketui RM0.90, sos cicah RM0.10. Pastu sedut air ribena laici favourite saya kat TTP tu. Huh.. cair, tawar, laici pun 2 1/2 ketui kecik. Aik!?! Dah downgrade air jugak ye. Dulu kemain pekat, laici mewah, sedap... apa sudah jadi dengan TTP? Pandang kaunter - semua bangladeshi. Nampak gaya macam bossnya pun Bangla jugak. Wah melampau kan peniaga2 sekarang. Beli petrol pun dah lagi murah. Harga air kalau takmo kasi turun, sila la buat sedap2. Maka kamipun nak boikot jugak TTP IOI Mall Puchong. Lantakkan dia. 

Dengan perasaan tak puas hati dengan apa yang kita dapat berbanding apa yang dibayar, saya bagitau abang John satu benda - kenapa saya sibuk mengumpul segala ramekin, pinggan, mangkuk, cawan, bekas rempah dan sebagainya. Saya nak hidangkan makanan ala kedai/restoran/hotel kepada keluarga saya di rumah. Dengan servis dan masakan yang makin rendah kualiti di luar sana, adalah lebih baik kita masak aje sendiri kat rumah. Bukan susah sangat, bukak aje Youtube carilah resepi apa nak. Sekarang ni makin ramai org sakit disebabkan makanan. Dan makanan hidangan orang Malaysia sekarang pun makin menjadi2 kepelikan dia. Makan supplement culas pulak tu. Ubat pemutih kemain laku dijual. Ubat kesihatan beli sekali, simpan sampai setahun tak habis2 kekekekeke. 

Dengan cita2 murni yang saya simpan ini, harapan saya kesihatan kami sekeluarga terjaga baik dan ekonomi rumah juga lebih terkawal insyaAllah. Rugi makan kat luar ni. Cuba cek dapur diorang, entah apa kita boleh jumpa. Seorang pakcik saya dah pesan supaya jangan beli kek kat satu kedai kek. Kedai ni saya memang suka beli tart telur dia. Tiap kali abang John pegi bank kat putrajaya, memang dia akan bawa balik sekotak untuk saya. Kata pakcik saya yang kerjanya memasang paip gas kat kilang-kilang dan perusahaan besar seluruh Malaysia ni, kilang kedai kek tempat memproses bahan untuk dihantar ke franchise/outlet diorg ni sangat kotor. Siap ada tikus, taik tikus bagai. Pekerja semua bangsa asing yang bila lalu sebelah memang boleh hampir pengsan bau badannya. Kalau tengok kepada outlet kedai kek ni memang cun aje. Bersih. Tapi rupanya kilang dia sendiri tak lalu nak tengok. Sekarang ni, nak makan kek silalah buat sendiri atau order dari peniaga melayu online yg buat kek kat rumah tu. InsyaAllah bersih dan halal dan baik. Bukan kilang kek aje. Ada beberapa restoran termasuk yang bertaraf 5 bintang pun pakcik saya bgtau supaya tak makan situ lagi sebab kilang proses makanannya kotor tahap tak lalu nak tengok. 

OKlah cik Rai dah balik. Dia dah lapar. C U again ye. Baii..

Saling Memerlukan

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah lama nak tulis cerita yg ni tapi lama ku pendam. Pernah sekali saya activate balik fb account lama. Maka ternampaklah satu status drp seorang peniaga online yg berbunyi lebih kurang begini:

"Berhenti keja, takmo makan gaji sebab takmo kayakan boss. Lebih baik meniaga macam ni takyah nak kayakan sesiapa, kayakan diri sendiri. Rugi je belajar tinggi2 rupanya jadi online seller lagi kaya". Pendek kata, bunyik dia mcm bongkak gilalah. 

Hakikat sebenar drp tindakan dia berhenti kerja ialah:

1. Boss dia mungkin tak jatuh miskin bila dia berhenti kerja sebab boss dia boleh gajikan org lain. Mungkin pekerja baru gaji lebih rendah drp dia sebab hakak tu lulusan universiti, pekerja baru lulusan spm. Jadi boss dia jimat duit kat situ.

2. Pekerja baru bersyukur mendpt peluang pekerjaan, dapat gaji tampung keluarga apabila hakak tu berhenti kerja.

3. Kayakan diri sendiri? Berapa persen? Bukankah yang lebih kaya nanti ialah tokey kilang, tokey produk kosmetik, tokey kilang baju dan kasut kat China, Dato Seri Vida, Datuk Terlajak Laris dan seangkatan dengannya? 

