Quantcast
Channel: Mrs Aliyyah
Viewing all 514 articles
Browse latest View live

Group Buy Shopping Websites

$
0
0
Assalamualaikum.


Antara penyebab mengapa peniaga online Malaysia semakin tak laku macam saya (haha) ialah wujudnya website2 besar bermodal besar berkapasiti besar yang menjual hampir apa saja yang diperlukan mengikut trend masa kini. Kalau dulu yang paling dikenali memanglah ebay dan antara yang paling awal juga adalah Lelong. Kemudian wujud pula Mudah tapi masalah sikit dengan Mudah ni sebab ia cuma iklan yang tiada jaminan perlindungan pembayaran. Ramai jugak yang bank in duit tak dapat barang. Yang COD pulak tak muncul kat tempat dijanji.

Pastu bila keadaan ekonomi negara yang makin menyempitkan rakyat, semua orang mencari peluang meniaga. FB dan Instagram adalah platform paling mudah. Ada yang buat page, ada yang jual kat profile sendiri aje. Ada jugak yang buat grup meniaga. Kalau 10 grup kita join atau org bawak masuk (tanpa kerelaan kita huhu), semuanya iklan yang samaaaaaaaaaaa aje. Aduhaiiii..... pening berpinar la pulak dah satu iklan kat semua grup dia up. Instagram pun sama. Yg nak folo kita (dan biasanya kita folo la balik) semuanya nak meniaga rupanya. Letih bila upload sekali 18 post brg jualan. Letih nak scrol ke bawah. Last2 saya unfollow ajelah. SOrrY....

Pastu kecoh pulak peniaga FB/IG ramai penipu. Saya pernah kena sekali dua. Menjawab la sok yeee..... Pastu start pulak trend baru - Personal Shopper (PS). Biasanya khidmat PS digunakan untuk produk IKEA, KAISON, DAISO, yang mana kedai2 ni tidak ada serata Malaysia, hanya di tempat tertentu aje dan tidak ada online shopping untuk ini.

Pastu kecoh pulak PS penipu. Duit dah bank in, barang tak muncul. Yang order katil, lemari, rak buku, wallpaper, burn gitu aje duit simpanan berbulan-bulan. Itu la masalah bila join grup deko-deko ni. Mula la hati membuak2 nak beli padahal awak tinggal kat Perlis, Pahang nun. Guna khidmat PS kononnya, PS ke mana, duit ke mana, barang ke mana. Masalah jugak ye.

Jadi, dengan mengambil kira semua kebarangkalian seperti di atas, saya tidak lagi berminat shopping di FB atau Mudah atau FB Page atau Instagram. Saya juga berhati2 bershopping dengan kawan2 yang tidak berapa dikenali sebab nanti kang buatnya brg tak sampai, kawan jadi lawan pulak.

Sekarang yang paling best dan yakin selamat (bukan 100% selamat ok) ialah shopping online di webstore besar2 yang mana setiap peniaga perlu menghantar salinan Mykad dan detail tertentu sebelum memulakan perniagaan. Ada banyak webstore sebegini,  seperti Lazada, Zalora, Ipmart, yang diwakili oleh banyak peniaga yang wajib jujur dalam perniagaan, kalau tidak, kalau pembeli report maka tindakan akan diambil.  Ada juga Group Buying sites, di mana satu2 produk ni kalau mencapai sasaran berapa banyak pembeli yang diorg nak, maka harga yg sangat murah yang diiklankan akan valid. Kalau tak capai sasaran maka jualan murah tersebut mungkin akan dibatalkan seperti di GROUPON Malaysia.

cantik deal ni. Sampai 1,821 orang dah beli. RM3.99 x 1,821 = RM7,265.79. Shipping RM8.00 tak termasuk. Nilai shipping sebenar mungkin dalam RM6. RM2 x 1,821 = RM3,642 adalah untung. Tp masih saya rasa berbaloi untuk dibeli.

Lepas beli, inilah pesanannya. Dia kata tunggu email, dapatkan Voucher code. nanti redeem kat checkout website Photobook lepas create photobook tu. Sekarang mmg saya sakan buat photobook family sebab gambar terlalu banyak berpuluh ribu dalam gajet. Boleh padamlah lepas buat photobook.

Biasanya pembayaran kat group buy website ni guna credit card /  debit card / paypal / internet banking.

Selain beli barang, kita boleh beli voucher jugak kat Groupon ni. Antara voucher yang ada ialah restoran, hotel, themepark, malah pusat kecantikan jugak.

Hah sampai 2,703 orang beli deal ni. Harga asal RM138 satu kepala, kini HANYA RM88.00. RM88.00 x 2,703 = RM237,864 hotel ni dah collect. Fuhhh... menepati sasaran jualan untuk sebulan tak?
Sesapa nak merasa makan buffet kat 5 star hotel pada harga diskaun, carilah deal2 menarik kat Groupon.

Dan yg menarik minat saya:

deal menarik sebab harga asal memang beratus. saya biasa ke Wain Health & Beauty (Dermalogica) Seri Kembangan ni untuk facial. Yg bertahun tak habis tu..... dan dari Grouponlah segalanya bermula keh keh keh. Hati2lah bila dia offer pakej menarik nanti ye. Tepuk dada tanya poket.

Senang cerita, group buying ni merupakan satu cara mendapatkan sale dan pendapatan pendahuluan buat si peniaga sebelum mereka deliver servis atau brg yang dijanjikan. Kemudian kalau diorg pandai, melalui servis dan layanan yg baik akan memberikan diorang pelanggan baru yang mungkin akan jadi pelanggan tetap. Untung2 dapat jual pakej beribu2 kat seorang pelanggan. Bijak kan? 


Selain itu, hari ni saya nak promote satu lagi webstore yang banyak jual produk Korea. Takyah gi Korea dah. Pegi aje ke http://qoo10.my .



ada groupbuy jugak

Dan saya dah banyak shopping kat sini:

antaranya tau... ada banyak lagi ha ha ha. Kain lap dapur pun beli online ok. Free shipping pun.

Paling syok baru2 ni saya beli facial mask. Di Korea, ada satu tempat ni memang jual produk kecantikan sepanjang jalan iaitu di Myeongdong. Semua brand kosmetik Korea ada sana. Dan sangat banyak offer menarik kat sana. Antaranya ialah pakej mask yang berpuluh2 pek pada harga sangat berpatutan. Kalau gi Korea lagi memang ke sanalah saya nak memborong. Tapi, takyah gi Korea dah skrg ni. Org Korea boleh tolong pos aje ke kita.

Oh ye.. Qoo10.my ada seller tempatan, seller China dan juga ramai jugak seller Korea yg post brg direct dari Korea. Pandai2lah pilih, baca review satu2 ok.


32 pek + 4 free = 36 mask pada harga RM55.90. Shipping RM9 direct dari Korea. 

sekeping RM1.80 siap pos ke rumah

Watsons jual mask brand Watson pada harga RM25.90 untuk 5 keping iaitu RM5.90 sekeping, tak termasuk shipping atau kos ke kedai

kira punya kira lebihan stok mask yang ada (lepas tolak yg anak2 dara saya dah songlap), mask yg saya guna seminggu sekali ni bertahan sampai hujung tahun. Ada berbulan sebelum shopping lagi.



Bebaloi? Eh lupa. Saya ada jugak order mi segera halal ramyun Korea yang pedas melampau tu di Groupon baru2 ni. Harga RM30 (free shipping) untuk 2 pek (10 bungkus). Kat pasaraya RM24.90 satu pek. Dan lepas sehari mengorder, ada seorang warga prihatin di FB iklankan mi segera tu pada harga RM40 sepek tak masuk shipping. Kaw2 kena perli dengan tukang komen. Nak cepat kaya agaknya. Itulah dia bila meniaga tak buat research harga pasaran. Org Msia makin maju terutama bab IT dan yg melibatkan shopping hehehhe.

iklan di Groupon kata RM35 tp masa bayar saya dapat RM30 je.

Tapi ramyun ni akan dikirim ke pembeli pada bulan Jun. Bulan puasa. Jangan terceriberi makan buat buka puasa dah lah. Seller nampaknya masih kumpul order banyak2 dulu sebab deal ada lagi 2 - 3 hari. Jangan sampai terlupa pulak. Baca habis2 fine print. Kalau barang tak sampai2, sila buat laporan ye.


Dan akhir sekali saya suka merekomen 11street.my. Website ni pun boleh tahan dealnya. Biasanya kalau cari photobook yang size medium 8 x 11 inci hardcover, memang saya ke sini. Boleh dapat pada harga RM19.90. Selain itu saya juga pernah beli Shiseido Black Mask untuk mencabut blackhead dan whitehead tu. 10 pek RM3.45 aje. 


Mask ni bukan untuk saya. Anak2 dara yang nak sangat. Maklumlah muka anak remaja memang banyak whitehead. Org tua macam saya harus gi buat facial aje. Ada beberapa brg jugak yg saya dah beli di sini. Mmg kebelakangan ni abamjohn lebih galakkan saya shopping online aje sebab saya susah sikit nak keluar sekarang ni. Kalau mintak nak beli mekap2 insyaAllah takdelah halangan. Dia suka org rumah dia jaga muka keh keh keh. Lagipun deal kat groupbuy lebih menarik daripada kat supermarket. Kena bijak memilih aje.

OKlah uols. Pandai2 buat pilihan ye. Jangan sampai jadi hamba shopping udah le. Biasanya bila dah obses sangat, masa tu la Allah kasi ujian.

Wassalam.









Pelaburan Emas VS Jual Beli Emas

$
0
0
Assalamualaikum.

Jarang2 bukak fb sekarang. Sekali tu bila bukak, ini yg saya nampak:



Lalu saya klik ke pautan yang disertakan, blog www.mohdzulkifli.com, seorang master dealer Public Gold. Ohhhhh... kussssssss semangat! Rupanya pihak BNM telah yg diminta memberi penjelasan tentang pelaburan emas telah menggunakan term yg betul dan penjelasan yang betul tapi disalah-ertikan oleh si pemanggil. 

Selama ni kita dok fikir membeli dan menyimpan emas adalah satu 'pelaburan' dan pada pemahaman kita, beli emas kat kedai emas, bank, Public Gold atau mana2 penjual emas adalah satu pelaburan. Sedangkan menurut BNM pulak, pelaburan emas adalah lebih kepada skim2 yang diharamkan kerajaan, yang bayar sejumlah wang utk 'lock' nilai emas (tp tak dapat emas) kemudian pihak yg tertentu tersebut akan melaburkan emas kita yg kita tak dapat lagi tu, dalam pasaran emas. Nanti lepas 6 bulan ke, kita dapat la habuan. Haaa itu maksud 'pelaburan emas'. Tapi kdg2 skim ni ada yg tak betul, duit labur nanti jadi lebur. 

Jadi, sebenarnya apa yang org dok buat kat Public Gold tu sebenarnya adalah jual-beli emas, bukan pelaburan emas. Jadi, takle salah di sisi undang2. Kussss semangat. Sibbaik baca sampai habis kalau tidak kang punah harapan nak jadi jutawan emas ha ha ha. 

