Assalamualaikum.
Minggu lepas, ulangtahun ke 12 anak saya yang no 3, dan pada hari yg sama merupakan hari di mana kembarnya dijemput kembali menghadap sang pencipta. Kepada yang telah kembali, disedekahkan Al fatihah dan doa... kepada yang masih dipinjamkan di dunia, kita happykan dia dengan sebuah majlis kecil. Merancang majlis adalah kerja saya dan memastikan anak-anak gembira juga adalah tugas saya. Hehehhehe.
Anak 5, kalau setiap anak nak kena buat majlis harijadi, maksudnya nak kena plan 5 majlis hari jadi dalam setahun. Tu tak termasuk majlis2 yang lain. Open houselah, open itulah open inilah. Kalau ada bajet, ok aje. Panggil caterer. Tapi kalau bajet ala-ala aje, macam mana nak buat? Masak sendiri? Saya dah biasa buat. Memang penat! Sorang2 masak pulak tu. Saya pulak, kalau dah menjemput tu, mesti pikir nak masak yg best2. Nasi arablah, nasi minyaklah. Bukan setakat mi goreng atau mihun goreng tau. Pastu sendiri pulak yang kena kemas. Pengsanlah. Jadi, bila dah serik buat majlis yg kena masak sendiri, saya berhenti buat majlis. Saya ajak aje abamjohn dan anak2 keluar makan. Bertahun jugaklah kami buat gitu.
Bila anak dah besar, diorang nak sesuatu yg lain. Nak sambut bday dengan kawan. Seminggu sebelum bday anak saya yg si kembar tu, saya terjumpa satu iklan kat fb yg org share. Perancang majlis (yg lebih tepat ialah penyedia makanan utk majlis). Saya tengok pakej yg dia tawarkan agak menarik.
Macam tak percaya, dengan RM150 saya dah boleh buat satu majlis kecil untuk anak saya. Kalau hantar ke rumah saya dia caj RM15 extra. Last minute punya jemputan, dapatlah jemput 7 kawan terapat. Lagipun majlisnya saya buat waktu malam lepas isya', hari Jumaat. Hari Sabtu banyak aktiviti, hari Ahad pulak nak rehat.
Saya pilih pakej D. Cukup untuk keluarga dan tetamu. Saya cuma tambah 2 bungkus roti Gardenia yang dibuat pizza. Pastu saya beli air. Siap. Tak perlu nak memasak dari pagi. Kalaupun saya masak satu jenis makanan berat, dikhuatiri makanan tak habis sebab budak2 kan suka makan bukan2 masa party.
sosej roll |
cream puff |
sandwich telur mayo |
puding oreo |
theme choc cake |
Tiada dalam gambar - homemade chocolate dan mini cheese tart.
Tapi yg kelakarnya, yg paling laku ialah pizza roti saya hehehhe. Kawan2 anak saya kemain puji sedap. Padahal sapu mayo, sos, letak sosej dan tabur cheese pastu bakar.
Percaya atau tidak, party anak saya dibuat dalam bilik tidur kikikiki. Seperti yg saya pernah bgtau, rumah saya masih belum siap sepenuhnya. Ruang terbaik dalam rumah utk dibuat party ialah bilik tidur anak saya. Siang tu kami pindahkan apa yg patut ke bilik sebelah lalu kami hias ala kadar. Dalam masa seminggu tu jugak saya sempat order beberapa aksesori party seperti belon polka dot dan photobooth accessories melalui lelong.com.my. Aksesori lain termasuk mainan2 anak2 saya. Puaslah diorg bergambar.
![]() |
calon UPSR 2016 sekolah kluster kecemerlangan |
Alhamdulillah majlis berjalan lancar, anak saya pun happy, kawan2 pun happy. Masing2 mintak nak bungkus makanan sebab tak puas bila ibu ayah masing2 dah call nak jemput balik.
Satu kebaikan buat party dalam bilik ialah sebelum tidur kena kemas bersih2 dan pastikan dibuang sampahnya, mop lantai, lap apa patut dan letak semula brg di tempatnya. Kalau tidak tak boleh tidur hehehehe. Kalau buat kat ruang tamu masing2 akan pakat menyorok dalam bilik la nampaknya. Kitaaaa jugak yg mengemas sorang.
Sebelum terlupa, di sini saya sertakan screenshot party planner yg saya gunakan. Boleh call sendiri orangnya ye.
Sekian. Wassalam.