4. Kayakan diri sendiri konon, tapi miskinkan org lain yg terpedaya membeli produk yg dijual kih kih kih

Bila keluarkan pendapat tu sila bijak setaraf pendidikan yang diterima ok. Kata lulusan universiti, takkan sifat manusia yg saling memerlukan pun tak tau? Hanya Allah yg tidak bergantung kepada yang lain. Maka, kalau masih digelar manusia tu sila la berpijak di bumi yg nyata, bersyukurlah bila manusia sekeliling anda masih berfungsi dalam kehidupan anda. Kalau dah takde supplier, takde stockist, takde pembeli, takde poslaju, mcm mana nak kayakan diri sendiri? Hargailah satu sama lain, mungkin hari ni kita tak perlukan org tu, tapi hari besok kita tak tau lagi.

Sekian tazkirah subuh drp saya.

Tadika

$
0
0
Assalamualaikum.

Heran bila Cik Rai asyik practise pom pom, siap suruh saya buatkan pom pom untuk dia berlatih di sekolahnya. Dah practise untuk konsert ke? Konsert kan hujung tahun? Rupa-rupanya pom pom tu untuk acara sukan tahunan sekolah tadika dia. 

Tahun lepas Cik Rai takde pun sukan. Atau diorg sukan sendiri2 tanpa ibu bapa? Saya pelik jugak dengan tadika lama Cik Rai di rumah lama. Takkan tadika Islam tak boleh bersukan? Haish takkanlah. Check buku notis pun takde langsung pemberitahuan tentang sukan tahunan. Lepas tu paling sedih bila hujung tahun. Masa hari terakhir sekolah, dengan niat nak beradab dengan cikgu yang dah mengajar Cik Rai, saya turun kereta untuk jumpa cikgu, ucap terima kasih kepada cikgu yang dah mengajar Cik Rai selama setahun, lagipun kami nak pindah ke tempat lain dan Cik Rai akan ke tadika lain kan... Masa saya bgtau akan pindah tu, cikgu dia tanya saya, 

Cikgu: "Besok datang tak?" 
Saya: "Ke mana?"
Cikgu : "Majlis anugerah cemerlang"
Saya: "Eh saya tak tahu pun"
Cikgu: " Puan tak baca buku notis?"
Saya: "Buku notis takde kat saya"
Cikgu: "Oh, agaknya cikgu kelas lupa bagi puan"

Boleh? 

Anak saya terima 2 anugerah cemerlang. Dan buku notis tidak dipulangkan kepada saya sebagai pemberitahuan. Boleh cikgu kata lupa? 

Pastu, majlis tersebut ibarat konsert tahunan pelajar tadika juga. Oleh kerana tadika ni ada sekolah rendah agama jugak, majlis disatukan dan dibuat bersama di sebuah sekolah rendah kebangsaan berdekatan. Murid diminta pakai baju kurung sendiri dengan tudung putih sekolah. Pastu persembahan murid tak banyak. Sesapa yang dah naik pentas ambik hadiah, tak boleh buat persembahan. Maknanya Cik Rai tak dapat buat persembahan. Kesian tengok muka dia, selama ni dia membesar layan CD kakak abang dia punya konsert tadika selama 8 tahun di Tadika Everland. Siap berjoget ikut sama. Tetiba time dia tadika, dia tak boleh buat persembahan? Apa perasaan uols puan-puan??????? Kebanyakan masa dia menunggu nama dipanggil naik pentas, saya dari jauh perhati dia termenunggggggg tepi tangga aduhaiiii.... 

Paling kelasssss bila yg sibuk nak buat persembahan ialah ustaz2. Ustaz2 sibuk nak bernasyid. Ini majlis untuk anak-anak, kenapa dicuri peluang anak tu untuk diri sendiri? Memang saya betul tak paham. Bukan 1, 2 lagu tau. Banyak lagu, macam buat konsert solo sendiri. Memang hangin satu badan saya. Kasi la budak2 yang nasyid. Kalau takmo anak2 tu berjoget bergelek sekalipun, biar diorg buat lakonan ke, bercerita ke, baca doa ke, nasyid ke... yg penting kasi semua murid peluang! Haaa kan aku dah marah.

Memang komunikasi antara guru dan ibubapa di sekolah ni sangat lemah. Saya dah terbiasa selama 8 tahun berturut-turut hantar anak-anak saya ke Tadika Everland (tadika English/Chinese), cikgu diaorang memang sangat bagus. Bukan hanya notice book, siap hantar sms kalau-kalau ibu bapa terlepas baca notis. Pastu masa ibu bapa hantar/jemput anak, cikgu besar akan pergi ke ibu bapa untuk remind apa2 aktiviti yg bakal berlangsung sementara cikgu kecik yg lain akan uruskan murid2 masuk kelas/balik masuk kereta ibu bapa. Bukan bersembang sesama cikgu sampaikan murid keluar pagar pun tak sedar adoiyaiiii...