Dr Izwan, master dealer Public Gold hampir hari2 kasi mesej kat FB, bagi info pasal emas. Saya izinkan dia kacau saya 24/7 sebab saya takmo niat saya berubah pulak nanti sampai tiba masa saya memborong emas keh keh keh berangan! Ehh berangan tak salah kan? Bukan kena bayar pun. 



Utk permulaan jadi normal dealer pun jadilah. Untuk jadi normal dealer, sepatutnya kena ada modal RM30k untuk beli emas dan otomatik jadi dealer tapi kadang2 diorg buat offer special Hari Ibu ke Hari Guru ke, atau seminar ke, hanya RM10k pembelian emas membolehkan kita jadi Normal Dealer. Menarik kan? Agak2 kalau nak jadi master dealer, kena ada ada pembelian berapa la agaknya? RMsejuta huhuhuuuuu...


kalau teringin nak dengar Dr Izwan bagi sharing pasal emas, pegi la Public Gold PJ jam 8.30pm 26 Jun nanti. Untung2 menang lucky draw.

Nanti kalau saya dah jadi dealer, org nak beli atau tak, saya tak rugi apa2 kan? Sebab tiada caj tambahan untuk jadi dealer. 



OKlah uols... selagi belum jadi jutawan emas, kita berangan aje dulu. Sambil2 tu korek info banyak2 sementara tunggu duit jatuh dari langit. Tapi kalau yg rasa dah minat tu, pegi je beli 1/2g dulu, mulakan sikit2. Bulan ni 1/2g, bulan depan 1g. Bulan lagi satu 10g, bulan lepas raya 100g hihihi....



IKEA - Memburu Meja Makan Untuk Family Besar

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah beberapa bulan pindah, kami masih belum ada meja makan. Sekarang ni trend meja makan marble yang berat dia amboiiii.... kalau kenduri kendara nak mengalih meja memang la kena mintak tolong abam2 sado alih meja. Masalahnya jugak, saya nak meja yang tak terlalu berat supaya saya boleh alih meja sorang2 ikut suka hati saya. Nanti kang nak tukar karpet bawah meja atau nak alih meja mengadap sana ke sini ke... kan leceh nak tunggu orang tolong ye tak?

Sebenarnya nak mengadakan bajet beli meja makan tu insyaAllah boleh, ada la rezeki dia tapi disebabkan pengalaman lalu (dulu pakai meja makan 6 seater) membuatkan saya agak memilih dalam pemburuan meja makan sekarang ni. Dulu anak2 sampai bermasam muka sebab tak dapat duduk selesa kat meja makan. Kena duduk atas bangku. Sekarang rasakan.. berbulan makan atas lantai. Luas....

Antara kriteria yang perlu ada pada meja makan saya nanti ialah:

1. solid wood - tahan lama dan tak berat sangat. Dulu pakai meja kaca, hari2 asyik menggilap kesan cap jari. Atas meja ok lagi. Kesan cap jari bawah meja tu yg tak tahan. Budak2 ni kadang2 main baaachak bawah meja.

2. 8 seater - kami ada 7 orang sekeluarga. 

3. warna coklat gelap - kalau kaler cerah dikhuatiri diorg main kaler mengaler atas meja. Nangis woooo....

4. kerusi berlapik kusyen - nak empuk, kami ni keluarga kurus2 belaka maka kusyen semulajadi tak mencukupi. Keh keh keh...

Macam sikit je pun kriterianya tapi dah beberapa kedai keluar masuk, memang tak menepati selera. Walau sekarang trend semua orang beli meja marble, entahlah kenapa saya tak rasa saya akan bersetuju dengannya. Mungkin sebab design yang hampir sama dengan jiran punya, dengan kawan punya (hahahahahahaha) saya takmo la kot. Padahal ada aje tokey kedai perabot kat depan tu tunjuk katalog. Marble + kerusi PU leather. Hmmm... saya nak kerusi kayu berlapik kusyen bersarung fabrik tahan lasak. Cerewet eh? 

Pemilihan jenis kerusi sebenarnya adalah pilihan anak bujang saya. Beriya dia nakkan kerusi macam tu. Jadi apa salahnya saya ikut citarasa anak jugak sekali sekala?

Pernah jugak saya ke Index Living Mall, terjumpa meja kayu cantik tapi boleh muat hanya 6 orang. Kalau letak meja lagi 2 mmg la boleh cuma nanti berebut ruang nak letak pinggan. Harga pun ok, dalam RM900. Tapi minta maaf, terpaksa dilupakan.

Akhirnya saya intai2 di IKEA website. Dan macam terberkenan dengan 2 meja.




Untuk extendable table boleh muat hingga 8 seat, ada 2 pilihan meja iaitu BJURSTA dan STORNÃS. BJURSTA murah aje RM729  (excluding gst) tapi ia bukan kayu solid. Ia diperbuat daripada particle board yang memerlukan penjagaan rapi. Underframe dan extention rail aje yg guna solid wood. Jadi, meja tak boleh kerap sangat kena air. Kena cepat lap. Jadi, dengan anak-anak aktif dan ramai, tak sesuai meja tu saya beli kalau niat nak guna melebihi 10 tahun.

Minimum length: 175cm (1.75m)
Maximum length: 260cm (2.6m)

OK jugak kan saiznya.





Untuk STORNÃS pulak, semua parts dibuat menggunakan kayu solid pine dan solid birch. Lebih tahan lama dan nanti makin lama warna dia akan jadi makin cantik, takde la terkopek2. Harga dua kali ganda daripada BJURSTA tapi ketahanannya pasti berbaloi setiap sen yang dibelanjakan.



simple aje kan? Takde kerawang-kerawang. Menepati selera


Kalau nak jimat ruang - Meja paling pendek dengan 6 kerusi


Kalau lauk terlebih sikit atau nak letak extra brg - 6 kerusi


8 kerusi. Alhi ke 7 dan ke 8 tak perlu rebut ruang letak siku hehehe. Hmmm lawa lak lantai kayu tu kan

Bayangkan kalau buat majlis, banyak tak makanan boleh muat atas meja? Panjang minimum: 201cm (2m) maximum: 293cm. Hampir 3 meter okayyy.... puas!


Inilah extra 'leaf' yang boleh disorok bawah meja. Tak perlu risau anak bawak main.

Dan kalau saya yang memilih jenis kerusi, teringin nak cuba kerusi clear macam gambar bawah ni. Konsep rumah saya kan moden minimalis + kayu. Saya pilih minimalis kerana JIMAT banyak haha. Kalau saya pilih English - nak kena beli pinggan mangkuk sesuai pulak. Potmeirion lah, Vantage lah... Saya hanya selesa dengan pinggan putih plain aje. Simple.



Tapi dengan pemilihan kerusi yang dibuat anak saya, saya memilih INI:

Henriksdal Chair - RM200 white

Kalau bajet lebih sikit saya pilih kaler ni:

mungkin boleh mix and match 2 kaler nanti


Kalau combine kerusi dengan meja jadi la macam ni:


Harga kombinasi: RM1,699.00 + 8(RM200) = RM3,299.00
GST: 6% RM197.00
Penghantaran: RM80.00; pasang sendiri je xde charge 10%

Total: RM3,576.94 untuk 8 kerusi Henriksdal putih.

Kalau saya mix 2 Henriksdal light brown (Linneryd Natural) dengan 6 putih harga akan jadi RM3,788.94

Kalau semua 8 kerusi kaler light brown pulak RM4,424.94

Amacam? Cun? Bajet kerusi dan meja lebih murah daripada set meja makan marble yang Bangladeshi kedai perabot tu jual antara RM4,000 - RM5,000. Melampau2 diorg letak harga. Sama jugak macam set bilik tidur. Mahal! Baik saya pilih apa yg perlu kat Ikea jugak. 

Kebaikan membeli Henriksdal di Ikea, sarungnya boleh dicuci, dan boleh diganti. Kaler putih tu mmg cepat kotor tapi tengok harga sarung cuma RM30. Tak le risau sangat nak ganti seluruh kerusi. Tahun ni guna kaler putih, tahun depan beli sarung kaler maroon. Tahun lagi satu sarung bunga2. Tak perlu ganti kerusi baru, cuma ganti sarung aje. Mix and match pun cantik.




Meja makan dah jumpa. Tinggal membodek abamjohn gi beli kat Cheras atau Damansara. Nak ajak gi Ikea macam mengajak gi melancong makan angin bakhang. Kemain susah sebab katanya JAUH. Pastu dia kata nanti saya singgah sana singgah sini, padahal dah tau apa nak beli. Hmmm konon je tu. Padahal saya dah terbiasa dengan cara abamjohn dan jarang2 singgah menyinggah kat department tak perlu. Yang menyinggah nanti sebenarnya abamjohn sendiri hhahahahaha. Saya pulak yang kena tunggu dia membelek. Nampak permainan dia?

Wassalam.




IKEA Frame Dan Poster Dari Photobook

$
0
0
Assalamualaikum.

Kepada pencinta deko, pasti tak akan membiarkan dinding-dinding kosong tanpa sebarang hiasan. Sama ada wall sticker..

http://howtofurnish.com/wall-decals/

http://howtofurnish.com/wall-decals/


Shelves...

https://www.ibmhcorp.com


atau frame gambar menjadi pilihan.

http://twentyfiveemu.hol.es/picture-frame-wall-decor.html

Kena pandai memilih mengikut bajet semestinya. Kebanyakan dinding saya memang masih kosong. Yang mana dah tergantung frame dan shelves tu, semuanya adalah dari rumah lama. Tapi masih banyak jugak dinding kosong belum di-deko. 

Pegi intai2 ke Kaison, memang dah berkenan kat beberapa lukisan /gambar siap gantung tapi bila tengok harga... hmmm... yg berkenan yang itulah mahal kan. Tak jadi la saya beli. Kalau bajet deko beratus ribu memang dah sambar dah pejam mata hihihi. Pegi kedai lain - tak berkenan. Harga ok tapi alahai tak kena selera dan konsep rumah kononnya.

Baru-baru ni saya terjumpa pulak offer daripada Photobook Malaysia, di http://11street.my. Offer personalised poster print size A3 x 4 keping pada harga RM15.00. A3 size ialah bersaiz 297mm x 420mm atau 11.7 inci  x 16.5 inci. Jadi saya pun beli offer ni. Lepas dah sediakan gambar yang nak diprint secara online, saya kena bayar shipping RM8.48. Jadi, kos untuk 4 keping poster ni ialah RM23.48. Satu keping RM5.87.




Kurang seminggu saya terima poster yang saya print. Bersorak saya! Kemain cantik hasilnya. Kualiti kertas sangat memuaskan. Memang Photobook Malaysia tidak pernah mengecewakan.


kotak dia


ada macam wanita Turkiye?

gambar terbaru kami tahun ni. Malas nak cantum - blend, inilah hasilnya kurang best


Cantik tak? 



Untuk cantum2 gambar dan blend tanpa frame petak2 tu, boleh guna App Split Pic sama ada di ipad. iphone atau android. Check setting untuk size gambar yang sesuai ok. Siap boleh hias2 dengan picart dan wordings gempak2.




Pastu nak gantung cemana gambar2 ni? Serius cakap, susah nak jumpa frame gambar yang menepati citarasa saya. Malas nak mencari kedai frame, kalimah Allah Muhammad yg saya beli bersaiz sangat besar masih tidak dibingkaikan lagi sebab tak jumpa kedai frame. Jadi, untuk size poster A3 ini, baik pergi aje ke IKEA, cari frame pelbagai size dan rupa ada dijual. Dan saya dah aim frame gambar jenis RIBBA.

Untuk size poster A3 ni, belilah RIBBA size 40cm x 50cm. 


RM34.90 satu frame 40cm x 50cm, gambar sekeping RM5.87. Total RM40.77 satu. Kalau 4 = RM163.08 satu dinding. Ok tak? Kalau cari kat Kaison saya berkenan yang harga RM99 x 4 tu (total RM396. Tapi tak customised lah. Sesapa pun boleh beli yg sama. Kalau gambar family sendiri sentimental la sikit kan.

gambar depan

saya suka frame ni sebab ketebalan dia

poster size A3 ngam kat ruang dalam frame RIBBA 40x50 ni. Saya tau sebab saya ada RIBBA kat rumah hehe


Gambar dah ada, frame dah tau mana nak cari. Bila pulak nak ke Ikea nih?????? Abamjohnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wassalam.

Hikmah Renovasi Tergendala

$
0
0
Assalamualaikum.


Renovasi dapur basah saya tergendala 5-6 bulan. Lama kan? Extend dapur basah sebenarnya dah habis. Tinggal pasang tiles, lampu dan kabinet dapur aje yang tergendala. Tukang pasang tiles dan lampu dah ada tapi dia ni agak busy, sana sini orang panggil sebab kerja dia bagus dan dia cuma ambik upah, tak masuk campur hal2 pembelian bahan. Macam ni memang senang nak bajet. 

Apa2 hal pun kami dah booking dia kerja kat dapur basah kami dalam bulan puasa ni. Dia free insyaAllah. Masa tu harapannya bajet segala bajet pun dah ada insyaAllah. Subject to change hahaha.

Suatu hikmah yang sangat besar bila Allah tak izin kita buat sesuatu walaupun kita dah rancang sebaik2 perancangan. Jangan mengeluh aje kejenya, cuba bawak bertenang dan bersabar....

Sebulan dua ni, dapur basah saya yang dah extend tu CRACK dengan teruk. Crack dinding sampai air dr sebelah sana boleh masuk. Bukan satu tempat aje. Semua 3 penjuru dinding tu crack. 


lantai basah


proses repair

Bila dibelek2, itu bukan plaster yg crack tp mmg dinding. Batu bata tu crack. Bila dinding crack, slab bumbung dapur pun jadi bocor masuk air. Mula2 dulu sikit aje bocornya. Asyik la kita ni panggil kontraktor yg sama suruh cek bocor. Dia kata cuma air dari skru. Dia datang cuma touch up plaster siling aje. Lama2 satu dapur pun bocor. Mengamuk abamjohn! Kontraktor kemain susah nak datang, datang lepas abamjohn hantar gambar2 crack dan air bocor ikut dinding dan siling. Dia ingat kita main2 kot. Bila saya perhati slab ikut tingkap bilik atas, nampak ada crack jugak kat slab. Patutlah satu dapur bocor!

*gambar2 ini semua dinding yg dah siap kena hack oleh kontractor

nampak tak bata tu retak?





nampak kecik kan? Tapi crack dia bawak ke dalam. Nak gantung blinds pun tak jadi 


Mujur belum pasang lampu, belum pasang cabinet, belum buat apa punlah. Kalau tidak, bayangkan apa yg perlu dicabut dan ditanggalkan utk baiki segala kerosakan? 

Kontraktor yg extend dapur dah hack, ikat dan simen balik  katanya... sekarang tengah tunggu hujan turun utk tengok balik air ada masuk ke tak ikut slab. Sebab next step nak ganti plaster siling dan plaster dinding dan cat balik. Tapi hujan tak turun dah seminggu. Setakat rintik2 15 minit tak cukup nak check slab saya masih bocor atau tak. Tapi xpelah xhujan kot sebab kesan basah kat siling dari minggu lepas pun tak habis kering lagi. Ni bocor bukan sebarang bocor, menitik2 air dari bumbung tau! 

Sekarang, nampak jelas bahawa setiap sesuatu yang berlaku ada hikmahnya. Ada org diberikan kelapangan wang dan masa utk buat semuanya mengikut jadual. Ada org, bayar, bayar, bayar... sekali tu kena tipu dek kontraktor. Modal extent dapur all in dari RM60k terus melonjak RM100k hanya kerana terpaksa terminate kontraktor lama dan cari kontraktor baru. Jiran saya habis beratus ribu untuk reno rumah, tapi diberikan ujian anak umur 2 tahun sakit jantung berlubang. Ada pulak yg jenis percaya kawan, sekali tu kena kencing dengan kawan sendiri. Duit habis, rumah tak siap. Ada jugak yg macam kami, buat semuanya berperingkat mengikut bajet, dan terpaksa bersabar, bersabar dan bersabar, mungkin setahun baru merasa semuanya lengkap. Alhamdulillah. Ada org pulak apa pun tak boleh buat. Saya dah merasa yg ni. *pssstt.. sabar ye my friend. InsyaAllah ada rezeki nanti. Sabar je. 

Tapi semua pun adalah sesuatu yang perlu kita ambil sebagai pengajaran dan pengalaman. Jangan cepat melenting. Jangan sampai bergaduh laki bini. Istigfar banyak2. InsyaAllah semuanya akan ok.

Apa2 hal pun ai lef mai abamjohn.

Wassalam.





Projek Baju Raya

$
0
0

Assalamualaikum.

Saja nak mewar-warkan kepada yang ada baju2 masih elok yang dah tak muat, apa salahnya dihadiahkan kepada yang memerlukan.



PROGRAM AMAL:

Baju Raya Project
Tarikh: 28 Mei 2016, Sabtu
Tempat: Masjid Wilayah KL
Masa: 8am - 2pm

* masa akhir penghantaran 1pm

APA YANG DIPERLUKAN:

Baju kurung (jubah / kebaya / etc)
Tudung
Baju Melayu

* kanak-kanak atau dewasa, lelaki atau wanita, yang baru atau yang masih elok dan bersih. Mohon tidak menghantar baju lusuh, koyak atau rosak ok. 

Masukkan dalam plastik mengikut saiz dan jenis, tandakan dan hantar kepada mereka.

Sebarang pertanyaan: 

Aliff:  016-7176057 
Email: bajurayaproject@gmail.com 
FB/IG/Twitter: BajuRayaProject

Dikelolakan oleh Pertubuhan Projek Kasih (PPM-010-10-08092014)


Disclaimer:

Saya tidak terlibat secara langsung dengan projek amal ini. Saya hanya membantu mewar-warkan.

Grill Pan - Kuali Pemanggang Steak

$
0
0
Assalamualaikum.

Tertengok iklan Go Shop... humangaiiiiii bestnya bila tengok periuk dan kuali. Nampak pinggan mangkuk mahal dan cantik saya tak rasa apa2 pun tp bila nampak kuali dan periuk, menggedik2 jiwa ni nak beli.

Kat Go Shop, set kuali Happycall memang menarik hati saya tapi nak beli satu set mahal sangat. Yg saya berkenan sangat tu ialah kuali panggang steak. Lain2 tak kisah sangat.




 Apa yang best sangat? Yang best tu selain tak melekat, ia ada belang2 jalur2 yang bila kita panggang daging atas dia, nanti daging kita ada jalur2 belang2 cantik tu. Kelassss..... macam hotel kan?

Tapi cuba layan sikit review pasal periuk ni kat Go Shop... tak macam Magic Foam yg saya beli tu, kalau 8 review, 8 lah negative. Tp untuk periuk ni kebanyakannya review best2, ada jugak yg neutral dan ada jugak yg kata periuk calar la defect la, telur melekat la... tu yg malas beli online!

Pastu saya tercari2 jugak kalau ada brand lain untuk panggang steak berjalur ni. ADA di IKEA. Harga?



 Harga ok. RM69.00 je. Tapi saya ada pengalaman beli kuali Ikea... kejap aje tahan melekat. Tak lama lepas tu terkopek2 coating dia. tak cantik dah. Menggoreng tanpa minyak pasti melekat. Sebab tu la periuk mahal2 ni sangat best. Harga selari dengan kualiti. Ikea? Jgn guna selalu. Tak cukup tahan lasak.

Tapi saya cari2 jugak kalau ada personal shopper kat mana2 jual Ikea grill pan ni. Saya jumpa la kat 11street. Tapi harga dia....





 Amboi... ni betul punya mark up. Harga asal RM69. Harga jual berkali ganda. Paling murah RM149, selepas mark up 2.16 kali dr harga asal. Yg lain, saya tak tau nak kata apa. 3 ke 4 kali harga asal. Simpanlah kuali tu sampai karat ye.

Kengkadang terbaca kawan2 deko kat FB komplen. Asal Ikea letak barang aje, habis... tak sempat diorg nak beli bawak balik. Personal shopper dah sapu habis2. Sampai saya pelik, personal shopper bukan ke tolong belikan barang, bukan borong brg habis2 dan kacau market yang ada? Agaknya2 diorg boleh jual ke brg yg dinaikkan harga 3 - 4 kali ganda drp harga sebenar? Good luck. Silap2 nanti buat sale gila2 akhirnya. Asal dapat balik duit modal.

OK, tak mampu beli Happycall dan tak mahu beli Ikea. Tadi saya jenjalan Aeon Big Puchong Utama. Ternampak grill pan, sama pulak kaler dengan periuk saya.... apa lagi? Dah alang2 sampai Puchong kan... sambar ajelah. Kebetulan pegi Aeon Big untuk beli kambing. Nak order kat tukang jual kambing yg saya cerita kat sini dah tak sempat.


Made In Korea jugak








 Cantik? Katanya boleh diguna atas induction cooker tapi bila tengok bontot kuali saya kurang yakin sebab biasanya yg corak2 gitu tak begitu match dengan induction. Kalau yg bintik2 seperti yang saya cerita dalam blog post SINI tu, insyaAllah takde masalah. SINI -----> http://www.mrslya.com/2016/02/kepuasan-yang-pelbagai.html
 
Tapi mujurlah dapur saya sekarang bukan induction tapi ceramic. Ceramic cooktop ni boleh guna apa saja periuk termasuk Arcopal Porcelain lama mak saya.

Tak sabar2 rasanya nak buat steak berbelang2. Nanti saya dah masak, saya tunjuk gambar eh...