Memang sepanjang saya menghantar Cik Rai ke tadika Islamik tahun lepas tu (saya takmo sebut tadika apa ye), saya sentiasa susah hati dan berdoa supaya takde apa berlaku kat anak-anak kat sana. Mana tidaknya, pagar tidak berkunci, kadang2 terbukak sebab ada murid datang lambat ke sekolah dan masuk pagar tak tutup balik. Pastu masa kita jemput anak, cikgu2 berkumpul berbual sesama mereka. Yang prihatin tak ramai, ada sorang dua aje. Cik Rai selalu bukak pagar sendiri untuk naik ke kereta saya. Buatnya dia salah kereta? Kereta penculik ke? Ada sesapa nak sedar?

 Berbeza dengan sekolah baru tahun ni, terus terang saya tak cari tadika islamik lagi. Bukan boikot atau nak kata tadika islamik tak bagus, baguslah dapat belajar doa, hafazan, solat, pakai tudung. Tapi saya cari tadika yang dah berpengalaman untuk pastikan Cik Rai boleh membaca, mengira, berbahasa Inggeris dengan baik tahun ni. Tahun lepas saya risau Cik Rai takmo langsung mencuba mengeja. Buat homework pun malas, takde motivasi langsung saya tengok. Tapi yg heran tu boleh dapat anugerah cemerlang pulak. Lagipun nak mendapatkan sekolah yg sama macam abang kakak dia tahun depan, kena mahir mengeja, mengira. Kalau tidak nanti kena sekolah jauh nampaknya.

3 bulan aje, Cik Rai dah membaca dengan baik. Basic mengeja memang la dah ada tapi peningkatan yg ditunjukkan memang drastik. Pastu komunikasi ibubapa dengan guru pun best. Sentiasa dapat update. Tadika bukan islamik tapi masih ada belajar mengaji jika mahu. Guru2pun semua melayu. Tengok anak-anak kat sana disiplin pun elok, tak macam tadika lama, anak-anak tak terkawal dek cikgu. 8 tahun kat Everland, belum pernah nampak situasi sebegitu sebab tu saya komplen kali ni haha. Uniform memang la gown pendek takat lutut tapi Cik Rai berseluar panjang ke sekolah dengan gown. Dia tanya gak kenapa tapi saya bgtau, saya takmo org nampak panty dia bila duduk. 

Antara sebab saya hantar ke tadika baru ni, saya nak Cik Rai rasai  pengalaman sendiri buat persembahan untuk konsert tahunan. Boleh? Konsert punya pasal hahahaha. saya tak kira, saya nak dia berkonsert jugak macam abang kakak dia! Nanti dah besar takde la terkilan kan. Anak2 saya yg lain semua pun bergelek atas pentas masa tadika. Tapi bila dah besar alhamdulillah semua pemalu, dan sentiasa saya pesan untuk jaga adab dan sikap. Pakai tudung bila baligh. Yg penting ibu bapa kena sentiasa memainkan peranan kan. Oleh itu, uols jangan sibuk nak kecam saya ye :P

OKlah itu aje nak cerita. Next entry saya akan upload gambar dan video sukan tahunan Cik Rai kelmarin. Memang happening.

Wsalam.

Sukan Tahunan Q Dees 2016

$
0
0
Assalamualaikum.


Seperti yang dijanjikan, kali ni saya nak upload gambar2 sukan tahunan tadika Cik Rai iaitu Q Dees untuk tahun 2016. Best sukan ni. Dibuat di GMI Sports Complex, indoor. Cuaca tengah panas terik sekarang ni memang bagus buat sukan indoor macam ni. Pastu ibu bapa digalakkan beri sumbangan makanan/wang untuk acara tersebut. Apa yg saya lihat, makanan sangat mewah! Bawak satu family pun tak habis makan. Sayang sekali anak2 saya yg lain lepas subuh semua tarik selimut balik. Ajak tengok adik sukan takmo. Semua menyesal bila saya bgtau ada nasi lemak, mihun, cupcakes, kuih2, sandwich, dadih, air kotak, epal, snacks dan macam-macam yg tak dapat disebut di sini. Rasanya 1 jam pertama tu memang kami semua makan sampai kenyang aje. Pastu sambil tengok acara, berulang alik ambik makanan tak sudah2 dan makanan masih banyak. 