Eh harga periuk berapa pulak? RM157.90, berbaloi2 dengan kualiti. Kualinya tebal, setanding Tefal dan Happycall. Brand NEOFLAM. Cuba la google memang geram tengok periuk2nya. Kalau beli online lagi mahal tau.



 Seperti yg saya bgtau dalam entry Magic Foam tu, jangan mudah terpedaya dengan iklan dalam tv tu. Gi belek sendiri kat kedai, pastikan elok, takde calar, takde kemek. Baru le beli.

Wassalam.

SMULE : Karok Masa Kini

$
0
0
Assalamualaikum.

Dah berapa hari saya tak bersiaran ye? Biasalah.. sibuk layan hal anak2 dan diri sendiri. Hari Isnin lepas dah boring sangat asyik terperap kat rumah, saya layan diri bawak anak2 dara saya gi Alamanda, pegi tengok periuk2 yang best2. Memang termenung sejam depan periuk. Teringin nak beli tapi tak beli.. nak beli ke tak beli, nak beli ke tak beli... Macam manapun kena buat perbandingan harga dan kos2 terlibat sama ada beli di kedai atau online. Akhirnya tak beli (pospon beli), saya cuma beli Pyrex Bakeware, antara barang dapur yg tersenarai dalam list pembelian untuk dapur saya. Tapi satu perkara yang pasti, keluar rumah menghirup udara shopping kompleks memang satu nikmat hahahaha.

Bawak anak-anak dara saya  (all girls only. Boys sekolah petang) gi makan-makan, gi MPH, gi cuci mata sana, gi cuci mata sini, memang seronok. Diorg pun siap cakap, "Dah lama kita tak keluar macam ni kan?". Alahai kesiannya... sejak pindah ni mmg jarang bawak diorg keluar. Kereta selalu abamjohn pakai....

Tapi hari ni bukan nak citer hal shopping. Nak citer kisah karok (karaoke) cara baru yang tengah kemaruk orang semua layan. SMULE. Saya layan gak, cuma KADANG KADANG aje. Nak sampai kemaruk, lupa masak nasik, lupa basuh kain lupa lipat kain cuci pinggan tu naudzubillah takdelah. Mintak jauh... kang kena sound dengan laki pulak sebab melampau2 kan.

Pernah gak terbaca kat FB bagaimana seorang isteri mengadu hal suaminya yang ketagih berSMULE. Dah karok, karok je lah. Tapi sampai buat whatsapp group untuk follower SMULE, gathering bagai... kan mengundang memacam hal nanti? Isteri tu komplen sebab suami dah tak berapa layan anak isteri. Hmm... dah pulakkkk..... Kenapa ek manusia ni bila diberi sikit, dia mesti nak lebih? Man man dah aaaaaa........

Pastu SMULE ni bukan setakat rekod suara, nyanyi berduet, boleh rakam video sekali. Kita boleh tengok muka si penyanyi. Dah tentu2 lelaki no hal nak rakam muka, tapi pompuan mesti kena mekap dulu, yg bertudung kena la melitup litup. Kalau saya la rakam muka yg kepenatan buat keje rumah ni, memang macam mak lampirlah hahahahaha. Kita pulak SMULE masa anak2 dah gi sekolah, masa tunggu Cik Rai balik. Masa tu la masa terbaik nak layan diri. Tak kuasa aaah nak mekap2 bertudung bagai.

Apa-apa pun kegilaan yang didedahkan dalam dunia cyber sekarang ni, gunakanlah secara berpatutan saja. Jgn sampai lalai, tak masak nasi, makan gaji buta, gaduh laki bini, tak study dan sebagainya. 

OKlah saya belanja satu lagu duet dengan sepupu muda saya.   Masih single. Kembar dia baru menikah semalam hehehehe. Maafkan suara tak sedap. Kalau sedap ai dah lama jadi retis tau.



Sebab saya pemalu, tak kuasa la nak rakam muka. Saya wakilkan BabyBop aje hehehehehe.



Cuti Sekolah Datang Lagi

$
0
0
Assalamualaikum.

Cuti sekolah datang lagi. Kakak saya sorang ke New Zealand, sorang lagi ke Perth. Amboiiii.... saya pulak sibuk dengan anak2 yang sorang sibuk dgn kelas tambahan UPSR dan sorang lagi dengan kelas tambahan PT3. Semuanya pun sekolah punya arrangement. Cuti macam tak cuti. Van sekolah tak beroperasi, mak bapak kena urus sendiri. Mujurlah ada jiran yang prihatin, ajak car pool bergilir2 hantar jemput anak. Kebetulan anak sama sekolah menengah dan yg sekolah rendah pun hanya satu jalan aje. 

Sebelum ni kemain beriya nakkan anak masuk sekolah bagus2. Bersungguh2lah abamjohn saya panjat sana sini nak tukarkan sekolah anak ke sekolah yang baik kat sini. Alhamdulillah semuanya dapat ke sekolah cluster, baik sekolah rendah mahupun menengah. Dan alhamdulillah anak2 saya takde masalah mendapatkan keputusan baik mengikut standard sekolah setiap kali peperiksaan. Tapi rupanya nak jadi warga sekolah cemerlang ni ada harga jugak. Walau sekolah kerajaan, terasa jugak dia punya kelainan berbanding sekolah lama. Yg UPSR tu rasanya dah 3 - 4 kali pegi kem atau bengkel. Berbayar bukan free. Tiap Sabtu mcm sekolah lain, ada kelas tambahan UPSR. Bayar jugak bulan2.  Tu tak termasuk aktiviti lain2 kat sekolah. Sampai saya cakap, ni kalau xdpt 6A tak tau la nak cakap apa. 4 anak sekolah kebangsaan je pun, dah terasa jenuhnya. Tu tak termasuk cik Rai ni. Sebab nak kejarkan sekolah yg sama tahun depan, kami masukkan ke tadika yg diyakini prestasinya. Memang la nampak ketara. Tp cer teka berapa yuran tengah tahun dia? RM1645.00, dah mcm yuran awal tahun tadika tahun lepas darab 2. Tp apa nak buat? Bayar ajelah. Dah rezeki dia. Nak masuk sekolah cluster kan?

Amboilah anak2 sekarang.  Seingat saya dulu masa sekolah, nak mintak mak RM3 pun takut... tak sampai hati jugak sebab dok sangka mak kita takde duit. Padahal mak kita punya kuat keje sampai jrg2 nampak bayang. Byk duit sebenarnya, sebab tu mampu beli pyrex dan arcopal arcoflame ok. Kalau saya berkenan apa2 brg, sanggup kumpul duit belanja sekolah. Tambah pulak mak garang macam rimau, bila dia jerkah satu rumah bergegar. Mmg takde la nak mintak apa2. Nak tanya soalan pun takut. Silap2 kena tengking free je. Satu hari mood ke laut kang. Anak skrg? "Mami, kena bayar RMxxx duit itu ini.." kalau kita buat2 lupa dia whatsapp abah dia sampai abah transfer duit. "Mami, kalau dpt 5A UPSR nak iphone6" Memang buat darah tinggi diorg ni. Kita pun pakai fon android bukan model terbaru tauuu....

Bila anak dah sekolah semuanya, baru terasa betapa kos memiliki seorang anak itu sangatlah besar harga dan nilainya hihihihi. Dah mcm2 demand pulak tu hahahhaaha.... ni utk anak zaman skrg. Zaman dulu rasanya 1% je dr kos skrg kot haha. Tu pasal mak nenek kita beranak byk rilek aje. Akhirnya anak jadi org jugak.

Jadi, ke mana saya cuti sekolah ni? Tak ke mana la kitaaaa..... puasa pun dah dekat. Mana sempat dah nak plan apa2. Kita duduk rumah, main masak2 je, sambil fikir bila nak beli meja makan? Tiada meja tiada raya.


Cast Iron Cookware

$
0
0
Assalamualaikum.

Amboiboiboiiii.... asyik2 cerita hal masak-masak, periuk dan periuk sekarang ni... kalau google pun asyiklah cari info pasal periuk. Naik buntang bijik mata tengok periuk macam2 rupa, macam2 harga. Tak sangka pulak periuk pun ada sampai beribu! 

Hujung minggu lepas abamjohn ada emergency kena singgah Alamanda lepas kelas muzik anak-anak. Saya pun ambik kesempatan ke Parkson, tengok balik harga periuk yang terlupa saya nak tengok sebelum ni.

pressure cooker (atas api) yg pendek ni RM790.00 erkkk kalau yg tinggi RM990.00. Pengsan.

haaa ni ada diskaun tapi saya takmo yg berpenutup kaca. Y ni set periuk dan pan

Memang kalau beli online pun itulah harganya. Jadi, tak perlu le rush atau berfikir sampai tak tidur malam memandangkan Parkson kata 'pink label' takde diskaun. Oleh itu rilek je la. No discount kan...

Periuk2 yg saya tengah seronok tengok dan survey ni ialah periuk aluminium bersalut ceramic dengan fungsi non stick premium quality. Banyak periuk non stick di pasaran (mcm yg saya biasa beli eheh) tapi kualitinya ala-ala aje. Tercalar sikit, maka bersedialah dengan calaran yg seterusnya. Biasanya periuk tanpa kualiti premium ni tahan tak sampai setahun pun, sebab salutan non stick akan terkopek akhirnya apa lagi dengan penggunaan kerap dan tanpa penjagaan yg sewajarnya. Oleh itu, beralihlah ke non stick premium quality pulak kalau rasa nak bertahan sampai 10 tahun ke atas.

Tapi kan.. baru2 ni saya kerap sangat tengok satu jenis periuk yang selalu sangat saya nampak dalam filem omputih, malah dalam rancangan masak-masak omputih ni. Pastu kebetulan kakak saya yg tengah kemaruk shopping brg dapur tu baru lepas menayang set periuk yg dia order dari UK. UK ok. UK. United Kingdom tau. Saya setakat gila periuk buatan Korea aje. Ni UK mari ok. Tengok taste dia lagi dasat OK... UK. Bila saya tanya harga, katanya seluruh set (3 periuk berpenutup pelbagai size dan 1 kuali panggang steak yg berjalur) ialah £188. Dalam RM1,120.00. Maknanya 1 barang RM280.00. OK terus terang saya kata, MURAHlah. Tapi apakah periuk itu?

CAST IRON.

Cast iron tu apa? Periuk cast iron ni sebenanarnya adalah periuk tradisional yang biasa digunakan sejak zaman tok nenek kita, dan sangat BERAT. Bak kata kakak saya yg ada slip disc tu, angkat penutup pun dah menangkap kat pinggang hahahaha. Hmmm kebetulan kat Parkson hari tu, masa nak melangkah keluar dari sana, betul2 kat pintu masuk Parkson Alamanda ada display set cast iron cookware dan saya sempat cuba angkat penutupnya. Memang berat! DAN MAHAL.