Berbeza dengan dulu, kali ni Cik Rai nampak sangat enjoy. Saya pun senang hati. Saya ingat lagi tahun lepas hari pertama Cik Rai ke tadika, dia bersemangat gila. Pikul beg, cari tempat duduk, simpan kasut tapi dia tak berapa happy kat sana. Belajar pun kurang minat. Takpelah nak, perjalanan hidup tu dah begitu...












Organizing My Kitchen

$
0
0
Assalamualaikum.

Sedikit demi sedikit saya bawa barang dapur saya dari rumah lama ke rumah baru, sampai saya rasa tak muat nak menyusunnya. Beberapa gajet dapur terpaksa saya simpan kat stor belakang, hanya yang saya nak pakai kerap aje saya letak kat dapur. Dapur kering saya ternyata sangat kecik untuk saya, belum habis brg dibawa dari rumah lama pun rasa macam dah penuh.

Oleh itu bagi memastikan brg2 dapur saya tersusun elok, pertama sekali saya kena organize rempah ratus saya dahulu.

IKEA jual RM4.90/4 botol. DAISO jual RM5.30/2 botol

botol kuah spageti/botol jem

DAISO mari. Tak habis beli lagi. Tepung gandum, brown sugar, castor sugar, semua takde bekas lagi


 OK sementara tunggu beli bekas lagi untuk tepung2 baking pulak, kita organize petiais pulak. Bawang2, ikan masin, ikan bilis mmg dari dulu saya simpan peti sejuk. Jadi kalau tak susun elok2 maka bersepahlah petisejuk kan.

Donwori be happy... set IKEA Pruta kan adaaaa.... murah aje RM14.90 satu set ada 17 bekas bertutup pelbagai saiz hahahaha. Pruta ni boleh digunakan dalam microwave buat panaskan lauk. Tapi setakat 100ºC saja dan tiada masalah untuk simpan ikan dalam freezer. Tak crack.


macam ada ruang terlebih


lauk tak habis. Bekas kecik ni sesuai utk lauk yg tingga sikit tu. Nanti sahur panaskan aje, cukup makan utk sorang

Dengan tersusun baiknya rempah2 dan brg dapar maka akan ada extra ruanglah dapur kita nanti.

Wsalam.

MUNAFIK

$
0
0
Assalamualaikum.

Uols mesti perasan saya punya font untuk blog dah LARGE. Ia adalah kerana mata saya dah rabun. Umur dah 41 baru mula nak rabun. Alhamdulillah untuk 40 tahun mata yang segar. 

Hari ni saya nak review tentang filem Munafik yang dah lama di pawagam tapi masih ditayangkan. Sempat la saya dan abamjohn gi layan sekejap di GSC Alamanda semalam. Kecewa dengan beberapa filem melayu yang saya tonton sebelum ni, buat saya was was nak tonton filem melayu lagi tapi bila rata2 bagi review kata BEST, saya ajaklah abamjohn gi tonton kejap. 

pinjam gambar ye En Budiey

Seperti biasa, filem hantu mesti kena kurang lampunya. Dalam rumah suram, dalam hospital suram, kat atas jalan gelap dan takde kereta lain selain kereta dia... hehehehe... ye la jalan kampung tak sesibuk bandar kan eheh. Jadi, petua untuk elak diganggu hantu ialah pastikan rumah anda terang benderang, pasang bulb yang tinggi kuasa wattnya ye. 

Filem ni dianggap sebuah filem seram paling seram 2016. Ada lagi ke filem seram sebelum Munafik tahun ni? Apa2 pun, kalau sebelum ni saya layan filem hantu kat wayang, saya akan ditegur anak saya sebab tak takut langsung, semalam saya standby tisu (sebab makan hotdog) untuk tutup mata kalau2 ada babak jumpscare atau munculnya 'makhluk' tak diundang hehehe. Memang seram bebbbb..... mekap dia pun macam real aje. 

Filem ni mengisahkan seorang ustaz muda bernama Adam yg biasa merawat pesakit cara rukyah, terlibat dalam kemalangan langgar lari yg menyebabkan kematian isterinya. Sejak tu dia penuh perasaan dendam dan jadi tak redha dengan musibah tersebut. Sejak tu dia selalu mimpi isteri dia dalam keadaan menggerunkan. 



Paling tak tahan bila si ustaz ni gali kubur bini dia, bawak balik rumah haha. 

dia sunggup belakon gini aduhaiii... hebat sungguh Syamsul dan Zarina Zainoordin

Dalam keadaan begitu, ahli2 surau, ustaz2 lain dan imam pujuk ustaz ni untuk kembali mengubat pesakit. Sehingga satu kes melibatkan Maria (Nabila Huda) yang dirasuk iblis, ustaz Adam turun jugak untuk bantu ubat tapi iblis merasuk tu memang powerful (tp tak boleh lawan Allah swt) sehingga beberapa kali jugak ustaz Adam kena datang rumah dia. Kita yg menonton mesti syak mak tiri dia yang simpan hantu padahal, mak tiri dia ni risau anak tiri dia asyik stress, depress, sampai dia terpaksa gi jumpa bomoh mintak tangkal (dan kena marah dengan ustaz Adam). Pastu kita jugak sangka tangkal tu yg simpan hantu laknat tu kikiki.

Pastu jom lompat babak akhir terus.

Pastu babak terakhir masa ustaz lawan penyembah iblis, saya tak berhenti beristigfar, terkumat kamit mulut saya beristigfar, dikhuatiri hati saya terikut dialog iblis tu nauzubillah... Macam mana agaknya si pelakon watak penyembah iblis agaknya, bukan senang nak lakonkan watak beserta dialog sebegitu. Dikhuatiri jatuh syirik pulak. Memang habis scene kena solat taubat bak kata abamjohn. Sepertimana pengalaman arwah M Rajoli yang jatuh sakit lepas lakonkan satu watak citer hantu, kata arwah, mungkin badan dia tak boleh terima watak tu. Wallahualam.


Masa ni Ustaz Adam sorang2 lawan iblis, hanya Allah tempat dia memohon pertolongan. Hanya Allah. Hanya Allah, tiada yang lain. Allahuakbar!



Saya respect pada pengarah dan pelakon Munafik iaitu Syamsul Yusof. Kemain berderai airmata dia. Banyak scene pulak tu. Tapi saya harap Syamsul dapat baiki cara dia bercakap. Cuba belajar bercakap macam pelakon otai iaitu Dato Rahim Razali dan A Galak yang mana tutur kata dan susunan ayat mereka teratur dan senang difahami. Syamsul bercakap macam peluru. Terganggu sikit mutu lakonan cewah.

Pelakon lain seperti Nabila Huda - fuhh memang tak dinafikan dia best. Paling tak sangka ialah yg memegang watak penyembah iblis. Tak menonjol sepanjang awal cerita tapi bab last tu fuhhh.... 

Melalui filem ni, kita belajar bahawa seorang ustaz sekalipun, yg nampak beriman, boleh ada rasa was-was dan ragu-ragu pada ketentuan Allah swt. Dia tak redha dengan kematian isterinya hingga membolehkan iblis mengganggu ketenteraman hidup dia. Hidup dia tak tenang lagi. Setakat hari ni filem ni masih dimainkan lagi kat GSC. Kalau rasa review saya boleh 'pakai', boleh la gi support industri filem Melayu hehe. Bukan setakat sapot aje, belajar la sesuatu. Ai like Syamsul punya filem kali ni. Takde nak gangster2 dah. Pelakon pompuan semua tutup aurat dengan sempurna. Takde tudung singkat dengan baju ketat. Semua berjubah. Perubahan yg sangat baik. Semoga terus menghasilkan filem bagus2 macam ni lain kali.

Sekian. Wassalam.

Rindu

$
0
0
Assalamualaikum.

Drama Korea terbaru kat One HD channel, tengah hot sekarang ni ialah drama bersiri lakonan Rain, Come Back, Mister. Uols tengok ke tak? Saya tak pasti sama ada ia ditayangkan setiap hari atau sekali seminggu tapi malam ni ada episod 13 hehe. Drama 16 episod ni tentang 2 lelaki yang mati pada masa yang sama, dan pulang kembali ke dunia bersama-sama sebagai 2 orang yang berbeza. Yang tak hensem jadi segak bergaya, yang lelaki samseng jadi perempuan cantik. Masing2 minta kembali ke dunia untuk selesaikan misi yang belum tercapai. 

*Kalau beginilah kepercayaan manusia tentang mati, pasti tiada yang takut nak mati


Yg pakai spek tu bertukar jadi Rain, yg mcm samseng tu jadi pompuan cantik.


Memang kelakar dan best drama ni. Saya download dari Astro On Demand, dari episod 1 hingga 12. Bila nak download episod 13, takde pulak sebab drama tu masih dalam tayangan rupanya. 




Mula2 saya layan sorang2 drama ni. Pastu saya cerita kat abamjohn... emmmm masa saya tengah baiiikkk punya lelap jam 8am semalam (rutin harian sebab tidur tak cukup setiap hari) rupanya abamjohn diam2 layan episod 1 sampai 5. Tapi dia punya layan, mesti fastforward je kejenya sebab nak cepat habis. 