Daripada review yang saya baca sekali lalu kat google, periuk cast iron ni katanya lambat nak panas. Kengkadang bila masuk oven, makanan panas tapi periuknya tak panas lagi. Tapi kebaikannya ialah panas periuk tu lambat pulak hilang. Ooo... jadi kalau masak makanan dalam periuk tu, lambat la dia sejuk dan sebenarnya kata google, makanan yg dimasak dalam cast iron ni lebih sedap dan vitamin tak hilang kononnya. Ye ke? Macam best je.

Kebanyakan periuk sekarang telah melalui perubahan teknologi di mana banyak periuk dibuat menggunakan sama ada stainless steel atau aluminium. Lebih ringan. Tapi tak sesuai untuk penggunaan berat seperti outdoor bbq. Cast iron mmg dicipta sangat sesuai utk diletak atas pemanggang bbq. Takde masalah. 

Tapi kan, ada kaedah rupanya nak guna cast iron ni. Dapat2 aje kita kena bersihkan dengan air, lap dan salut dulu dengan minyak seluruh periuk. Diorang kata seasoning. (Pastikan jangan biarkan periuk tu basah tanpa dilap sebelum disimpan. Air tu boleh mengurangkan jangka hayat periuk yg biasanya antara 25 tahun ke seumur hidup). Letak sikit minyak sayur, guna tisu dapur dan lap seluruh periuk. Pastu masukkan dalam oven. Lepas tu ulang lagi, dua ke tiga kali baru boleh simpan sebelum bersedia utk digunakan. Dah pulak. Macam hebat aje bunyik dia kan. Ada jugak yg saya tengok youtube, katanya jangan guna air sabun. Kalau risau bakteria? Masa panaskan dalam oven nanti bakteria semua mati katanya hahaha. Tapi ada jugak yg kata takde masalah guna sabun. Hmmm pilihlah mana2. Apa-apapun, saya sangat berkenan pada skillet pan dia. Rasanya saya perlu buat koleksi 2 - 3 biji. Keluarga besar... satu buat masak telur, satu buat masak sayur, satu lagi buat daging panggang. Kalau yg besar sesuai buat pizza. Amboiboi boiii....

OK nak beli kat mana selain Parkson?

Saya ada jumpa di 11street.my.





brand Le Creuset untuk yg ada-ada


Jangan nangis tengok harga tau. Sebab ada lagi brand lain yang lebih berpatutan. Seperti jenama yg kakak saya beli: Pro Cook dari UK melalui Pro Cook website.

Harga macam best cuma tak pasti berapa shipping cost

baca betul-batul.. satu periuk 26cm beratnya 6kg. Guarantee 25 tahun. dah pre-seasoned, takyah nak salut2 minyak dah. Terus guna aje.


Atau LODGE di 11street.my


Masih mahal?

Emmm macam mana nak tolong eh... ok ok saya pecahkan rahsia sikit.

Uols teringin nak pakai cast iron? Ok meh bisik..... dekat sikit telinga tu...

Pergi ke www.amazon.com dan pandai-pandailah cari. Satu periuk boleh dapat dalam RM150 dengan free shipping ke Malaysia. Tapi berita baik yg lebih baiknya ialah, untuk periuk cast iron yg menjadi pujaan saya kat Amazon ialah, ia bukan hanya cast iron cookware tp ialah Dutch oven yg sangat tahan lasak, tahan lama dan menyamai fungsi periuk cast iron tradisional zaman dulukala. Kalau baca review dan komen, memang rasa jam2 tu nak beli. Yg tak reti masak pun jadi pro katanya.





Dan ini yg berada dalam shopping cart saya:



Total USD95.68. Dalam RM570.00 untuk 3 skillet pelbagai size, 1 periuk 5-quart, 1 periuk 2 quart dan aksesori iaitu scrapper dan scrub brush. Murah kan? Tapi bila nak bayar ni? Hahahahhaha tunggu la bila ada duit kita proceed bayar ok. Kih kih kih janji shopping cart berisi. Ini la aktiviti surirumah bila takde keje. Mengisi shopping cart.

Tak perlu cantik berkaler2, janji fungsinya sama malah lebih baik kan? Paling bagus ia lebih murah. Oklah good luck dalam men-survey. Kalau info yg saya kasi tak cukup, boleh google dengan senang hati sampai hadam ok. Maklumlah blog saya ni blog 'info sekali lalu' aje.

Wassalam.









Type 1 vs Type 2

$
0
0
Assalamualaikum.

Hmm... apa cer?

Saja kali ni nak usik sikiiit tentang kisah isteri type 1 dan isteri type 2.

Saya juga ada pendapat. Kalau tak setuju, maafkan saya. 

Pertama. Apakah tujuan kita bernikah? 

Kedua. Apa perbincangan yang dibuat oleh anda berdua sebelum anda bersetuju untuk menerima pasangan anda sebagai teman hidup?

Ketiga. Apa perbincangan anda suami-isteri apabila disahkan anda bakal menimang cahaya mata?

Keempat. Apa perbincangan anda suami-isteri apabila anda mula berkomitment dengan pihak bank? dan komitment sedia ada? 

Kelima. Apa perbincangan anda dengan pasangan tentang urusan kerja rumah?

Keenam. Sekiranya ada masalah dengan pasangan, apa anda buat?  Mengadu kat siapa? Mohon petunjuk siapa? Mintak nasihat siapa? Kawan? Mak? Kakak? Abang? Media sosial? Atau bersabar dan berbincang dengan pasangan secara baik2 apabila dah mendapatkan ketenangan?

Ketujuh. Apa tujuan sebenar anda bekerja? Adakah benar kerana nak bantu suami semata atau ada banyak lagi alasan yg tidak membenarkan anda berhenti kerja? Apakah alasan2 itu?

Kelapan. Adakah anda sebagai isteri bersedia untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa jika suami minta? Ye? Kenapa? Tidak? Kenapa? Adakah alasan anda sangat kukuh hingga anda terpaksa lepaskan peluang yang selama ni anda tunggu? Eh betul ke anda mahu jadi surirumah? Tepuk dada tanya selera.

Boleh pegi sampai 18 sebenarnya tapi kita berhenti kat 8 ajelah.

Kesimpulannya. 

Adakah kita menikah kerana cintakan dia semata-mata? Saya yakin wanita yang bersetuju untuk menjadi isteri mempunyai cita2 untuk menjadi isteri terbaik buat suami. Mahu menjadi isteri mithali, solehah.  Nak masuk syurga atas dorongan suami. Bukankah itu cita2 para isteri? Tapi banyak yg berlaku, cita2 dah hilang ke mana sebab sikap suami yg konon begitu begini.. Perkahwinan tah kemana hala tuju pun tak tau. 

Ustaz dan ustazah yg berceramah tu memberikan panduan.. biar sejuta kali menceritakan hal yg sama, tetap masih ada isteri yang 'tahu tapi takmo buat' baik type 1 atau type 2. Sama aje. Kedua2 type pun perlu diingatkan berkali2. Sama macam didik anak. Kena ingatkan berkali2. Mereka (ustaz ustazah) nak tolong kita masuk syurga. Type 1 dengan alasan penat jaga anak, buat kerja rumah. Type 2 dengan alasan penat bekerja dan urus hal hantar-jemput anak. Sama aje kan? Kat rumah, kedua2 type akan bekerja, tak dapat goyang kaki kecuali disediakan maidlah. Tapi saya yakin yg banyak berbunyi ni ialah yg tidak disediakan maid. Jadi, yg ada maid kita panggil type 3 lah. Tak masuk dalam ini cerita.

Seharusnya sebagai isteri type 1, 2, atau 3 sekalipun mengambil segala yang baik dan berazam memperbaiki diri sendiri.  Tak semua isteri type 1 berpeluang menyambut suami di depan pintu dengan muka manis dan badan wangi. Dan tak semestinya isteri type 2 tidak berpeluang menjadi isteri yang disenangi suami. Dan tak semestinya yg type 3 tu confirm takde masalah.

Dan jangan sangka suami tak ambil berat tentang hal2 yang menjadi topik perbincangan. Suami yang prihatin pasti akan membaiki diri sama ada secara drastik mahupun secara perlahan. Baik isteri mahupun suami perlukan dorongan dan sogokan kerohanian dari semasa ke semasa. Bukan kritikan yang takde kesudahan. Kita ni hamba. Hamba Allah. Jangan sekali2 sombong, bongkak atau dengki sesama sendiri. Eh bukan ke banyak ceramah agama yg menyentuh tentang tanggungjawab suami? Tak caya gi Youtube cari la ceramah2 agama. Dengar baik2. Faham baik2. dan banyak juga disentuh tentang peranan suami yg beristerikan isteri type 2. Banyak. InsyaAllah jumpa. Kalau tak cari, tak jumpalah.

Cuba jawab 8 persoalan yang saya tulis di atas tadi. Jawab dengan jujur dan ikhlas. takyah cerita kat saya. Takyah cerita tak sesapa. Jawab sejujurnya untuk diri sendiri. Adakah anda berbincang? Dan adakah anda bersetuju dengan hasil perbincangan?

Kat situ mungkin akan nampak masalah sebenarnya.... adakah benar anda perlu dibantu atau anda sendiri tak berusaha membantu diri sendiri?

Saya pun tak perfect. Langsung tak perfect. Kadang2 tak puas hati bila abamjohn mungkir janji. Marah bila abamjohn lupa itu ini. Merungut, masam muka, menangis.. semua complete set abamjohn dapat. Cuma saya tak pernah menengking dan tinggi suara kat suami. Apa lagi mengganas. Sebab tulah isteri type 1 juga kena jugak dengar ceramah agama, supaya berbalik kepada apa yg sepatutnya. 

Bukan senang jadi isteri type 1. Memang saya bebas nak berehat waktu bila saya nak. Saya boleh arahkan anak-anak yg dah besar buat kerja jika perlu. Tapi byk jugak perkara yg menjadi priority kami isteri type 1 apabila anak2 di depan mata. Dan perkara2 inilah yg menjadikan kami letih luar dalam.

Dan saya tau tak senang jugak jadi isteri type 2. Mana nak fikir hal kerja, hal anak, hal rumah lagi. Tapi dulu saya pernah merasa jadi isteri type 2. Seronok pegang duit banyak2. Memang saya tak membantu bayar bil. Tapi saya bayar hutang piutang saya sendiri. Saya shopping sesuka hati. Saya simpan dalam ASB, saya sakan beli baju anak2 tanpa mintak suami, sakan beli mainan anak tanpa berbincang dengan suami. Saya buat sesuka hati dengan duit saya sendiri. Best. 

Sekarang, apabila akhirnya saya memilih menjadi isteri type 1 semula, tanpa penghasilan (langsung) saya perlu akur dengan apa saja kedudukan kewangan suami. Kalau ada, adalah. Kalau sikit, sikitlah. Kalau banyak, baguslah. Nak beli apa semua kena mintak suami. Kalau suami ada bajet, dapatlah. Kalau takde bajet, sabar je lah. Takkan nak gaduh? Kdg2 tak dapat byr semua bil, redhalah. Mereka berusaha sebaik mungkin. Adakah kita sebagai isteri pernah bertanya keperitan suami kita dalam mencari rezeki?