Hari ni dapatlah kami layan beberapa episod sama-sama sampai episod 12. Ada beberapa babak sedih di mana si lelaki yang jadi perempuan tu rupanya ada adik perempuan dan adik perempuan dia ialah isteri kepada lelaki tak hensem yg balik ke dunia sebagai lelaki hensem tu. Memang babak tu sedih tapi saya takde pulak nak nangis... bila saya kalih ke abamjohn, saya nampak mata dia berkaca masa lelaki tu dpt jumpa adik dia balik. 

Biasanya saya akan sakat abamjohn kalau nampak dia macam layan lebih drama sedih. Tapi kali ni saya tak jadi nak sakat sebab tiba2 saya teringat yang abamjohn sebenarnya rindukan adik dia jugak. Allahhh.... adik yang hilang tah ke mana, entah hidup entah tidak. Saya terus jadi sebak dan nak meleleh air mata tapi saya tahan dan saya usap2 lutut abamJohn tanda memahami. Dugaan setiap org lain-lain. Family abamjohn dengan family saya macam langit dan bumi. Abamjohn sangat rapat dengan adik2 dia tapi dugaan yang Allah kasi lain dari yg lain. Saya pulak semua sihat walafiat belaka tapi tak rapat tak berapa nak peduli sangat. Yg perempuan kadang2 ok kadg2 tiba angin kus kus mula block sesama sendiri. Yg lelaki  sorang tu tah mcm wujud tak wujud, dia dah lupa kot siapa cuci berak kencing dia masa kecik. Terus tak ingat kakak yg besarkan dan kawinkan dia. Semoga berbahagialah adik ye.

Sama jugak kalau tengok drama yg kisah si ayah dah meninggal, abamjohn mesti serious je muka dia. Menahan kerinduan pada arwah ayahanda sebenarnya. Allahu... saya ni kadang2 tak peka dengan situasi sebegini sebab dalam hidup saya ni, tidak merindui sesiapapun kecuali rindukan nenek yang dah pergi dan abamjohn kalau dia pergi outstation. Rindu kat anak-anak jugak kalau diorg pergi kem atau lambat sampai rumah dari sekolah. Yang lain - sangat susah nak pupuk kerinduan. Tapi shhhhhh... saya sebenarnya selalu rindu kat arwah bapa mertua saya sebab walau hanya 13 tahun sempat jadi menantu sebelum arwah meninggal, banyak sangat ilmu yg diturunkan. Walau saya sedar saya tak cukup layak jadi menantu, seperti yg pernah disampaikan secara tak langsung kepada saya suatu masa dulu.

Macam mana nak merindu seseorang kalau tiada kenangan manis nak dikenang ek? Namun, dalam doa saya sentiasa kirim untuk  mereka yang tertentu walau tidak merindu. Seperti yg saya belajar melalui filem Munafik, maafkanlah, jgn mendendami sesama manusia. Tiada dendam sebenarnya, cuma teringat aje.

Sekian, wassalam.



BERUBAH

$
0
0
Assalamualaikum. 


Saya percaya setiap manusia akan diuji oleh Sang Pencipta. Sama ada dugaan kecil atau besar, dugaan dalam nikmat atau dalam bala, manusia sepatutnya mengambil iktibar ke atas setiap dugaan yang diberi.

Hidup memang macam paku yg melekat pada roda. Kejap roda pusing duduk atas, kejap roda pusing duduk pulak kat bawah. Bila tiba masa, tukang repair tayar cabut paku dari tayar, terkeluarlah si paku dari pusingan roda. Matilah maksudnya. Tapi mati bukan penyelesaian terhadap masalah. Bila dah mati, nak beramal dah tak boleh, hanya yg tinggal ialah amalan dan saham2 yg kita bawa bersama, sama ada saham neraka atau saham akhirat.

Cuba fikir2 balik, berapa kali kita rasa hidup senang, dan berapa kali Allah duga dengan kesusahan? Masa kita senang kita ingat tak pada org susah, dan keadaannya masa kita susah? Bila kita susah pulak adakah kita salahkan org lain kerana jadikan kita susah? Ataupun semasa kita susah, kita melihat ke dalam diri sendiri, apa silap sendiri yg menjadikan kita susah seperti sekarang sehingga Allah turunkah dugaan sebagai 'teguran' buat kita? Adakah semasa kita senang kita lupa dan lalai terhadap banyak perkara?