Wahai isteri type 2, sepatutnya merasa beruntung jika anda masih ada lebihan wang yang boleh diguna untuk shopping, untuk beli baju anak setiap bulan, untuk beli tudung Fareeda setiap kali muncul keluaran terbaru, mampu bayar pengasuh jaga anak setiap kali anda keluar bekerja, mampu hulur duit belanja kepada orang tua. Sebab ada isteri type 1 yg hanya mampu pejam mata aje bila tengok anak pakai seluar koyak, baju anak nampak pusat, seluar senteng, makan telur dengan kicap sebab bajet duit dapur dah susut, muka dah kusam sebab tak mampu beli skincare mahal yg sesuai jenis kulit muka yg makin dimamah usia. 

Malah ada juga isteri type 2 yg saya kenal, bekerja kerana 99% membantu suami dan keluarga. Suami kerja tak tentu, kdg2 ada hasil kdg2 tidak. Tapi bila ada duit, habis kat diri sendiri aje. Isteri type 2 yg kerja tetap tulah yg bayar segala bil, bayar ansuran rumah, sediakan duit dapur, bayar gaji maid, uruskan hal anak2 yang ramai termasuk anak istimewa beliau. MasyaAllah... nak berkereta baru memang dia tak mahu. Dia gagah dengan kereta yg 'janji boleh bawak pegi balik ofis dan habis bayar takde hutang' tu. Melaram memang tidak. Bermekap pun tidak.  Takat lipgloss aje. Saya sangat kagum dengan beliau. Maid yg ada cuma bekerja bila kawan saya keluar kerja. Bila hujung minggu maid nak balik jumpa suami. Kawan saya la yg jaga anak, memasak mengemas. 

Dan jgn dilupa yg type 4. Yg ibu tunggal. Uruskan segala hal sendiri. Yg tidak dibantu bekas suami, atau mungkin yg kematian suami. Sedarlah waktu kita merungut perihal suami kita, ada orang yg berharap untuk mempunyai suami untuk berkongsi rasa dan bicara.

Sekian. Wassalam.






Resepi Ayam Panggang Spesial

$
0
0
Assalamualaikum.

Sejak cuti sekolah, saya memang jarang masak nasi. Saja layan selera anak-anak saya yang sukakan makanan 'selain nasi'. Biasanya antara menu biasa ialah spageti bolognaise, kengkadang saya buat yang kuah putih iaitu Alfredo. 

Masakan italy ni senang sangat nak memasaknya, cuma tak boleh nak telan hari2. Jemu. Untuk kuah merah memang saya pakai kuah jenama Kimball tapi saya masak balik dan tambah daging cincang, bawang besar,  bawang putih, tomato fresh potong dadu, cendawan, serbuk ketumbar (cumin), oregano dan sedikit susu segar utk lagi sedap. Utk alfredo saya buat sendiri kuahnya. Hanya tumis (dgn olive oil) bawang putih, isi ayam, oregano, basil leaves, lada hitam, garam, susu segar dan mozarella cheese. Kemudian gaul aje pasta ke dalam kuah. Siap utk dihidang.

Pagi2 pulak saya sediakan sandwich. Saya paksa anak saya makan sayur, saya hiris halus2 daun salad, tomato dan perahkan lemon ke atasnya (kadang2 saya hiris nipis lemon dan letak aje dalam sandwich), pastu saya bakar roti yang diletak cheese. Isi sandwich saya buat scrambled egg aje. Tabur je lada hitam kisar, letak sos sikit, dah siap. Sedap, menyelerakan dan berkhasiat! Saya tak beli dah cereal semenjak tengok Youtube, kajian mendapati cereal mengandungi logam! Makanan siap makan untuk baby juga mengandungi logam? Ni betul kaw-kaw punya rancangan nak pupuskan populasi manusia dunia. Dan jagung yg dibuat emping jagung tu adalah jagung clone. Genetically modified. Untuk info lebih lanjut boleh cari kat youtube. Kajian yg cakap tau, bukan saya memandai.

Hari ni tekak saya dah mintak nasi. Tapi lauk pulak nak spesel tapi simple. Saya sediakan ayam panggang yang resepinya saya ambil dan modified serba sikit daripada youtube, Giada At Home dan Guy's Big Bite. Rancangan2 memasak kegemaran saya kat tv hehehhe.

Bahan-bahannya:


Ayam potong 8 (nak whole chicken pun takde masalah)
Sebiji lemon diambil jusnya 
2 sudu besar kicap cair (soy sauce) - saya guna Lee Kum Kee
1/4 cawan minyak zaitun (boleh ganti minyak sayur kalau low budget)
1 sudu makan minyak bijan
1/2 sudu teh rosemary
1/2 sudu teh oregano
1/2 sudu teh thyme
Garam secukup rasa
Lada hitam kisar

Untuk hiasan:

lada benggala

*boleh tambah kentang yang dipotong dadu kalau suka

Cara:

Bersihkan ayam dan toskan airnya.
Campurkan semua bahan dalam satu bekas. Gaulkan ayam dan perap selama satu jam.
Dengan menggunakan bekas ovenware, bakar ayam bersama bahan perapan tadi dalam oven dengan suhu 175ºC selama kira2 1 jam 30 minit dalam keadaan terbuka. Jgn tutup tau. Perhati sikit ayam tu jgn sampai hangus atasnya.

Selepas itu keluarkan bekas yg berisi ayam tu dr oven, tutup dengan aluminium foil dan biar dalam keadaan tertutup untuk 10-15 minit. Hati2 panas tau. Sebenarnya nak 'rehat'kan masakan tu sekejap. Kalau bekas tu ada penutup, guna penutup dia aje.


sebelum direhatkan


tutup dengan aluminium foil


saya rehatkan dalam oven sebab khuatir anak tersentuh


Baru2 ni saya belajar tentang 'rehat'kan masakan sebelum dihidang.  Sama macam masak steak atau ayam panggang. Kononnya akan membuatkan rasa masakan meresap menyeluruh dan menjadikan ia lebih sedap. Sama macam masakan melayu kita jugak, lepas masak tu, tengah panas2 jangan la makan dulu. Nanti mesti rasa tawar la, tak cukup perasa la... jadi kita pun tambah garam... bila makanan mula menyejuk, mula la rasa masin! Oh jadi 'merehatkan' makanan yg baru dimasak adalah satu petua makanan jadi lebih sedap.

intai sikit. Berasaaappppp......

saya sukakan aroma rosemary dan thyme yg unik. Dan tambahan minyak bijan dengan aroma kekacang tu mmg lain dari yg lain



Saya hidangkan dengan salad dan kicap pekat + cili potong. Ada jugak sayur siew pak choy kegemaran saya. Tak perlu lauk banyak2 nanti makanan susah nak hadam. Kalau nak jaga kolestrol jgn la hirup 'kuah' dia lebih2. Cukup kasi 'mandi'kan ayam tu sebelum mencedoknya ke pinggan.

Resepi ni boleh digunakan nanti masa bulan puasa. Sesuai buat bukak puasa, tak perlu nak lauk banyak2. Membazir.

Sekian wassalam.




Resepi: Donat Gebu Ringkas Paling Senang Buat

$
0
0
Assalamualaikum.

Rasanya tak terlambat untuk ucapkan salam ramadhan buat semua. Dah masuk 10 hari kalau tak salah... sekejap aje masa berlalu. Rasa macam baru aje kita berpisah dengan ramadhan, skrg dah berjumpa kembali. Ramadhan kali ni memang sekalipun saya tak ke pasar ramadhan. Setiap hari masak sendiri. Sahur pun ala kadar, apa yang ada aje. Anak dan abamjohn pun tak cerewet, alhamdulillah. 

Tapi saya takmo la ambik kesempatan atas ketidakcerewetan mereka, saya nak pengalaman berpuasa adalah pengalaman indah buat anak-anak saya, jadi saya berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan juadah berbuka puasa yang istimewa setiap hari. 

Paling best bila anak saya yg berumur 9 tahun bgtau saya; "Best la bulan puasa makan sedap2" dan setiap hari juga anak-anak yang kepuasan makan akan bergilir2 ucap "Thank you mami!". Rasa hilang penat lelah bersilat kat dapur.

Semalam tekak saya ni teringin pulak nak makan donat. Orang putih panggil doughnut atau donut. Sama aje bunyiknya. Dulu rasanya pernah share resepi tapi sebab saya malas nak selongkar blog, saya google resepi baru dan ternyata resepi kali ni lebihhhhh senang buat. 

Bahan-bahan donut ringkas:

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu makan mentega dicairkan
3 sudu makan gula castor
3 sudu makan susu pekat manis
1 biji telur
1 paket yis kering mauripan

Cara:

1. Larutkan gula dan susu ke dalam air suam. Tambahkan yis dan kacau. Biar sehingga sebatian berbuih. Itu petanda yis sedang buat kerja. Kalau tak berbuih tandanya yis dah rosak. Gi beli lain hehehehe.

2. Mentega cair dan telur disatukan. Pukul sikit. Masukkan ke dalam campuran yis yang dah berbuih tadi. 

3. Sediakan tepung. Buat lubang di tengah2 tepung dan tuang campuran yis tadi. Gaul semuanya. Boleh guna senduk kayu atau tangan yang bersih. Saya suka gaul pakai tangan aje. Bancuhan ni memang melekit. Jangan risau. Bila dah sebati, perapkan bancuhan di tempat kering dan agak panas selama 45 minit. Saya perap dalam oven yang di-off. Jangan on pulak. Kang masak pulak dia hehehe. Jgn lupa tutup dengan kain kering ye.

4. Selepas 45 minit bancuhan akan naik tinggi. Sediakan tempat untuk menguli. Tepuk2 dan tabur lebih2 tepung tu kat tangan dan tempat menguli. Uli sikit dan boleh terap. Saya guna penerap khas donat yang saya beli kat supermarket. Senang guna dan saiz dia besar, dapat dalam 10 biji donut saiz besar dan yang bulat tengah tu pun saya goreng. Yang lebih sikit2 tu saya bagi anak saya main.




5. Selesai menerap, boleh sediakan kuali menggoreng. Jangan panas sangat ye minyaknya. Nanti dibalik2kan donutnya agar ia masak sekata. 


memang geboooooo..... bravo....

tinggal sikit sebab Cik Rai dah 'rasa' dulu



Macam ni punya resepi, pejam mata aje kita buat kih kih kih... tapi memang sampai sahur pun gebu. Buat pengetahuan, resepi ni saya dah kurangkan penggunaan gula. Dalam resepi asal diambil daripada dapur-mamasya.blogspot.my katanya letak 6 sudu gula tapi saya lebih suka kurang manis sebab nanti nak salut gula di luar pulak. 

OKlah uols... boleh cuba menerap petang nanti kalau cukup bahan. 

Wassalam.