Jadi sepatutnya kita muhasabah diri, lebih banyakkan taubat, banyakkan doa dan UBAH diri sendiri. 

Bab ubah diri sendiri, tak ramai orang yang buat. Saya melihat melalui mata saya sendiri, ada beberapa yg saya kenal, pernah hidup susah, pernah hidup senang. Masa susah memang mengeluh susah. Tapi terus berusaha untuk jadi senang semula. Allah itu maha pengasih, maha pemurah. Kini dia senang kembali tapi sikapnya tidak banyak berubah. Saya tahu dia suka tolong orang tapi sikap yg satu ni tidak berubah. Percakapannya agak bongkak didengar, sentiasa meninggi diri dan menunjuk2. Allahu... sepatutnya apabila berada di kalangan org yg tak berapa senang, limitkanlah berbual tentang harta benda, tentang kesenangan yg org lain belum tentu ada. Bak kata seorang alim yg saya kenali, kalau kita pakai brg kemas di hadapan org miskin, dan org miskin itu merasa 'sedih' terhadap nikmat yg kita tunjuk yg dia tidak ada, berdosalah kita. Maka, kalau pergi melawat anak yatim atau keluarga miskin walau utk menghulur bantuan, sila berpadalah berpakaian dan berhias ye.

Dan sepatutnya bila pernah merasa susahnya nak beli pampers anak, susahnya nak cari duit dapur, bila dah senang jadikanlah pengajaran. Hargailah nikmat yg Allah kasi walau kita mampu utk bermewah dan bermegah. Dikhuatiri Allah tarik kembali nikmat yg diberi. 

Berubahlah, umur tak banyak dah sisanya. Kita tak tau pengakhiran kita macam mana. Baru semalam kawan abamjohn sambut baby baru. Alhamdulillah. Tapi isterinya yg berumur 41 sebaya saya kini koma dan bernafas dengan alat bantuan. Melahirkan anak secara cesar, semasa cesar air ketuban pecah masuk paru2. Dia sepatutnya bius separuh badan, terus tidak sedarkan diri akibat jantung terhenti beberapa minit. Pendarahan berlaku, hingga team doktor tersebut terpaksa buang rahim isterinya, tanpa persetujuan suami. Apa yg boleh dibuat hanyalah berdoa banyak2, semoga Allah mudahkan setiap urusan keluarga ini. Namun beruntunglah si isteri yg bertarung nyawa kerana dia kini bersih bagai bayi yg dilahirkan wallahualam. Kita?

Syurga itu sangat mahal harganya. Dengan apa kita akan membayarnya kalau bukan dengan amalan baik kita? Allah dan Rasul s.a.w sangat tidak suka pada org yg sombong di muka bumi. Berubahlah.

Dalam al-Quran, Allah s.w.t turut mengingatkan : "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong , takbur lagi membanggakan diri". - surah al-Luqman : 18.
Allah berfirman lagi : "(Setelah itu) dikatakan kepada mereka : Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong, takbur ialah Neraka Jahanam". - surah al-Zumar : 72.
Rasulullah s.a.w berkata : "Tidak akan masuk syurga siapa yang ada di dalam hatinya sedikit kesombongan". - Hadis riwayat Muslim.
Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w berkata : "Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang penghuni syurga? Para sahabat menjawab : "Tentu wahai Rasulullah", lalu baginda berkata : "Penghuni syurga adalah orang yang lemah lagi direndahkan orang lain, kalau dia bersumpah (berdoa) kepada Allah s.w.t nescaya Allah kabulkan doanya. Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang penghuni neraka? Para sahabat menjawab : "Tentu wahai Rasulullah" , lalu baginda berkata : "Penghuni neraka adalah orang yang keras kepala, berbuat sesuka hati (kasar), lagi sombong perangainya".- hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Jauh

$
0
0
Assalamualaikum.

Saya percaya walau hebat bagaimanapun pasangan kita, pasti terdapat kekurangan2 dalam diri mereka (dan kita). Abamjohn saya memang seorang yg sangat hebat. Banyak kekurangannya yang berjaya dia cover sedikit demi sedikit. Perubahan yang saya lihat sejak 16 tahun merupakan suatu hadiah untuk kesabaran saya selama ini. Sebab itu saya selalu terfikir, berbelas tahun si isteri menanti perubahan si suami, bila si suami dah nampak mcm mr perfect, ada aje si muda yg terpikat kat suami kita, senang2 aje nak rampas sebab suami kita mr perfect? Mana aciiii..... Pegi cari org lain ok. Haha selingan sikit.

Selalu jugak abamjohn bercerita ttg hebatnya si polan dan si polan, daripada hebat dalam kerjaya, hebat latar belakang keturunan sehinggalah hebatnya ilmuan2 dan wali2 Allah dan cerita2 orang hebat ni tak terkecuali adik beradik dan ipar duai abamjohn yg sememangnya hebat2 belaka. Dan setiap kali, saya ada sedikit rasa kecil (sebenarnya banyak) tiap kali saya membandingkan diri saya dengan mereka. Pernah saya tanya abamjohn, "Adik beradik dan iparduai abang semua hebat2. Tiba kat saya langsung takde apa", sambil ketawa kecil. Dan jawapan abamjohn setelah berfikir beberapa saat (cukup utk listkan kehebatan si isteri pada mata suami), "Tak yah fikir semua tu. Biarlah kalau ayang tak hebat pun".

Bagaikan satu tumbukan padu tepat pada dada kiri, menyangka suami akan menyenaraikan kehebatan isteri (walau bukan utk diceritakan kepada org lain), rupanya dalam diam selama beberapa saat itu dia tak mampu nak sediakan walau satu kehebatan isterinya.

Menyedari betapa kurangnya saya di mata masyarakat, paling tidak dpt sedikit pujian daripada suami sudah mencukupi. Takpelah, biar saya sendiri senaraikan hebatnya diri saya sebagai isteri dan sebagai manusia. Saya isteri yg subur dan bagai kilang beranak dan saya boleh buat kerja rumah setaraf pembantu rumah. Paling hebat, saya boleh memandu kereta utk jemput anak hantar anak dan boleh ke kedai kalau perlu.

Hebat kan?

Orang akan kata menjadikan diri hebat di mata manusia itu tidak penting asalkan kita sebagai hambaNya, dipandang Allah swt. Betul..

Tapi, saya perlukannya di sini untuk survive di muka bumi ini, bagi meningkatkan keyakinan diri sendiri, bagi membuang sedikit perasaan rendah diri tak bertempat. Sehinggakan nak berbual dgn org sekeliling pun bagai satu perkara yg sangat berat saya lakukan skrg. Saya bagai terkurung dalam dunia yg saya cipta sendiri. Saya sangka org tu xsuka saya, org ni berat sebelah dengan saya, org yg ni pulak sengaja xmo layan saya (tp org lain elok dia layan).. benda2 mcm ni sedikit sebanyak menjadikan saya rasa tersisih. Dah la pekak. Kang org bercakap aku xdengar pulak. Boleh memalukan diri sendiri nanti.

Agaknya memang betul saya hanya salah suatu nyawa di atas muka bumi yang akan dilupakan tanpa meninggalkan sebarang cerita hebat utk suami dan anak2 saya kenang bila saya dah takde nanti. Takpelah, azam saya ialah menjadikan anak2 saya hebat dunia akhirat, semoga mereka tak jadi mcm saya.

Saya redha dengan jalan kehidupan yg telah Allah atur utk saya. Ada diantaranya yg tak tertanggung utk saya hingga rasa syurga sangat jauh utk saya. Ada jugak jalan2 yg saya dah tempuh sedikit sebanyak menjadikan dunia juga jauh dari saya. Kini saya bagai terkurung dalam rumah, terasa dunia dan syurga iu sangat jauh.

Wsalam.










READY STOCK

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah lama beg ni sampai dari supplier tapi tak sempat nak iklankan. Comel betul beg2 ni semua. Satu dah kena pau dek anak saya.



Beg ni sangat sesuai dibuat jenjalan santai, tapi tak sesuai untuk dijadikan beg sekolah tau. Tali bag nampaknya tak sesuai menampung berat buku sekolah yang banyak. Tapi kalau jadi weekend bag atau overnight bag, sesuai sangatlah. Sesuai jugak untuk mommies letak pampers dan dua tiga pasang baju baby waktu nak jenjalan weekend. Mommies akan nampak stylo mylo.






Material bag daripada PU leather. Ada silver studs di tepi, ada mata besar kaler biru di depan. Ada poket berzip di luar. 







Untuk order, boleh email saya di impianaayl@gmail.com atau whatsapp saya terus ke +60186676734. Beg ni ready stock, lepas confirmed payment boleh poslaju besoknya. 

HARGA: RM70.00
Shipping RM6.00 semenanjung/ RM9.00 SS

Untuk pembaca blog saya akan kasi diskaun. 

Selain itu, ada jugak slingbags. Kaler hitam atau silver. 








HARGA: RM50.00 free shipping ke mana-mana dalam Msia.

Whatsapp: +60186676734
email: impianaayl@gmail.com
Viewing all 514 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>