Periuk dan Wok

$
0
0
Assalamualaikum.

Sekarang asyik belek 11street.my cuci mata tengok periuk dan kuali. Sempat jugak saya beli satu periuk non stick ceramic coating yang sangat special dan cantik. Yg ni diterbangkan terus dari Korea, jenama Chef Topf series La Rose. Memang pemegang penutup dia macam bunga rose. 

Walaupun dalam hati nak brand lain, disebab ada offer cantik di 11street, saya beli dulu yg harga best ni. Harga asal dalam RM300 - RM500++ tapi offer ni antara RM169 - RM260 bergantung jenis pilihan kita. 



Tapi saya beli yg ni dulu, harga RM188.60 free shipping dari Korea:


 Tu dia.....




Memang best periuk ni. Selain fungsi tahan karat dengan kualiti premium, bila memasak guna periuk ni, rasa rilek aje hahaha sebab dari luar tenang aje, padahal dalam periuk tengah mendidih tuuuu..... takde pulak tutup periuk menari2 dengan wap yang huru hara...

Ni saya masak tomyam:


Pastu dengan periuk yg sama saya buat ikan stim. Nak pakai periuk stim tapi takde pulak. Jadi saya guna periuk ni aje. Letak air sikit, masukkan ikan siakap yg dah diperap (garam, lada sulah, lemon) serta bawang putih ketuk, hirisan halia dan bawang merah,  serai, brokoli, carrot, masak 5 minit. 



Pastu saya tuang air sikit lagi (supaya tak hangus bila air tak cukup) beserta sos tiram + kicap cair, tomato dan bawang goreng, masak lagi dalam 5 ke 8 minit. SIAP. Dah ala2 ikan kukus. 

Ditambah pulak terjumpa offer wok jenama Kitchen-Art dari Korea jugak di Qoo10.my, makin seronok memasak. 




Saya rasa ini deal paling baikkkkkkk setakat ni. Dengan pos dalam RM69 kot. Wok mcm ni baru puas goreng nasi, goreng mi, goreng ikan. Kalau guna frying pan memanjang merecik minyak, tumpah2 pulak.  Dan wok ini adalah salutan diamond coating dengan LIFETIME guarantee. 


wok size 30cm

diamond coating

ringan, sesuai untuk yg sakit pinggang hehehhee

sesuai untuk stove, electric dan ceramic cooktop

Offer ni semua tak lama. Tinggal beberapa hari je lagi nak habis. Yg Chef Topf kena tunggu dalam 2 minggu utk sampai Msia, tapi yang wok tu ready stock di Malaysia. Dalam 2 hari sampailah insyaAllah.

OKlah. Nak pi jenguk dapur, apa yg ada untuk di masak. 

Wassalam.

Resepi : Chicken And Dumpling Melayu

$
0
0
Assalamualaikum.

Saya ada kata semalam, bulan puasa nak kasi anak pengalaman berpuasa yang menyeronokkan, kan? Jadi salah satu cara nak kasi diorang seronok ialah dengan memasak masakan kegemaran dioranglah.

Salah satu makanan yang anak-anak saya akan makan tanpa pandang kiri kanan ialah satu masakan yang entah dari negara mana, saya cedok resepi dan bega sikit mengikut kesesuaian dan keselesaaan dan dijamin HALAL iaitu Chicken And Dumpling. Yang ni saya cedok resepi daripada Laura Vitale di Youtube. Saya memang suka tengok Laura masak sebab penjelasan dia jelas dan senang nak ikut.

Yg ni sama ada nak makan gitu aje atau makan dengan roti atau dengan nasi, terpulang tapi ia berkuah dan creamy. Memang budak2 suka sangatlah.

Bahan-bahan:

3 batang lobak merak, bersihkan dan dipotong dadu
1 bawang besar potong dadu
3 batang celery, bersihkan dan hiris
1 kg isi ayam dihiris kira2 1 inci
7 1/2 cawan air
1 stok ayam cube / stok ayam
1/3 cawan tepung gandum
1/2 cawan cooking cream / heavy cream
garam dan lada hitam kisar secukup rasa
1 sudu teh thyme
1 sudu teh rosemary
1/4 cawan minyak sayuran

Dumplings:

2 cawan tepung gandum
1 cawan susu full cream
1/4 cawan heavy cream/cooking cream
3 sudu besar mentega cair
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh garam
1 sudu teh daun parsley cincang (saya guna yg kering)
Black pepper kisar secukup rasa


Banyak eh bahan-bahan dia? Macam banyak tapi semua tu biasa dijumpai di dapur kecuai heavy cream tu dan rempah2 tertentu. Rempah2 ni saya memang simpan sebab suka sangat masak makanan barat ni.

Ok cara2nya:

1. Sediakan periuk, sebaiknya periuk berpenutup ye. Laura Vitale pakai cast iron iaitu dutch oven yang berat dia berkilo2 tu.

2. Panaskan minyak pada suhu sederhana aje. Kita masak kuah dia dulu. Bahan dumpling letak tepi tau.

3. Gaul ayam dengan tepung. Masak ayam gaul tepung tu dalam periuk yg dah ada minyak tadi dalam 4 minit sampai dia brown sikit. Garamkan dan lada hitamkan dia sikit. Angkat.

4. Periuk yg sama, bekas masak ayam tadi... boleh tambah sikit minyak lagi kalau perlu. Masukkan karot, bawang dan celery. Garam dan black pepperkan dia. Bila dah layu sikit dalam 7 minit gitu, terus masukkan balik ayam tadi, kacau ala kadar sikit pastu tambah thyme dan rosemary. Kacau. Wangi tau bau dia nanti.

5. Masukkan air dan stok ayam. Tutup periuk dan biar merenih 45 minit. Laura guna wine tapi saya skip step tu.

6. Kemudian masukkan heavy cream. Lepas tu boleh sediakan dumpling. Eh jgn lupa rasa sup tu sedap tak? Kalau perlu garam dan pepper, tambahlah.

7. Campur semua bahan dumpling dalam bekas lain. Bancuhan akan agak lengkit dan lembik. Memang gitu ia perlu kelihatan. 

8. Check periuk, kuah tadi dah mendidih?

9. Scoop guna sudu atau ice cream scoop sederhana besar bancuhan dumpling ke dalam sup tadi. Buat sampai habis. Biarkan dumpling masak dalam 15 minit. Tutup api dan biarkan sekejap 5 minit sebelum dihidangkan. Hmmm yummy.....



ayam

dumpling



Nak tau sedap atau tak, bolehlah try ok. Tak pasti bagaimana rasa sebenarnya masakan ni tp versi melayu halal ni dah cukup puas hati :)





Kalkulator Fidyah

$
0
0
Assalamualaikum.

Setiap kali nak masuk bulan ramadhan pasti ada yang kelam kabut mengganti puasa tahun lepas dan puasa2 tahun2 sebelumnya, biasanya bagi ibu-ibu yang pernah mengandung dan melahirkan anak atau menyusukan bayi sepenuhnya.

Macam saya sendiri, anak pertama saya lahirkan pada 7 Ramadhan.  Dan masa tu saya dapatlah berpuasa 3 hari aje sebab dah dekat2 nak bersalin tu memang tak daya dah nak menahan lapar. Asyik lapaaaaaaaaarrrrrr aje! Pastu anak seterusnya, terus terang saya katakan saya tak kuat menahan lapar sebab nanti masuk angin dan saya rasa nak pitam. Apa lagi bila saya ni kekurangan hemoglobin (parah gak), memang rajin gelap mata. Jadi, setiap kali masuk bulan Ramadhan, saya memang tak puasa. Beruntunglah anda-anda yang kuat berpuasa walau sedang mengandung sebab saya tak dapat nikmat tersebut. 

Mengandung pulak rapat2. Anak menyusu. Jadi, sepanjang kilang beroperasi tu memang saya tak daya nak mengganti puasa. Setiap tahun akan cari kalkulator fidyah untuk bayar fidyah bagi puasa2 yang tidak terganti. Sekarang, saya sedang berusaha mengganti puasa2 yang tertinggal. Saya dah tak ingat berapa banyak saya dah ganti dan berapa banyak saya tinggalkan. Bagi mengambil jalan selamat, saya kira complete set aje untuk 5 anak. Setiap tahun saya akan pastikan fidyah dibayar sebelum habis Ramadhan.

Eh sebelum tu, bagaimana kita nak tau yang kita wajib membayar fidyah?

Mertua saya pernah bgtau saya, kalau meninggalkan puasa kerana diri sendiri semata, wajib mengganti puasa saja tanpa bayar fidyah. Contoh: haid. Tiada kena mengena dengan org lain. Haid itu dtg dari badan sendiri kan... Sakit/uzur - diri sendiri sakit/uzur. Jadi wajib ganti puasa aje bila dah sihat.

Pastu katanya lagi, kalau meninggalkan puasa kerana orang lain, maka wajib dibayar fidyah DAN mengganti puasa sebanyak mana yang telah ditinggalkan.
Contoh: mengandung - dalam perut ada anak kan? Menyusu - anak nak minum susu. Kalau kita tak makan nanti susu untuk anak berkurang. 

Lebih kurang gitu lah...

Untuk keterangan lanjut sila rujuk ustaz. 

OK. Untuk perkiraan fidyah, bagi negeri Selangor, telah disepakatkan bahawa denda fidyah adalah berdasarkan kadar harga beras semasa (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak.  Beras tersebut perlu diberikan (makan) kepada fakir miskin, bukan membayar dengan wang atau brg lain. Beras aje ok. Dan juga, bayaran denda hanya mengikut hari puasa tersebut ditinggalkan, tak perlu digandakan apabila melangkaui tahun.



Ada org kata kalau tahun lepas tak habis ganti, tahun depan kena ganda. Bayangkan kalau 10 tahun mengandung, beranak tak berhenti. Berapa juta agaknya nak kena bayar fidyah? Kalau tengok kat website ZakatSelangor, ada info di KLIK SINI (gambar) tu, tp skrg page tu tak boleh bukak sebab under maintenance. tapi saya dah pernah baca, katanya, denda fidyah tidak digandakan kerana tidak mahu membebankan. Sama jugak dengan bilangan hari yang perlu menggantikan puasa yang tertinggal. Tidak digandakan.






Apa-apa pun, bila terdaya tu gantilah secepatnya puasa yang tertinggal. Bila last minute dikhuatiri tak sempat. Bak kata mertua saya, berpuasalah setiap Isnin dan Khamis dengan niat qada. Sedar tak sedar habis dah semua diganti. 

OKlah uolsssss.... ngantuklah pulak. Masak apa berbuka hari ni?



Wassalam.




RAYA 2016 DAN HIAS MENGHIAS

$
0
0
Assalamualaikum.

Amboi bersawang blog saya. Raya sakan ke? Haha. OK walaupun raya dah nak habis, saya masih jugak nak ucapkan Selamat hari raya buat semua pembaca blog saya, sama ada follower tetap atau yg tersinggah tu. Walau dah pindah ke rumah baru, raya kami masih sederhana, tidak berlebih-lebihan, tiada kuih muih penuh meja, tiada baju 18 pasang, tiada kasut 40 pasang. 

Terus terang saya cakap, pengalaman hidup dah banyak mengubah saya untuk jadi lebih besederhana. Nak beli perfume RM300-400 sebotol rasa serba salah sekarang ni walau diberi greenlight oleh abamJohn. Saya rela beli FM perfume aje ataupun gi Body Shop beli perfume RM100+. Tiada lagi keborosan yang melampau macam dulu2. Syukur untuk nikmat pengalaman yang menyedarkan dan menginsafkan.

Tapi macam mana pun, untuk raya, saya nekad nak beli meja makan idaman haha. Meja yg saya pernah share kat blog ni dulu, dari Ikea. Sesuai untuk keluarga besar saya yang mana anak2 pun makin lama makin membesar, lebih besar dari saya. BACA SINI.

Setelah buat survey sana sini, maka tak silaplah pilihan saya harapnya. Walaupun kena hangkut sendiri masuk kereta, pasang sendiri, hasilnya memang puas hati. Meja dia panjang, kuat, lasak, dan tak terlalu berat kalau nak alih bila ada kenduri.


bunga atas meja pun dah bertahun tak ganti. Karpet lama. Meja boleh panjangkan lagi dan muat lagi 2 kerusi

Untuk konsep minimalis, memang semua pun minimalis lah. Tak mau semak2, tak mau terlalu sarat dengan hiasan. Jenuh nak mengelap nanti. Ruang tamu pun simple aje. Saya cuma ganti langsir yang saya beli di Ikea (edisi khas raya haha - pastu malas jahit sendiri), gantung frame dan tukar sarung kusyen. Kurang belanja. 

almari laci MALM IKEA. RM400+++

sofa lama ganti sarung

sarung kusyen kanan dari Ikea, yg kiri dari H&M

Simple kan?

Sarung kerusi meja makan saya ada spare kaler dark grey. Kalau ada majlis yang perlu jemput tetamu, saya akan tukar kepada yang itu hehe. Itulah yang bestnya dengan kerusi Ikea tu, boleh beli sarung lain, boleh simpan jugak buat spare jika perlu.

Proses pindah kami dah hampir nak selesai. Ada lebih kurang 10% barang lagi untuk dipindahkan. Itupun nanti kami akan pilih mana yg boleh diguna dan mana yg perlu recycle. Dapur basah saya yang bocor? Masih bocor huhu... Yang ni lenkalilah saya cerita bila dah siap nanti. Masih dalam proses baikpulih oleh tukang yang lain.

OK janji telah ditunaikan. Sekali lagi saya ucapkan selamat hari raya kepada semua.

Meh belanja satu gambar raya:


cinta hati selamanya



Clone Apps

$
0
0
Assalamualaikum.

Wowwww dah berapa bulan saya biarkan blog saya mereput? 6 bulan ye? Sejak ligat ber-smule, saya lupa macam mana nak cari idea untuk berblog. Sebab dunia saya kini terhad hanya di depan mic saja kononnya. Kehidupan saya sangat membosankan, mengecewakan dan banyak 'me' lagi sehinggalah saya temukan satu cara melepas stress. Tapi nampaknya sekali lagi passion saya yg satu ini bakal berkubur bila ia bakal terhalang. Dan saya akan kembali stress dan rasa namatey.

Huhuu ok berbalik kepada tajuk. Kita nak citer tentang clone apps di smart phone / ios anda. Ada sesetengah application hanya membenarkan satu akaun berdaftar di smart phone. Contohnya: Whatsapp, FB Messenger dan Smule. Whatsapp kita sedia maklumlah yang satu fon hanya boleh ada 1 Whatsapp kan. Dan Smule pulak, kalau ada lebih daripada 1 akaun, kena uninstall dan reinstall apps tersebut dan log in ke akaun yang satu lagi. Leceh kan? 

Dengan adanya Parallel Space, masalah tersebut bukan masalah lagi horeyyy.....



 Saya gunakan apps ini di smart phone Sony Xperia Z2. Mudah sangat nak guna.

install
Apps yg dibenarkan untuk di clone. Saya pilih Smule dan Whatsapp saja
 


nampak folder?

Untuk Whatsapp, pastikan ianya akaun sedia ada dari fon lain milik anda ye. Iaitu jika anda ada 2 fon, kedua2nya ada Whatsapp. Skrg tak perlu belek ke dua2 fon untuk cek whatsapp. Memadai guna 1 fon untuk cek whatsapp dari kedua2 nombor. Sesuai kalau kat luar rumah, kdg2 org whatsapp nombor ni, kdg2 org whatsapp nombor tu. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, perlu dapatkan verification code dari fon asal di mana whatsapp mula2 didaftarkan. 








 

Aku Tak Biasa

$
0
0
Assalamualaikum.

Hai... ok tajuk entry kali ni ialah tajuk lagu. Saja nak cerita akan satu kebetulan yang berlaku semalam. Semalam kan, saya tiba2 teringat satu lagu lama, tajuk dia Aku Tak Biasa. Penyanyinya nama Alda. Indonesian song. 

Saya pun cari kat YouTube. Untung2 kalau key leh sampai, saya nyanyi la kat Smule nanti keh keh keh.




Lepas je layan lagu ni, saya tengok ada related videos kat bawah. Eh, dah meninggal rupanya penyanyi ni. Memang saya tak tau langsung. Yang saya tau, Nicky Ardilla dan Poppy Mercury yang dah meninggal lama dulu. 


 Saya pun layan la klip tersebut. Ternyata allayarhamah meninggal akibat overdosis narkoba. Orang Malaysia kata overdose dadah le. Dia ditemukan dengan bekas suntikan yg banyak di badannya. 

Tapi kan, yg menjadi satu kebetulan di sini ialah, tarikh kematian. Saya cari kat You Tube semalam, 13 Disember 2016. Tarikh kematian pulak pada 12 Disember 2006. Huhuuuuu kebetulan apakah ini?

OKlah kebetulan, keajaiban memang wujud selalu dalam hidup kita. Tiada apa yg mustahillah.  Memang tiada apa yg mustahil. 

Contohnya istilah "Perigi di kaki gunung". Kalau dulu maksud istilah ni ialah rezeki mencurah masuk. Ye la, segala air yg turun dari gunung masuk dalam perigi. Air ibarat rezeki. 

Lepas 15, 16 tahun istilah tu berubah maksud pulak. Segala air, sampah sarap semua masuk perigi. Dengan rezeki, dengan bala, semua pun masuk, katanya.

Lepas 17 tahun lain pulak. Kemarau. Air dah takde. Yang masuk hanya sampah. Hahaha. Rezeki dah habis, bala yang tinggal. 

Kan? Takde yang mustahil kan? Jadi, wahai pembaca budiman, perlu sentiasa bersedia dengan apa saja yang bakal hadir dalam hidup kita. Sesungguhnya takde yang mustahil.

Tata.

 


Tutorial Smule: Dari VCD Karaoke Ke Minus One Dengan Audacity

$
0
0
Assalamualaikum.

Hai uols. Hari ni tergerak lak hati nak buat tutorial untuk kaki smule yang nak tukar VCD karaoke ke minus one supaya boleh upload kat Smule. Bukan apa.. ada lagu yang kita nak nyanyi tapi tak ada pulak kat Smule. Kebetulan kita ada vcd karaokenya tapi tak tau macam mana nak tukar file video tu ke minus one.

Okeh. Meh kaklong ajar. Saya pun jenuh mendapatkan caranya di Youtube. Banyak sangat tutorial tapi banyak jugak yang mengelirukan.

Tapi kan, suka saya nak mengingatkan bahawa, kalau uols rasa nak 'buang' suara dari cd biasa dengan menggunakan apps, rasanya takyah buang masa, lah. Sebab mcm mana pun nanti suara tu tetap ada sayup2 kat belakang. Jadi, yang terbaik adalah menggunakan VCD karaoke.

Ok pertama sekali, katakan uols dah ada VCDnya. Install apps 'Audacity' ke laptop/macbook/komputer. 


 Dah ada?

Ok pastu buka file VCD seperti di bawah:



Copy file 'MPEGAV' ke komputer (.DAT files). Saya copy semua sekali sebab senang nanti nak cari.


OK next. 

Buka apps Audacity. Pergi ke File. Open file .DAT yang kita nak. Saya nak track ke 12. Double click.



Nanti kuar la benda ni.


Tengok belah kiri tu. Itu bermakna file tersebut ialah dalam bentuk Stereo. Kita nak asingkan stereo tersebut kepada channel left and channel right.


Ok nampak MrsLya.com tu? Atas tu nampak tak 'AVSEQ12' dan ada drop down menu? Klik situ.


Ok nampak tak menu macam kat gambar atas? Sila klik di 'Split Stereo Track'. 

Nanti dia akan split ke channel Left dan Right. Macam gambar di bawah:


Ok. Gunakan earphone, cari mana satu yang ada vokal, mana satu yang tiada vokal (tekan button PLAY kat atas tu). Contoh, kanan ada vokal, kiri kosong tiada vokal. Jadi, kita takmo yang ada vokal. Kita buang yang ada vokal. Caranya ialah, pertama sekali mesti STOP dulu lagunya. Kalau lagu tengah PLAY takleh buat apa2 pun nanti. STOP ye. Ok dah stop?

Nampak kan yg atas Left, yang bawah Right. Kita takmo yang right sebab ada vokal.

Ok yg right tu kita nak delete. Tekan 'X' kat sebelah AVSEQ12 (right channel punya) untuk delete sound belah kanan. 


Sekarang dah tinggal Left aje. Yg tiada vokal. Tapi kalau guna earfon kita akan dengar belah kiri aje. Kanan xde bunyi. Kita takmo gitu. Kita nak dua2 bunyi. Jadi, pergi ke atasssss sekali, tekan EDIT.


Klik DUPLICATE.

Nanti jadi la gini:


Tapi dua2 'Left' channel kan. Pergi ke yg bawah punya, sebelah AVSEQ12 ada arrow utk drop down menu kan. Klik situ.


Klik 'Right Channel'. Skrg kita dah dapat channel Left dan Right kan. Tapi mesti tukarkan jadi Stereo lak. Pergi ke channel yg atas, klik drop down menu.

Select 'Make STEREO Track'. 


Dah jadi. Skrg nak save. Pergi ke File, klik 'Export Audio'.




Saya save ke file M4A je sebab nanti guna Real Converter bleh convert ke MP3. Tapi untuk upload kat smule, boleh je guna file M4A. File ni disave di Folder Audacity. Sila cari kat sana ye. 

cari file tadi kat Audacity folder

OK senang kan? Boleh la buat minus one untuk pertandingan nyanyi ke, atau untuk upload kat Smule. Dan lepas ni kita belajar macam mana nak tukar key lagu lak, guna Audacity. 

Bye.







 
Viewing all 514 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>